~CEPAT KLIK LINK INI~

Wednesday, May 19, 2010

Lelaki Melayu vs Lelaki Mat Saleh

kenapa perempuan melayu zaman sekarang ni asyik tergila-gilakan lelaki mat saleh?? ape dah pupus ke lelaki melayu kat malaysia ni..isy2.. isu ni sekarang dah jadi hot sampaikan menjadi persoalan di dalam hot fm..haha

hari tu dengar Hot Fm di petang hari sambil menghenyakkan tubuh badan di atas katil yang dianggap empuk,haha and terdengar lah suara2 yang macam ku kenal jew iaitu Faizal Ismail aka FBI tu and A.G yang telah mengutarakan satu soalan yang berbunyi 'KENAPA PEREMPUAN MELAYU MENGAMBIL LELAKI MAT SALEH SEBAGAI PASANGAN HIDUP MEREKA'..

Bile jew dengar soalan tu berbunyi begitu dan bukan berbunyi ting tong aku pun layan jewla sebab macam menarik and mesti mendapat maklum balas dengan mesra, cepat dan betul *ceh macam balai polis punye tagline plak..haha..sangkaan aku sememang nye betul tapi malangnya xdapat RM1juta macam dalam Who Wants To Be A Millionaire tu..huhu.. ok la sekarang masa tuk serius ok..hmm..

kebanyakan yang memberi respon kepada soalan tu semestinya perempuan and semuanya telah memberi jawapan yang same iaitu LELAKI MELAYU TAK SEROMANTIK MAT SALEH.. diorang cakap lelaki-lelaki mat saleh ni pandai memujuk, pandai amik hati, pandai berkata-kata and pandai dlam segala-galanye..

hmm..cla nk komen xda experience plak ngan lelaki mat saleh ni..dengan lelaki yang bernama Salleh kenal la kot..*pikir sejenak ada ke orang yang nama salleh aku kenal??huhu

ada seorang pemanggil perempuan ni menceritakan kisah dia dengan lelaki berbangsa India tapi bukan mat saleh..*dia xpaham soalan ke??huhu.. Dia dulunya bercinta dengan seorang lelaki berbangsa India and dia cakap lelaki ni sangat romantik berbanding dengan lelaki-lelaki melayu yang dia pernah kenal..macam-macam la lelaki India ni buat kat dia yang dia anggap romantik and last-last dia kahwin dengan lelaki India Muslim..haha..*apa dah jadi dengan lelaki India yang dia bercinta dulu??

Pada pendapat cla, sebenarnya lelaki-lelaki Malaysia ni ramai terutamnya yang Melayunya..tapi diorang sume ramai kat UNITI aka UNIVERSITI SERENTI..haha..so macam mane nk pilihkan. Lelaki melayu ni pulak bukannye xromantik, sebenranya diorang ni romantik cuma ego diorang tu mengatasi segalanya.. and diorang ni jugak xtau macam mane nk luahkan sikap diorang yang romantik tu..and romantik tu xsemestinya selalu bagi bunga, coklat atau melamar pasangan nye kat tengah-tengah laut ke ape.

lagi satu lelaki-lelaki melayu ni kadang-kadang control macho sedangkan diorang tu xmacho pon..huhu..nanti bile si lelaki ni tuliskan lagu atau puisi tuk si perempuan, kawan-kawannya cakap jiwang pulak, then terus xjadi nak tulis..

tapi cla nmpak sekarang ni artis-artis perempuan kebanyakkan nye berkahwin dengan lelaki mat saleh..dah jadi macam trend pulak..contohnya macam Maya Karin, Ning Baizura, Sarimah Ibrahim and etc..tapi ada jugak dikalangan mereka xbahagia and jodoh di tengah jalan..so ape kes ni??emm maybe lelaki tu xromantik kot *sukati jew wat kesimpulan.huhu

ok la..jodoh, ajal maut and rezeki semuanye terletak di tangan Tuhan, so kite sebagai hambanye kenalah terima qada dan qadar yang dah tertulis untuk kita..nasib baekla cla dapat lelaki melayu and moga-moga akan berkekalan ke akhir hayat..aminn.

2 insan terpilih:

rammyd said...

huhu.. tanggungjawab besar kalau da kawen mualaf ni..

Blogger said...

Pekerja-pekerja Bangla aku kat tempat kerja lama selalu cakap perempuan Melayu ni senang dapat. Aku nak cakap apa. Memang kenyataan diorang selalu main dengan perempuan Melayu. Tak nampak pulak mana romantiknya. Itu dari pengalaman. Anak gadis kita yang tak jumpa lelaki Melayu yang romantik tu patut semak diri mereka kenapa lelaki Melayu yang mereka jumpa tu tak melayan mereka dengan romantik. Sebab mereka meletakkan diri pada harga yang murah yang cuma Bangla yang akan rasa ianya mahal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA