~CEPAT KLIK LINK INI~

Sunday, October 31, 2010

Gojes wif Shawl Contest

2 insan terpilih



assalamualaikum,
aku nak masuk contest lagi. korang semua jangan marah tau. aku kalau jumpa contest yang pasal shawl-shawl ini memang aku excited sikit..hehe..korang layan jela ea.
kali ini aku nak masuk contest dari asyazain
tarikh tutup adalah pada 10 november 2010..tak lama lagi je tuh..
kalau nak tahu syarat-syarat penyertaan silalah lawati blog asyazain
dengan ini aku mempertaruhkan gambar di bawah sebagai syarat contest ni.


slogan:
saya nampak gojes pakai shawl ini adalah kerana aku memang gojes pun. bukan setakat gojes tapi cute dan lawa sekali.korang jangan jeles pulak ea.haha..perasan je aku. oklah aku nampak gojes pakai shawl ni sebab warna dia yang ceria menambahkan lagi keceriaan di wajah ku. cewahh.. lagi-lagi aku pakai shawl ini masa jumpa si dia. lagi terserlah lah wajah keceriaan aku kan..huhu. 

sebenarnya shawl atau pashmina tu aku baru sahaja beli. terus je aku pakai sebabnya si dia suka tengok aku pakai shawl atau pashmina. sebab dia cakap nampak comel. itu dia yang cakap okay. bukan aku.hehe. tapi sekarang aku memang dah start minat pakai shawl, pashmina atau selendang.mengikut trend sekaranglah katakan. hehe..terima kasih kepada si dia kerana cakap aku comel pakai shawl atau pashmina ni..hehe..malulah!!

dengan ini saya mengetag:
4) semua readers yang baca blog aku ni..

Friday, October 29, 2010

Ferrari Theme Park di Abu Dhabi

1 insan terpilih
assalamualaikum..dekat dunia ini ada banyak theme park di seluruh negara. ada Disneyland, Genting Theme Park and so on. tapi kalau korang nak tahu Disneyland pun ada masalah dalaman nye tau. tak semua orang suka pergi Disneyland terutama yang dekat Hong Kong. so janganlah pergi Disneyland..hehe saja je okay nak sedapkan hati sebabnya tak dapat pergi huhu

oleh itu, aku nak rekomenkan satu theme park ni. sangat hebat dan mantap seyhh..adoi kenapa setiap entry aku ada ayat mantap dan hebat ni..tapi memang mantap dan hebat aku cakap sama lu beb..okay stop-stop using that words sheila..hehe

tapi theme park ni ada kat Abu Dhabi. aku tak pasti sama ada dia sudah di buka atau baru nak plan aje..tapi yang penting ia akan di buka pada bulan oktober 2010. maknaya dah buka lah kan? hehe. serius kalau korang memang peminat Ferrari pergilah theme park ini.

apa kena mengena ferrari dengan theme park pulak ni sheila oiii?? ferrari tu bukan ke kereta, takkanlah kena pakai kereta ferrari baru boleh pergi theme park ni?? emo sebentar pulak. biasalah dah final exam ini emosi sering terganggu sedikit..hoho

oklah, malas la nak membebel. korang layan jela gambar kat bawah yang aku dapat dari acik aku ni..hehe.
.i wanna go FERRARI THEME PARK!!!!!!!!














kalau sesiapa yang nak merasa naik Ferrari tapi tak mampu beli bolehlah pergi theme park ni. bukan satu kereta sahaja korang boleh naik, tapi suka hati korang lah nak naik berapa bijik pun. tak payah bawak lesen kereta pun korang dah boleh bawak. aku bagi free-free je korang naik. amacam, pertimbangkanlah tawaran aku ni ea..hoho

Thursday, October 28, 2010

joegrimjoe finalist contest DiGi iPhone 4

0 insan terpilih
assalamualaikum..aku tak tahulah sama ada news ni aku sorang dah ketinggalan atau kehadapan.hehe. tadi aku baca email-email yang aku dapat. banyak tak baca lagi, al maklumlah, dah lama tak online..hoho yeke ni??

pastu aku buka spam box aku. aku nampak subject pasal 'the winner of Digi iPhone 4'. aku kan pernah masuk contest dari DiGi ni. saja mencuba nasib walaupun aku tahu saingan sangatlah hebat dan mantap.

then aku nampak nama joegrimjoe tersenarai sebagai finalist.wah!!! mantap beb. bangga aku sebabnya hanya ada 2 orang melayu sahaja yang tersenarai dan selebihnya adalah chinese.

aku berasa berbangga walaupun aku tak tersenarai hoho..result contest ini aku di umumkan di satu majlis yang dianjurkan nuffnang nanti..siapalah yang bertuah dapat iPhone 4 tu ek..takpelah lagipun aku dah pernah pegang dah handphone tu. tak heranlah. bagi can kat orang lain pulak lah..huwawawawa!!!!!!

1st lucky draw by atieaizam

1 insan terpilih

assalamualaikum..
malam ini aku nak masuk lucky draw dari atieaizam
ia akan berakhir pada 30 november 2010
kepada yang belum join, cepat-cepatlah join sebelum terlambat.
dengan ini aku akan tag:

2) semua readers yang baca blog ini..

Monday, October 25, 2010

kembalikanlah wan aku yang sentiasa ceria dan aktif

1 insan terpilih
assalamualaikum. selamat petang semua. sekarang aku sudah berada di kolej. semalam baru balik UiTM selepas seminggu bercuti. bukan saja-saja cuti tau. cuti sambil belajar..cewahh rajin tak aku..huhu

masa hari sabtu aku pergi kenduri aqiqah anak sepupu aku kat Seremban 2. baru pertama kali pergi rumah dia sebabnya baru siap. besar betul rumah sepupu aku tu. biasalah rumah kat Seremban 2 mana ada kecik-kecik. lagi-lagi dia siap design sendiri rumah yang dia idamkan memang mantap lah jadinya..hoho

oklah nak dijadikan cerita, sebelum aku pergi rumah sepupu aku tu, kitaorang singgah rumah Makcek aku kat Hulu kelang. nak tengok wan aku. dia dah tak sihat. before kitaorang tengok tu, semalamnya wan aku macam dah nazak. terus makcek aku call semua adik beradik dia suruh datang. takut tak sempat. so datanglah semua pakcik and makcik aku dari Kuala Lumpur and Negeri Sembilan. sampai pukul 2 pagi diorang kat rumah makcek jaga wan.

family aku tak dapat datang, sebab takda transport. yelah kalau kitaorang nak pergi mana-mana kena tunggu abang and akak baru boleh berjalan.huhu. tapi takpe haritu dapat jugak tengok wan. dah tak larat sangat dah aku tengok dia. tapi, wan aku still lagi ingat anak cucu dia. dapat jugaklah dia tengok cicit-cicit dia membesar. dalam sakit-sakit pun masih prihatin lagi tanya kitaorang dah makan ke belum..sedih betul aku tengok wan..hurmm

sebelum tu, makcek aku cerita yang wan aku suka sangat cakap benda bukan-bukan. wan aku suka cerita pasal orang yang dah tak ada. dia cerita pasal arwah abah aku, anak-anak dia yang dah tak ada, mak ayah dia. wan aku cakap tak lama lagi dia akan jumpa mereka semua..sedih aku dengar.hurmm

takpelah, aku doakan wan aku akan sihat seperti dulu. wan aku sakit sebab dia degil. taknak jumpa doktor, taknak makan ubat. so nak buat macam mana. sakitnya makin melarat lah. wan makanlah ubat ea. semua anak-anak wan, cucu dan cicit wan nak wan sihat balik and berkumpul sama-sama. kitaorang nak wan yang dulu, yang sentiasa aktif dan ceria. moga-moga wan akan sihat semula dan dijauhkan segala penyakit. kembalikanlah kekuatan wan seperti dulu.

kepada makcek, terima kasih sebab jaga wan. makcek dah banyak berkorban dengan menjaga wan. sheila tahu makcek nak kena jaga cucu lagi, makan minum anak. sheila harap Allah akan beri kekuatan kepada makcek dan berkati setiap apa yang dilakukan. pengorbanan makcek memang kami semua hargai sangat. 

kepada semua pakcik-pakcik terima kasih sebab selalu jenguk wan. sheila mintak maaf sebab jarang jumpa wan. sheila kena tunggu abang-abang and akak bawak sheila dengan emak sebab kalau tak, kami tak dapat pergi mana-mana. sheila janji akan dapatkan lesen secepat mungkin dan tak payah susahkan semua orang. tapi kalau ada lesen, kereta tak ada susah jugak.huhu

oklah, itu sahaja luahan sheila untuk entry kali ini. sejak bila aku guna nama sheila dalam menulis entry ini?? hehe..takpelah. aku ke saya ke sheila ke, semuanya ditulis dan dituju kepada insan yang bernama norsheila jugak..iaitu aku sendiri..hehe..adios.

Sunday, October 24, 2010

cinta craft giveaway

0 insan terpilih

assalamualaikum..
malam ini aku nak masuk giveaway dari blog Cinta Craft Giveaway
giveaway ini akan berakhir pada 20 november 2010
handmade yang diorang hasilkan semua comel-comel tau
so kepada sesiapa yang belum join, 
mari pakat ramai-ramai join giveaway ini ok.
wish me luck..tq!!

Friday, October 22, 2010

fafafo 1st giveaway

0 insan terpilih


assalamualaikumm..
malam ini aku nak masuk giveaway dari fafafo
sebenarnya aku baru first time pergi blog beliau.
tengah blogwalking katakan.

then aku terjumpa giveaway yang di anjurkan.
perkara pertama yang aku tengok adalah tarikhnya.
samada dah tutup ke belum.
kalau dah tutup melepas lah aku nak dapat barangan dari mereka. hehe
itupun kalau aku menanglah

bila aku tengok tarikh tutupnya lama lagi,
aku pun apa lagi, terus je baca syarat-syaratnya,
then, tibalah masa untuk aku letakkan jari aku
yang comel lagi mulus ini ke keyboard hasilkan entry..hehe

kalau korang semua belum join lagi giveaway ini,
cepat-cepatlah join sebelum terlambat.
tarikh tutup adalah pada 5 november 2010
Link
kalau nak tahu apa syarat-syaratnya,
silalah berkunjung ke blog fafafo.
hadiah yang ditawarkan pun best tau..rugi kalau tak masuk.
aku memang geram kalau tengok benda-benda yang comel ini..hehe

blog fafafo juga berkolaborasi dengan blog siblingssix craft.
kedua-dua blog ini comel and menghasilkan handmade yang sangat kreatif.
aku memang geram tengok benda-benda yang comel lagi cute ni.

so, wish me luck ea kawan-kawan..tq!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA