~CEPAT KLIK LINK INI~

Friday, October 22, 2010

Nur Iman Tang akan melamar Nasha Aziz Disember ini


dengar khabar Nur Iman Tang tunang Nasha Aziz akan melamar beliau pada Disember ini. setelah lama bertunang akhirnya mereka nak berkahwin dah. baguslah kalau macam itu. lagipun diorang ini sama cantik sama padan. sesuai sangatlah.

semuanya gara-gara pertanyaan kepada Nasha Aziz sendiri tentang bila dia akan berkahwin. disebabkan wartawan tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Nasha, mereka telah cuba tanya kepada tunang dia iaitu Nur Iman Tang.

jawapan yang diberikan oleh Nur Iman adalah berkemungkinan mereka akan berkahwin pada bulan Disember ini, itupun kalau jadual mereka tak padat. tapi kalau diikutkan jadual mereka memang selalu padat, so mungkinkah Bulan Disember itu akan berlalu begitu sahaja kita pun tak tahu..

kalau mereka jadi kahwin nanti Alhamdulillah sebab sudah tentu ramai peminat tertunggu-tunggu majlis kahwin mereka ini. yela, Nasha Aziz tu kan cantik umur pulak dah makin meningkat, so apa salahnya kahwin sekarang, takut nanti di kebas orang menganga mulut semua orang nanti.

kalau mereka tak jadi kahwin pun, kita sebagai peminat kenalah tunggu dan jangan buat spekulasi yang macam-macam. kalau ada jodoh tak kemanakan.

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA