~CEPAT KLIK LINK INI~

Monday, October 25, 2010

kembalikanlah wan aku yang sentiasa ceria dan aktif

assalamualaikum. selamat petang semua. sekarang aku sudah berada di kolej. semalam baru balik UiTM selepas seminggu bercuti. bukan saja-saja cuti tau. cuti sambil belajar..cewahh rajin tak aku..huhu

masa hari sabtu aku pergi kenduri aqiqah anak sepupu aku kat Seremban 2. baru pertama kali pergi rumah dia sebabnya baru siap. besar betul rumah sepupu aku tu. biasalah rumah kat Seremban 2 mana ada kecik-kecik. lagi-lagi dia siap design sendiri rumah yang dia idamkan memang mantap lah jadinya..hoho

oklah nak dijadikan cerita, sebelum aku pergi rumah sepupu aku tu, kitaorang singgah rumah Makcek aku kat Hulu kelang. nak tengok wan aku. dia dah tak sihat. before kitaorang tengok tu, semalamnya wan aku macam dah nazak. terus makcek aku call semua adik beradik dia suruh datang. takut tak sempat. so datanglah semua pakcik and makcik aku dari Kuala Lumpur and Negeri Sembilan. sampai pukul 2 pagi diorang kat rumah makcek jaga wan.

family aku tak dapat datang, sebab takda transport. yelah kalau kitaorang nak pergi mana-mana kena tunggu abang and akak baru boleh berjalan.huhu. tapi takpe haritu dapat jugak tengok wan. dah tak larat sangat dah aku tengok dia. tapi, wan aku still lagi ingat anak cucu dia. dapat jugaklah dia tengok cicit-cicit dia membesar. dalam sakit-sakit pun masih prihatin lagi tanya kitaorang dah makan ke belum..sedih betul aku tengok wan..hurmm

sebelum tu, makcek aku cerita yang wan aku suka sangat cakap benda bukan-bukan. wan aku suka cerita pasal orang yang dah tak ada. dia cerita pasal arwah abah aku, anak-anak dia yang dah tak ada, mak ayah dia. wan aku cakap tak lama lagi dia akan jumpa mereka semua..sedih aku dengar.hurmm

takpelah, aku doakan wan aku akan sihat seperti dulu. wan aku sakit sebab dia degil. taknak jumpa doktor, taknak makan ubat. so nak buat macam mana. sakitnya makin melarat lah. wan makanlah ubat ea. semua anak-anak wan, cucu dan cicit wan nak wan sihat balik and berkumpul sama-sama. kitaorang nak wan yang dulu, yang sentiasa aktif dan ceria. moga-moga wan akan sihat semula dan dijauhkan segala penyakit. kembalikanlah kekuatan wan seperti dulu.

kepada makcek, terima kasih sebab jaga wan. makcek dah banyak berkorban dengan menjaga wan. sheila tahu makcek nak kena jaga cucu lagi, makan minum anak. sheila harap Allah akan beri kekuatan kepada makcek dan berkati setiap apa yang dilakukan. pengorbanan makcek memang kami semua hargai sangat. 

kepada semua pakcik-pakcik terima kasih sebab selalu jenguk wan. sheila mintak maaf sebab jarang jumpa wan. sheila kena tunggu abang-abang and akak bawak sheila dengan emak sebab kalau tak, kami tak dapat pergi mana-mana. sheila janji akan dapatkan lesen secepat mungkin dan tak payah susahkan semua orang. tapi kalau ada lesen, kereta tak ada susah jugak.huhu

oklah, itu sahaja luahan sheila untuk entry kali ini. sejak bila aku guna nama sheila dalam menulis entry ini?? hehe..takpelah. aku ke saya ke sheila ke, semuanya ditulis dan dituju kepada insan yang bernama norsheila jugak..iaitu aku sendiri..hehe..adios.

1 insan terpilih:

transform said...

sedihhhh...... doakan ea nenek diberi kesihatan,,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA