~CEPAT KLIK LINK INI~

Wednesday, October 6, 2010

aku sibuk ibarat perdana menteri sekarang

assalamualaikum..wah dah lama sangat aku tak buat entry baru. biasalah you all semua macam tak tahu yang aku ini ibarat macam perdana menteri dah sejak akhir-akhir ini. macam-macam tugasan yang aku kena siapkan tapi nasib baik semuanya masih dalam negara..hoho

sekarang ini dah minggu-minggu akhir sebelum final exam. so macam-macamlah report, presentation and test yang kena selesaikan. itulah penangan pelajar tahun akhir..atoyai.

tadi petang aku baru sahaja habis test Entrepreneurship. aku baru start study subjek ini semalam. biasalah busy kan. hari isnin lepas aku ada test International Business. perdana menterilah katakan. business tak habis-habis..hehe..bila dah study last minute, jawabnya pun ikut logic dan merapulah..

bukan setakat test sahaja tapi aku jugak kena hadiri macam-macam dinner. bak aku kata tadi, aku ini kan VIP so banyak sangat dinner dan event aku kena attend. sebenarnya aku malas nak pergi tapi dah orang ajak pastu makan free so apa salahnya kan..nanti merajuk pulak orang lain tu. kontroversi nanti. hahaha ( perasan tol la)

tapi pasal dinner tu nanti aku ceritakan di next entry okay..aku sejak kahir-akhir ini asyik betulkan layout blog aku ini. aku pun tak tahu apa dah jadi sekarang. pening kepala aku pikir dan tengok..hoho..aku harap korang semua tak komplen lah ea. hehe..ok lah itu sahaja luahan aku untuk diari 'Si Capuk' hari ini.

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA