~CEPAT KLIK LINK INI~

Monday, August 1, 2011

selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak 2011


assalamualaikum..hari ini aku nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN !! bulan yang penuh keberkatan..marilah kita berlumba-lumba mendapatkan pahala dengan membuat amalan yang baik, dan bukannya berlumba-lumba merebut bubur lambuk ea..hehe

semoga bulan ini dapatlah aku berpuasa penuh. kuatkanlah hati hambaMU ini supaya sentiasa bersabar dengan setiap dugaan dan cabaran yang sentiasa mengahasut anak cucu Adam..

kepada adik-adik, lepas ini dah boleh tengok cerita hantu sebab semua hantu dah kena ikat..hehee..oklah, kepada semua blogger sekalian, hentikan sementara aktiviti menganyam ketupat aka mengumpat, tetapi penuhkanla hari kita dengan sentiasa berzikir. sentiasalah beringat bahawa mungkin ini adalah Ramadhan kita yang terakhir..walahualam

kepada mereka yang berpuasa juga, janganlah lupa untuk bersolat terawwih di surau. semoga semua amalan yang kita lakukan selama ini akan terhapus dosanya dan di tambahkan lagi dengan kemanisan iman..kepada mereka yang duduk area Shah Alam, marilah kita membanjiri bazaar Ramadhan di Stadium Shah Alam..

tapi haruslah di ingat supaya sentiasa berhemah ketika berbelanja. jangan terlalu ikutkan nafsu kerna kita yang akan kerugian nanti.. sebelum tidur janganlah lupa baca niat puasa ye kawan-kawan, dan kalau boleh bangunlah sahur nanti ea..bubye..

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA