~CEPAT KLIK LINK INI~

Sunday, November 27, 2011

makan malam apresiasi-pertama kali pakai mekap

0 insan terpilih
assalamualaikum

alhamdulillah aku sudah kenyang makan tadi. sebelum itu perut aku dah berbunyi lagu zapin sampaikan housemate kat bilik depan pon boleh dengar..pelik betul..ilmu apa entah yang dia pakai sampaikan boleh dengar..haha..bila dah kenyang, hati pon senang. huhu..senang ker? ermm entahler..

ops sebelum itu aku nak ucapkan Salam Maal Hijrah 1433. alhamdulillah jugak, aku berkesempatan untuk menemui awal tahun ini sekali lagi. azam aku pada tahun ini akan menjadi insan yang berjaya, dan sentiasa memandang ke hadapan, walaupun pelbagai rintangan yang bakal aku tempuhi. lepas ini dah tak mahu pikir benda yang lepas-lepas lagi. aku nak mulakan hidup baru yang lebih ceria mungkin. huhu

okay, sekarang mari kita mulakan cerita. khamis lepas kami satu kelas telah berjaya mengendalikan satu Makan Malam Apresiasi. makan malam ini adalah bertujuan untuk meraikan mereka yang mendapat dekan pada semester lepas. jadi, kami sebagai pelajar Human Resource Semester 4 telah di wajibkan untuk handle dinner ini dari A sampai Z.

tema dinner kami ialah Elegant Black & Gold. punyalah susah nak carik baju tau. last-last aku recycle jelah baju yang ada. haha..memang penat sangat masa tu. belah petang kami sibuk uruskan dewan di bantu dengan budak Marketing. belah malam pulak, dinner berlangsung. aku pulak jadi Ajk Hadiah, so kena handle bab hadiah pulak. isy stress2. 

dah lah aku dengan housemate sampai lambat. biasalah orang perempuan, mekap itu penting kan..haaa buat pertama kalinya dalam sejarah, pada malam itu aku pakai mekap tau..! jangan terkejut. ini semua kawan aku punya kerja. dia yang mekapkan. kalau nak suruh aku memang tak lah kot.. haha..tak pandai den. jadi, disebabkan berjam-jam mekap, akhirnya kami terlambat.

masuk je dewan, kawan aku dah tarik supaya uruskan hadiah. kerja aku adalah memberi door gift kepada semua pelajar yang hadir. huhu..dapatlah mencapap sikit kan..hehe..malu denn..sudah pastinya malam itu, gaya tudung Hana Tajima, Yuna, Najwa Latiff semua menjadi pilihan. aku pun tak terlepas jugak. sebelum itu sempat lagi tengok YouTube pasal tutorial shawl satin ala Yuna. nasib baik menjadi..haha..

so, malam itu memang kami enjoy sangat dan dapat pujian dari orang atas tentang cara kami handle dinner..wahh banggaa woo..lepas ini kena handle Dinner B-Hurec pulak iaitu dinner kos aku..huhu..penat-penat. lepas satu-satu kena handle. isy..jadi, sekarang korang layan jelah gambar ni ea..adioss..


ini kawan saya


saya and rumate








yg tengah tu madam aku..macam student je kan..ini semua budak kelas..hehe



Friday, November 25, 2011

fenomena polka dot datang kembali !!

0 insan terpilih
assalamualaikum...

alhamdulillah, perut sudah kenyang, hati sudah tenang, tangan pulak dah tak sabar-sabar nak menaip. hehe..hari ni aku makan banyak jugak lauk. pergi kat kedai pakcik itu, semuanya lauk sotong sedunia. tapi di sebabkan kedai-kedai lain tak letak lauk lagi, so rembat jelah lauk sotong tu..bukan jadi sutun pun kan..hehe..agaknya pakcik tu baru lepas candat sotong kot, tu yang semuanya lauk sotong. .nasib baiklah murah..jimat duit arini. 

okay hari ini aku nak cerita pasal BULAT. apa kena mengena aku dengan bulat? adakah aku sudah menjadi bulat? dats mean aku dah gemuk ker? ohhh nooo..bukan bulat itu yang kita cari sekarang iyer..tettt..bulat yang aku maksudkan ialah polkadot. apa pulak kena mengena bulat dengan polkadot ni kan..eh bukan polkadot tu berbentuk bulat ker?

sekarang ini sudah ada satu fenomena baru. bukan fenomena tsumawi, bukan fenomena shahir lagi ea..itu semua sudah di telan zaman. sekarang ini dunia tengah melanda fenomena polkadot!! oh nooo..dats dangerous..bukan chicken pox yang aku maksudkan tapi corak polkadott!!

Polka Dot Red Green

cuba korang renung-renungkan dalam satu hari berapa kali korang nampak corak polkadot lagi-lagi bila dekat universiti? fyi, semua pelajar sekarang sudah gilerrr.!!.giler dengan corak polkadot..semua orang terutama ladieslah kan, sibuk nak pakai baju bintik-bintik..agaknyer skang ni tengah musim bintik kot kan..agak-agak korang pun mengalami demam bintik ni x??


aku pon ada lah jugak beberapa helai baju kurung polkadot ni. bukan apa, walaupun nampak simple tapi comell..kalau kat uitm ni, aku pergi sana jumpa orang pakai baju polkadot, pergi sini nampak orang guna payung bintik-bintik, pergi nun nampak orang pakai tudung bulat-bulat..arghhh membulat mata aku tengok..kadang-kadang baru jer aku tengok orang tu pakai baju warna tu corak bintik-bintik..bila pergi the other side jumpa jugak corang and warna yang sama, but with different people...huwawa..kembar kah? atauu baju tersama..opsss..




kalau ikutkan corak polkadot ni dah lama ada sejak zaman mak-mak kita lagi kan..cuma sekarang ni dia dah coming back with new version. nampaknya corak-corak zaman dahulu kala sudah menyerang industri 
fashion.!! lepas ni kita tengok fenomena corak apa pula ea..just waitt!




so comelllll !!!

Tuesday, November 22, 2011

fasha sandha bikin kecoh, tak pakai baju lagi bagus

0 insan terpilih
assalamualaikum..

adoii kali ini nak cerita benda yang dah basi sikit. pasal artis Malaysia kita ni. aku tak pastilah dia ni agama aper..tapi bagi aku, dia ni dilahirkan sebagai seorang Muslim dan beragama Islam. tapi dengan cara begini aku pun malu nak mengaku yang dia ni saudara seislam aku..

wahh ayat aku pedas kan, jangan terasa pulak..kalau korang tengok pon mestilah korang malu. tapi bagi tuan punya badan, sah-sah tak tahu malu, sebab tu sampai tunjuk badan kat semua orang. kalau cantik tak pe gak. ini dahlah tembam, 'gemuks' sikit..adeii tak cair pon tengok..buruk lagi adalah..

sebagai parents dia pon aku rasa mesti malu ada anak perempuan macam ni. lagi senang jaga kandang lembu berekor-ekor dari jaga anak perempuan sorang kan..tak tahulah letak kat mana akal artis ni. baik buruk benda yang dia lakukan itu tak pernah pikir ke hapa? adehhh kalau nak cipta kontroversi sebab nak naikkan nama itu balik rasnaya tak payahlah kot..buang karan jelah..lebih baik kau pergi tukar negara..pi duduk kat Hollywood sana. lagi bagus!







tak payah bangga sangat lah weyhh kalau nak tunjuk badan tu.tak da sape pon nak tengok..bikin panass lagi adalahh..nanti bila orang tanya, mulalah keluar statement lapok..bukan artis ni je aku nak cakap, artis-artis lain pun macam tu jugak..cuba tengok gambar atas tu..tak cukup kain sangat ker. setakat kat Malaysia je pon. ini negara Islam lah. bukan negara Barat! kalau nak tayang tanpa orang lain marah, pi lah pindah kat Hollywood sana. ganti Lady Gaga yang baru..! choii betull

lulus jian KTI..lepas ni ujian JPJ pula..

1 insan terpilih
assalamualaikum..

alhamdulillah, hari ini aku dah lulus ujin KTI kereta..hehe..dah berjaya bawak kat jalan raya, lebuh raya, roundabot and semualah. cuma yang terkial-kial lagi masa kat parking. banyak sangat step kena ingat..tapi kat bukit aku dah berjaya..yeehhaaa..lepas ni bolehlah buat ujian JPJ pulakk..mintak-mintak semuanya okay..

bila dah setel kereta punya hal, bolehlah aku teruskan ke motor pula..eii yang ni lagi aku takut daripada kereta..padahal kereta tu lagi besar dari motor and mencabar kan..kereta kita duduk dalam itu jer..motor kita terdedah kepada bahaya. lagi-lagi aku ni tak pernah langsung bawak motor..isy menyesal pulak pi amik lesen motor ni..hurmmm

anyway, korang doakan akulah iyer supaya berjaya mendapatkan lesen. lepas ni dah boleh lah balun kereta sape-sapa yang kat rumah tu. tak pon mintak kereta baru ker kan..takpayahlah mahal-mahal sangat macam Myvi ke, Viva ker..cukuplah Suzuki Swiftt..huwawa...demand tol..tapi, itulah kereta idaman aku tauu..so, till the end..chaww..mood happy!!

Monday, November 21, 2011

malaysia berjaya tewaskan indonesia 5-4..garu dada lah lepas ni..harimau muda nak mengaumm

0 insan terpilih
assalamualaikum

alhamdulillah perlawanan bola sepak Sukan Sea antara Malaysia dan Indonesia telah pon berakhir dengan Malaysia menewaskan Indonesia 5-4..syukurr..bertambah lagi pingat emas untuk kita..

masa tengok bola tadi rasa tension jer..kita nak tengok bola sebab nak enjoy tapi aku rasa makin tension lak..yelah, patutnya dah boleh gol tapi tak jugak gol nyer. sipi-sipi jer..isyyy memang kaki tak bedung betullah..hahha..sukahati aku jer cakap..ko tengok jer bolehlah bising, orang tu yang main lagi tension tahu tak..hohoho

nampaknya lepas ni pemain Indonesia bolehlah garu dada mereka..haha sesuai dengan nama Garuda mereka tu..harimau muda pulak boleh terus aum aum lah..hehhe..tak ada siapalah boleh kalahkan harimau kiter ni..jangan haraplah..hahaha..excited pulak aku..

selain aku tension tengok bola ni, aku tension jugak dengar pompuan-pompuan ni menjerittt..eii rasa macam nk ketuk jer ngan pinggan. cubalah bersopan sikit. taulah masing-masing tengah excited, tapi cuba bawa relax cikit..yang lelaki pun tak kecoh, pompuan lak bukan main lagi..

tadi pon masa nak pergi makan, bukan main penuh lagi kedai, restaurant, warung mamak. restaurant tak popular pon boleh penuh apa kess kan..nasib baiklah ada meja kosong untuk kitaorang makan..haha..kalau tak makan kat rumah jelahh ea..sedeyhh nyerr

so, kepada pemain Malaysia congratz tok korang..kepada keeper kiter, khairul fahmi che mat aka apek tahniah sebab berjaya menjaga gawang kita dengan baik sekali..lepas ni, pemain Malaysia kita akan di takuti oleh semua pemain Asia..hahaha...!



* lagu Negaraku sudah berkumandang di Stadium Bung Karno dengan megahnya..agak-agak esok cuti ke tak ek?? tapi kan, kalau cuti sekalipun, kelas aku memang dah lama cancel pon..so sama jelahh..huhu

Sunday, November 20, 2011

video perkahwinan Deqwan (Remaja tv9) dan Dalili Michelle (Melodi tv3)

0 insan terpilih

assalamualaikum,,

hari ini nak post mengenai perkahwinan antara wartawan Melodi yang kontroversi iaitu Michelle Wee dan pengacara Remaja, Deqwan..

dengarnya Michelle telah pun memeluk Islam dua bulan lepas dengan nama Islamnya Dalili Michelle..semoga perkahwinan mereka akan berkekalann..


apa yang aku suke dalam video ini masa diorang tengah naik motor Michelle tanya "habis saya nak pegang aper?" Deqwan pon cakap "pegang pada Iman"..sangat tersentuh kann..hehe..lagi satu ayat yang aku suker "Tuhan jadikan kita berbeza pemikiran, sebab itu tuhan jadikan CINTA untuk kita bersatu" heheh...so sweettt...!

Thursday, November 17, 2011

keputusan perlawanan antara Malaysia dan Indonesia-malaysia menang 1-0

0 insan terpilih
assalamualaikum..

sekarang ini sedang berlansungnya perlawanan bola antara Harimau Malaya dan Garuda..agak-agak siapalah yang menag ea. kalau tanya aku sah-sah aku sokong Malaysia aka Harimau Malaya ni daripada Si Garuda tu. buat semak jer..huhu

dengan adanya perlawanan antara Malaysia dengan Indonesia ni, sudah pastinya hubungan akan semakin intim dan mesra antara pihak majikan dan bibik-bibik. sudah pastinya mereka akan duduk bersama di depan tv menyokong pasukan pilihan masaing-masing.

jangan sampai bila Indonesia kalah, dilemparnya pinggan mangkuk kat dapur tu. kita dah bagi dia tumpang kat sini, dia nak buat hal pulak ea. lagi satu, kalaulah Malaysia kalah, janganlah pulak pergi dera bibik kita tu. tak pasal-pasal sebab bola kita kena masuk lokap. haha..

jadi kepada pasukan pilihan mereka yang tewas, janganlah terlalu emosi sangat ea. biasalah adat pertandingan. ada kalah ada menang. dan janganlah orang-orang Indon kat Malaysia ini nak buat hal kalau Indon kalah. awak tu dah lah menumpang jer. lepas tu nak buat hal pulak kat sini. kang aku halau balik negara korang sehelai sepinggang baru tau..huhu

jadi kepada pasukan Malaysia..teruskan usaha anda. sekarang Malaysia sudah mendahului 1-0..jangan terlalu selesa sangat ea..macam-macam boleh berlaku dalam waktu genting macma ni. huhu..chaiyok chaiyok Malaysia..aummmm..!

*nampaknya Malaysia sudah menang ke atas Indonesia dengan gol 1-0..tahniah malaysia..! i love youuu! :)

Sunday, November 13, 2011

gambar lan a to z dan hattan berkahwin

2 insan terpilih
assalamualaikum.. :)

alhamdulillah lagi satu entry telah berjaya aku hasilkan pada hari ini. walaupun tak berapa best sangat tapi korang layan je okay. hahha..kalau tak layan tak nak kawan..kali ini aku nak cerita bab perkahwinan. wahhh tak sabar-sabar nak kahwin dah ke cik sheila oii? hheheh..

tipulah kalau aku cakap tak sabar kan. semua kawan aku dah kawin dah beranak pinak pon. tapi aku? tunggu jelah dulu..pakwe pun tak ada lagi..hahaha..sekarang ini pon ramai orang sudah menemui jodoh mereka. contonya artis di Malaysia ini. ada yang duda, janda, ibu tunggal, anak dara, anak teruna, bapa tunggal, semuanya dah temui jodoh mereka pada tahun ini.. alhamdulillah..

contoh pertama, Lan A to Z, sudah pun berkahwin dengan gadis yang bernama Ain. setelah menjadi duda beberapa tahun akhirnya Lan tidak keseorangan lagi. huhu..macam-macam yang telah berlaku pada Lan. ini kerana bekas isteri nya , Marcella telah membawa lari anak mereka ke luar negara pada beberapa tahun lepas, di tinggal kan begitu sahaja tanpa khabar berita. moga perkahwinan kali ini akan berkekalan hingga akhir hayat..




gambar bekas isteri dan anak-anak mereka

gambar kahwin lan a to z


isteri baru Lan A to Z

gambar kahwin lan a to z

contoh kedua pula adalah penyanyi lelaki popular iaitu Hot Duda..Hattan..beliau telah selamat bernikah dengan seorang gadis. namun, namanya masih menjadi rahsia..huhuhu..alhamdulillah, setelah lama menduda, akhirnya ada juga yang akan menjaga makan minum Hattan dan anak lelaki beliau selepas ini..semoga Hattan dan isteri baru akan berkekalan hingga akhir hayat..insyaallah..aminn

Saturday, November 12, 2011

komen anugerah industri muzik ke 18 tahun 2011-terbaik wok!

0 insan terpilih
assalamualaikum..


alhamdulillah baru selepas tadi berakhirnya Anugerah Industri Muzik ke 18 2011. dan alhamdulillah juga, anugerah ini tak seperti anugerah skrin 2011 yang berlangsung pada minggu lepas..Anugerah Industri Muzik 2011 ini di acarakan oleh pengacara Maharaja Lawak, AC Mizal dan juga bekas peserta Maharaja Lawak, Zizan Razak. jadi ini adalah beberapa komen yang aku lihat semasa berlangsungnya anugerah ini.

yang pertama mengenai pengacaranya. walaupun gandingan mereka ramai yang menganggap pastinya kelakar, tetapi mereka bijak untuk menjadi kelakar dan menjadi serius mengikut keadaan. dan nampak keserasian di antara merea. mungkin kerana mereka sudah biasa mengacara majlis-majlis seperti ini. jadi, bab pengacara tidak menghampakan.

yang kedua mengenai penyampai anugerah. kebanyakan penyampai ada yang okay ada yang kurang okay. yang tak okay nya bila mereka banyak sangat membebel di atas pentas, sampaikan terlupa nak bagi anugerah. mentang-mentang the stage is yours sampai terlupa pulak ea. jadi, bagi aku, tak perlulah nak tanya soalan banyak-banyak sangat. kat belakang pentas pon dah boleh tanya kan..hehe

yang ketiga pasal penerima anugerah. untuk pengetahuan, selepas mereka menerima trofi mereka akan diberi peluang untuk menyampaikan ucapan. jadi, kalau yang bagi ucapan pendek tu kira okay lah. tapi ada jugak yang bagi ucapan panjang berjela sampaikan muzik dah habis di mainkan pun ada jugak yang tak habis-habis berucap lagi. memanglah tengah excited dan gembira kan, tapi berucap sekadar yang perlu jelah ea. tak perlulah nak berterima kasih sampai satu kampung. huhu

yang keempat tentang persembahan artis. haaa yang ini aku suker. sebab artis yang buat persembahan semua tip top hebat-hebat dan best-best! ada yang otai-otai, ada yang muka baru. ada jugak yang muka buku..hehe..bab ni aku rasa memang terbaik. tak boring dan rasa macam nak nyanyi sama-sama jer. syabas kepada yang memilih artis untuk buat persembahan..i like!

yang kelima pasal penonton. penonton anugerah industri muzik ke 18 ini kira okay berbanding anugerah skrin 2011. sebab semua penonton kali ini memang sporting. ada yang nyanyi sama-sama, bertepuk tangan dengan kuat. memang best..! tak lah jadi penonton malas kan...

yang ke enam pasal fesyen artis malam ini. semua okay..tak ada yang seksi sangat, semua okay-okay jer..hensem dan cantik belaka. hehe..congrats kerana mematuhi peraturan..ehhehe..tapi ada jugak yang seksi but itu yang non muslim lah..hehe

yang paling best, persembahan penutup memang mantap! semua power-power punya suara. contohnya Hazama, Sixth Sense, Ella, Azlan and Typewriter..gempakz!

jadi secara kesuluruhan, AIM  ke 18 memang best, terbaik, tak bosan sangat! so keep it up! tahniah jugak kepada YUNA kerana telah banyak memenangi anugerah pada kali ini..cool! best jugak sebab Greyson Chance buat persembahan tadi..hehe..jadi kepada penganjur Celcom, good job! 

senarai dan keputusan penuh anugerah industri muzik 2011

0 insan terpilih
assalamualaikum.. :)


malam ini akan berlangsungnya Anugerah Industri Muzik 2011 ke 18 pada jam 9 malam..alamak sama waktu dengan Idola Kecil musim baru pulak..mana satu nak tengok ni? tv ada satu jer..nak tak nak bertukar-tukar channel lah..hehe

malam ini juga kita akan tengok para penyanyi, komposer melaram di karpet biru Anugerah Industri Muzik 2011. selalunya kita panggil karpet merah kan, kali ini diorang tukar warna karpet jadi warna biru pulak..hehe..Blue Carpet. pengacara bagi karpet biru adalah Awal Ashaari dan Diana Danielle. manakala AIM 2011 akan di acarakan oleh AC Mizal dan Zizan Raja Lawak.. 

di bawah ini adalah senarai pencalonan di Anugerah Industri Muzik 2011.


Artis Baru Terbaik
1) James Baum
2) Kyoto Protocol
3) Najwa
4) Project Pistol
5) Reza Salleh
Persembahan Vokal Terbaik di dalam Lagu (Artis Lelaki)
1) Anuar Zain – Sedetik Lebih
2) Azlan & The Typewriter – Jeritan Batinku
3) Reza Salleh – What The Hell Just Happened I’m Not Really Sure
4) Black – Sofea Jane
5) Tam Spider – Kitasatu
Persembahan Vokal Terbaik di dalam Lagu (Artis Wanita)
1) Anita Sarawak – Asmara
2) Jaclyn Voctor – Noel
3) Najwa – How Long Must I Wait
4) Yuna – Penakut
5) Yuna – Gelora Jiwa
Persembahan Vokal Berkumpuan Terbaik di dalam Lagu
1) Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah- Beribu Sesalan
2) A.P.I – Pelita
3) Caipifruta – Mencecah Bujang Lapuk
4) Dayang Nurfaizah & Marcell – Sayang
5) In-Team – Salamun Salam 2
Kulit Album Terbaik – Pereka
1) Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd – Urusan Aizat Amdan (album) – Aizat Amdan
2) Aidi Idham – Lonely Boy Soldier (album) – Hujan
3) Subky Hj Bebit & Hafiz Mohtar Rasali – Bumi Akhir Usia (album) – Mirwana
4) Martojaks – Cherry Blossom Love (album) – Pop Shuvit
5) Zel Atif – Decorate (album) – Yuna
Rakaman Album Terbaik- Jururakam
1) Keith Yong & Nick Lee – Urusan Aizat Amdan (album) – Aizat Amdan
2) Adam Sofian – Indah (album) – Atilia
3) Ully Muhammad, Huzai, AG Coco – Lonely Soldier Boy (album) – Hujan
4) Audi Mok – Dewa (album) – Ning Baizura
5) Keith Yong – Realiza (album) – Reza Salleh
Video Muzik Terbaik – Pengarah (video muzik)
1) Ahmad Farish – Susun Silang Kata – Aizat Amdan
2) DJ CZA – Kotarayaku – Altimet feat Noh Hujan
3) Yusry Abdul Halim – Sedetik Lebih
4) Tan Chee Meng – Karma – Faizal Tahir
5) Ahmad Faris – Inspektor Remos – Hujan
Lagu Pop Etnik Terbaik – Komposer/Penulis Lirik
1) Joget Tak Senang Hati – Mihariz Yaakup/Azalea – Adibah Nor
2) Katakanlah – Amirah Ali/Amirah Ali – Amirah Ali
3) Santun Berpesan – Adi Akmal/Muhammad Devotees – Castury Feat Ayati Tasrip
4) Hambamu – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim – Mawi & Akhil Hayy
5) Falsafah Laksmana – Zalee Redang/Zalee Redang – Zalee Redang
Lagu Nasyid Terbaik – Komposer/Penulis Lirik
1) Hadirnya Cahaya S.A.W – Abdul Halim Ahmad/Abdul Halim Ahmad – Devotees
2) Permata Hati – Syah Inteam/Syah Inteam – Nazrey Johani
3) edoman (V.O.U) – Johan Nawawi/Johan Nawawi, Shah Mohamed, Hafiz Tarmizi – Nora Feat VOU
4) Bebas Palestin – Nazrey Johani/Nazrey Johani, Fridzan – Rabbani, Inteam, Saujana, Nowseeheart
5) Pahlawan Gaza – Fridzan/Ahmad Fedtri Yahya – Saujana
Lagu Rock Terbaik – Komposer/Penulis Lirik
1) Pelita – Loque/Loque – A.P.I
2) Ekstarvaganza – Sam/Bunkface – Bunkface
3) Pokok – Taja/Tun Teja – Meet Uncle Hussain feat Hazama
4) Wanita Seluruh Dunia – Boy Clifford/Boy Clifford – Project Pistol
Lagu Pop Terbaik – Komposer/Penulis Lirik
1) Beribu Sesalan – Kevin Chin/Tinta
2) Sungai Lui – Aizat & Anas/Aizat & Anas
3) Sedetik Lebih – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim
4) Dengarkanlah – Acis/Sheila Majid
5) Penakut – Yuna Zarai/Yuna Zarai
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
1) Year From Now – Aizat n Anas – Aizat
2) Innocent Soul – Najwa – Najwa
3) Got To Go – Najwa – Najwa
4) What The Hell Just Happened Im Not Really Sure – Reza Salleh – Reza Salleh
5) Stracciatella – Reza Salleh – Reza Salleh
Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara
1) Insya Allah – Maher Zain – Fridzan
2) Indahnya Cinta – Giring Rama – Giring Rama
3) Sahabat Selamanya – Padi – Padi
4) Ku Menunggu – Mery LC – Mery LC
5) Bunga Mimpi – Sandy Sondro – Sandy Sondro
Susunan Muzik Terbaik DI Dalam Lagu – Penggubah
1) Helen Yap – Asmara
2) Edry Abdul Halmi – Sedetik Lebih
3) AG – Jeritan Batinku
4) Syed Sharir Faisal Syed Hussain – Jeritan Batinku
5) Jenny Chin – Ku Mohon
Album Terbaik – Produser
1) Kevin Chin, Aylwin Snatiago, Paul Morrison n Irwan Simajuntak – 3 Suara
2) Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd – Urusan Aizat Amdan
3) Zain Almodzar – Sayang & Cahaya
4) Magada Entertainment Sdn Bhd – The Malaysian Philharmonik Orchestra Celebrater 25 Years of Sheila Majid





11.11.11 tarikh pilihan pada tahun ini-jangan percaya khurafat

0 insan terpilih
assalamualaikum..

alhamdulillah, hari ini aku masih lagi berkesempatan untuk mengupdate blog capuk aku ni. blog capuk bukan capek okay..heheh..esok aku dah nak terbang ke araustralia, so mungkin lepas ini dah jarang update. tapi aku tetap akan pastikan blog aku ni di datangi orang ramai okay..hehehe


semalam merupakan tarikh yang amat menarik untuk tahun ini. 11.11.11. heboh dan kecoh facebook sebab semua dok post pasal tarikh cantik ni. mereka semua harapkan ada sesuatu yang miracle atau memory berlaku sebagai kenang-kenangan.

ada apa dengan tarikh ni sebenarnya? kalau tahun lepas tarikh 10.10.10 dipilih sebagai tarikh idaman. so ramailah yang berkahwin, bersalin dan membuat something yang boleh mereka jadikan kenangan. kebetulan tarikh itu juga merupakan tarikh lahir aku..hehe tapi tak ada yang menarik pon berlaku..hohoho sedihnyaa..

ada di antara mereka memilih tarikh 11.11.11 untuk berkahwin. kebetulan pulak tarikh tu jatuh pada hari Jumaat. memang berkat sungguh katanya. sebenarnya, mereka ini bukan apa, masing-masing selalu lupa dengan tarikh perkahwinan diorang lah, tarikh declare lah. so bila adanya tarikh begini senanglah sikit diorang nak ingat..hehe..malang betul kalau dapat orang yang selalu lupa tarikh-tarikh penting ni kan. hahaha

ada jugak yang nak lahirkan anak mereka pada tarikh cun ni. jadi ibu-ibu yang hampir bersalin terpaksalah menahan sakit semata-mata nak bersalin pada tarikh ni..padahal due date diorang dah lepas beberapa hari pon..haha..macam ni pon ada jugak ea..terseksa rasanya semata-mata kerana tarikh..kesian-kesian. anak tu dah tak sabar-sabar nak keluar, tapi mak budak pulak tahan tak bagi keluar..hehehe

jadi, sekarang dah jad macam trend pulak kan. tarikh menjadi isu penting dalam melakukan sesuatu. tarikh seperti hari merdeka, awal tahun, atau seperti 11.11.11 sudah menjadi pilihan untuk mereka mengabadikan sesuatu. jadi tahun depan sudah pastinya tarikh 12.12.12 menjadi pilihan bukan? jadi kepada mereka yang ingin berkahwin, cepat-cepatlah reserve tarikh tu dekat pejabat agama okay..hahaa

dalam paper Metro hari ini, Prof Izzi Yahya telah mengeluarkan komen berhubung ketaksuban orang ramai mengenai tarikh cantik ini.  jadi, renung-renungkan dan selamat beramal..! :)

Terlalu taksub dengan nombor dan tarikh tertentu serta terikut-ikut budaya kaum lain yang sememangnya percaya dengan kelebihan setiap nombor dikhuatiri boleh mendatangkan unsur khurafat,” kata Pakar Motivasi, Profesor Izzi Ali.
Katanya, masalah itu semakin membimbangkan kerana dalam Islam, tarikh atau nombor tertentu tiada sebarang makna dan tidak pernah tertulis dalam al-Quran atau sunnah Nabi.

“Berkahwin atau melahirkan anak pada tarikh yang ‘cantik’ seperti 11 November 2011, 12 November 2012 bukan jaminan kepada prestasi seseorang. “Biar seperti mana ditentukan Allah, bukannya mengikut budaya kaum tertentu yang percaya ada tuah di sebalik tarikh yang dipilih. “Tidak guna memilih tarikh yang cantik untuk berkahwin jika perkahwinan itu sendiri tidak seindah diimpikan,” 




Izzi berkata, situasi terlalu memaksa pasangan untuk berkahwin atau melahirkan anak pada tarikh cantik mungkin mendatangkan risiko kepada pasangan itu sendiri kerana kurang bersedia atau memberi kesan kepada anak yang bakal dilahirkan.

Katanya, selain memilih tarikh unik, umat Islam di negara ini juga sanggup berhabis duit membeli nombor pendaftaran harga mahal kerana percaya ada tuah di sebaliknya.



Friday, November 11, 2011

hero baru malaysia izzaq faris ramlan

0 insan terpilih
assalamualaikum..

perlawanan antara Malaysia dan Thailand baru sahaja berakhir dengan kemenangan Malaysia 2-1. hero baru kita Izzaq Faris Ramlan , 21 tahun. beliau di lahirkan pada 18 april 1990 merupakan pemain Harimau Muda untuk pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia2010 dan seterusnya. Beliau berasal dari Terengganu dan pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman (SMKSS) di Kuala Ibai, Kuala Terengganu.


beliau telah menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 84 ke atas Thailand. perlawanan telah di adakan di Stadium Gelora Bung Karno.

Wednesday, November 9, 2011

kenapa susah sangat orang lain nak paham yang kita sukakan dia

0 insan terpilih
assalamualaikum..

mood aku hari ini sedih sedikit..bukan apa, kadang-kadang aku rasa macam tak adil jer dunia ni. bukan aku tak redha..sebagai orang Islam, aku redha dengan setiap apa yang berlaku sebab pastinya ada hikmah yang hebat di sebalik kejadian. tapi kenapa aku selalu tak dapat kecapi happy ending tu??

hurm, kenapa susah sangat orang lain nak sedar dan paham yang kita sukakan dia? padahal dah bermacam-macam hint kita bagi dekat dia. dengan cara kita layan dia, cara kita bertanya khabar, tapi kenapa dia tak paham-paham?!

dah lah tak paham, lepas tu bagi tamparan hebat pulak dekat aku dengan hint yang dia sukakan orang lain. arghh kenapa benda ni terjadi dekat aku.? kenapa aku tak boleh dapat kebahagiaan macam orang lain? bila tengok orang lain berpasangan mulalah aku nak rasa jelez. korang ingat aku nak sangat ke rasa perasaan macam ni. 


bila aku rasa jeles, rasa macam nak meletup jer jantung ni. memanglah orang lain ad acakap, buat apa nk jeles. tapi korang tak ada kat tempat aku. cuba korang hadapi perasaan macam ni, mesti korang akan paham jugak..ingat nak snagat ker aku jeles tak tentu pasal. bila nak sedapkan hati, mulalah aku cakap 'untunglahhhhhh ada pakwe, untunglahhh ada orang sayang, untunglahhh ada orang kol...' eii menci menci menciiiiiii!


kalau boleh aku memang dah kuatkan semangat untuk tak ada perasaan itu. tapi sebagai seorang perempuan perasaan tu tetap akan datang walau macam mana pun caranya. walau aku hindar macam mana pun dia tetap datang. kenapa tak boleh bagi aku peluang untuk sukakan dia? kenapa jugak mesti ada perasaan suka tu dekat dia? tolonglah wahai Tuhan, Kau kuatkan semangat hambaMu ini..jauhkan lah perasaan ini Ya Allah..



kau ingat aku ni permainan ker? bila kau suka kau datang kutip balik. agak-agak kau dah ada permainan lain mulalah kau campak kan aku kat tepi sudut..aku pun punya perasaan. walaupun aku tak buat salah, tapi kenapa tetap jadi benda macam ni.? bila aku di datangi perasaan ini, aku sentiasa ingatkan diri sendiri dengan berkata-kata dalam kepada diri 

' sheila, kau kena sedar, Allah sentiasa berikan yang terbaik buat hambaNya. setiap insan telah dia tetapkan pasangan mereka di dalam Kitab Lohmahfuz. sekiranya sampai sekarang kau masih belum jumpa jodoh kau, pastinya Allah sedang sediakan seseorang yang amat terbaik untuk kau. apa yang penting adalah kesabaran. Allah memilih kau untuk menghadapi dugaan ini adalah kerana Allah tahu yang kau mampu bersabar di atas dugaan dan cabaranNya. sekiaranya kau sedang berpasangan dan Allah datangkan kepada engkau seseorang yang mampu menggugat hubungan, itu erti nya Allah nak menguji kesetiaan kau. jadi, sebagai hambaNya, apa yang penting adalah berdoa supaya kau dipertemukan dengan jodoh yang baik, beriman dan beramal soleh..aminn '

setiap hari aku akan cuba ingatkan diri aku dengan berkata-kata seperti di atas. dengan cara itu barulah aku dapat tenangkan diri, dan menerima kenyataan yang Allah sedang merancang sesuatu yang baik untuk aku. walaupun pahit untuk di telan, aku akan tetap menyabarkan diri ku ini..


hurm, cukuplah luahan hati aku ni..sebab semakin aku menulis, semakin sayu rasa hati. semakin menangis-nangis hati aku ni. semoga semua orang yang aku sayang akan dapat kecapi kebahagiaan mereka. biarlah aku menderita sekalipun asalkan mereka bahagia bersama orang yang mereka sayang.

* tiada kaitan dengan kisah lama.

Tuesday, November 8, 2011

adrian jay pereira, pelajar Malaysia yang di bunuh di Indonesia merupakan kawan aku

0 insan terpilih
assalamualaikum..

hari ini merupakan hari ke 5 aku berada di rumah..tinggal beberapa hari lagi flight aku akan berlepas ke araustalia..cehh tak boleh blah kan naik flight..hehe padahal nek flight daratan..haha..yelah nek Sani Ekspress tu dah macam naik flight kan dalamnya..huhu

sepanjang cuti ni, aku belum lagi jejak ke luar rumah..tak percaya?? korang tanyalah mak aku ada ker anak dia ni keluar rumah?? hehe.anak yang baiklah katakan...tapi maybe esok aku akan berusaha untuk keluar juga..haha..tak boleh tahan dowh duduk kat rumah jer buat benda yang sama.

okay, stop about it. actually aku nak story about kes pembunuhan pelajar Malaysia di Kota Malang, Indonesia. mendiang terbunuh kerana di tetak di leher oleh seorang lelaki yang ingin mencuri motosikal mangsa. for your information mendiang yang bernama Adrian Jay Pereira, 22 itu merupakan kawan sekolah aku masa Form 6. 

kami punya kelas sebelah-sebelah. semasa hayat, mendiang selalu jugak tegur aku kalau terserempak. mendiang memang seorang yang baik, berdisiplin dan soft spoken. dia juga merupakan Ketua Pengawas. aku hanya sempat berkawan dengan dia selama 6 bulan sahaja sebab lepas itu aku dapat tawaran belajar di Uitm.

masa aku baca paper Metro pagi tadi, tak cam pun nama dia..sebab gambar tak ada kan. but after nampak kat berita, macam kenal. rupanya memang betul lah dia kawan aku..sungguh tak sangka kan. ajal maut seseorang itu kita tak tahu. 

di khabarkan mayat mendiang akan sampai ke tanah air pada esok pagi. so, hope Adrian will be rest in peace out there.  di harapkan pembunuh mendiang Adrian akan terima hukuman yang setimpal. dan di harapkan jugak pihak kerajaan dapat mengawal keselamatan pelajar Malaysia di sana kerana sudah banyak sangat kes berlaku membabitkan pelajar Malaysia di luar negara.

gambar artis sekitar karpet merah anugerah skrin 2011-bahagian 3

0 insan terpilih


chef riz dan tunang ana dahlia-tak lama lagi kahwin lahh bagai pinang di belah dua


rosyam nor-still smart and handsome


ziela jalil-cantik but macam ada yang tak kena jerr


remy ishak dan tiz zaqyah-mentang-mentang dah ngaku bercinta, terus takda cover-cover


kilafairy, amanda dan neelofa-pendatang baru yang berbakat











































fasha sandha-rasa dia sorang jer yang pakai fesyen berkemban ni..hehe



kilafairy-anak rohana jalil, seksi bibir tu..



liyana jasmay-comel






















farid kamil-ganas






















scha al  yahya-cantikk


shila amzah-dah pandai bergaya



amanda amani dan erra fazira


marsha milan londoh



nora danish-always cute
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA