Sambutan Deepavali peringkat kebangsaan akan diadakan di Kota Raja, Klang pada 10 November ini, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Beliau berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka bersama puluhan ribu masyarakat India menyertai sambutan itu dari 5 petang sehingga 10 malam.
“Oleh itu, kita menyeru seramai mungkin masyarakat India supaya turun padang dan bersama pemimpin kita di Kota Raja, Klang pada 10 Nov ini. Dianggarkan 25,000 orang akan hadir pada majlis tersebut,” Rais, yang juga Anggota Parlimen Jelebu, berkata dalam soal merayakan Deepavali, semua masyarakat di Malaysia perlu mempunyai petua mengenal budaya bukan bangsa sendiri.
“Menerusi kegiatan Jabatan Penerangan, Jabatan Hal Ehwal Khas dan RTM, kita telah menasihatkan supaya program-program membimbing nilai-nilai positif rakyat ini ditingkatkan,” katanya.
little india di klang
* dengar cerita Perdana Menteri kita akan datang ke sekolah aku. di Sekolah Menengah Kampong Jawa, Klang. adik aku cakap, diorang siap dah bina dewan kat padang sekolah tu. siap bermarmar lagi lantai nya..wahh, nak sambut Perdana Menteri katakan, kenelah cantik-cantikkan..mana tahu masuk TV3. bangga aku belajar kat sekolah tu dulu walaupun tak famous.. hahaha..
and mesti jalan giler jam time tu. so semua di nasihatkan tidak keluar rumah pada 10 hb november ea..haha..ntah-ntah kan, kereta Datuk Seri Najib akan lalu depan taman perumahan aku? wahh..hehhe..anyway, selamat datang ke KLANG iyer, DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK!
0 insan terpilih:
Post a Comment