~CEPAT KLIK LINK INI~

Saturday, November 12, 2011

komen anugerah industri muzik ke 18 tahun 2011-terbaik wok!

assalamualaikum..


alhamdulillah baru selepas tadi berakhirnya Anugerah Industri Muzik ke 18 2011. dan alhamdulillah juga, anugerah ini tak seperti anugerah skrin 2011 yang berlangsung pada minggu lepas..Anugerah Industri Muzik 2011 ini di acarakan oleh pengacara Maharaja Lawak, AC Mizal dan juga bekas peserta Maharaja Lawak, Zizan Razak. jadi ini adalah beberapa komen yang aku lihat semasa berlangsungnya anugerah ini.

yang pertama mengenai pengacaranya. walaupun gandingan mereka ramai yang menganggap pastinya kelakar, tetapi mereka bijak untuk menjadi kelakar dan menjadi serius mengikut keadaan. dan nampak keserasian di antara merea. mungkin kerana mereka sudah biasa mengacara majlis-majlis seperti ini. jadi, bab pengacara tidak menghampakan.

yang kedua mengenai penyampai anugerah. kebanyakan penyampai ada yang okay ada yang kurang okay. yang tak okay nya bila mereka banyak sangat membebel di atas pentas, sampaikan terlupa nak bagi anugerah. mentang-mentang the stage is yours sampai terlupa pulak ea. jadi, bagi aku, tak perlulah nak tanya soalan banyak-banyak sangat. kat belakang pentas pon dah boleh tanya kan..hehe

yang ketiga pasal penerima anugerah. untuk pengetahuan, selepas mereka menerima trofi mereka akan diberi peluang untuk menyampaikan ucapan. jadi, kalau yang bagi ucapan pendek tu kira okay lah. tapi ada jugak yang bagi ucapan panjang berjela sampaikan muzik dah habis di mainkan pun ada jugak yang tak habis-habis berucap lagi. memanglah tengah excited dan gembira kan, tapi berucap sekadar yang perlu jelah ea. tak perlulah nak berterima kasih sampai satu kampung. huhu

yang keempat tentang persembahan artis. haaa yang ini aku suker. sebab artis yang buat persembahan semua tip top hebat-hebat dan best-best! ada yang otai-otai, ada yang muka baru. ada jugak yang muka buku..hehe..bab ni aku rasa memang terbaik. tak boring dan rasa macam nak nyanyi sama-sama jer. syabas kepada yang memilih artis untuk buat persembahan..i like!

yang kelima pasal penonton. penonton anugerah industri muzik ke 18 ini kira okay berbanding anugerah skrin 2011. sebab semua penonton kali ini memang sporting. ada yang nyanyi sama-sama, bertepuk tangan dengan kuat. memang best..! tak lah jadi penonton malas kan...

yang ke enam pasal fesyen artis malam ini. semua okay..tak ada yang seksi sangat, semua okay-okay jer..hensem dan cantik belaka. hehe..congrats kerana mematuhi peraturan..ehhehe..tapi ada jugak yang seksi but itu yang non muslim lah..hehe

yang paling best, persembahan penutup memang mantap! semua power-power punya suara. contohnya Hazama, Sixth Sense, Ella, Azlan and Typewriter..gempakz!

jadi secara kesuluruhan, AIM  ke 18 memang best, terbaik, tak bosan sangat! so keep it up! tahniah jugak kepada YUNA kerana telah banyak memenangi anugerah pada kali ini..cool! best jugak sebab Greyson Chance buat persembahan tadi..hehe..jadi kepada penganjur Celcom, good job! 

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA