~CEPAT KLIK LINK INI~

Tuesday, November 8, 2011

adrian jay pereira, pelajar Malaysia yang di bunuh di Indonesia merupakan kawan aku

assalamualaikum..

hari ini merupakan hari ke 5 aku berada di rumah..tinggal beberapa hari lagi flight aku akan berlepas ke araustalia..cehh tak boleh blah kan naik flight..hehe padahal nek flight daratan..haha..yelah nek Sani Ekspress tu dah macam naik flight kan dalamnya..huhu

sepanjang cuti ni, aku belum lagi jejak ke luar rumah..tak percaya?? korang tanyalah mak aku ada ker anak dia ni keluar rumah?? hehe.anak yang baiklah katakan...tapi maybe esok aku akan berusaha untuk keluar juga..haha..tak boleh tahan dowh duduk kat rumah jer buat benda yang sama.

okay, stop about it. actually aku nak story about kes pembunuhan pelajar Malaysia di Kota Malang, Indonesia. mendiang terbunuh kerana di tetak di leher oleh seorang lelaki yang ingin mencuri motosikal mangsa. for your information mendiang yang bernama Adrian Jay Pereira, 22 itu merupakan kawan sekolah aku masa Form 6. 

kami punya kelas sebelah-sebelah. semasa hayat, mendiang selalu jugak tegur aku kalau terserempak. mendiang memang seorang yang baik, berdisiplin dan soft spoken. dia juga merupakan Ketua Pengawas. aku hanya sempat berkawan dengan dia selama 6 bulan sahaja sebab lepas itu aku dapat tawaran belajar di Uitm.

masa aku baca paper Metro pagi tadi, tak cam pun nama dia..sebab gambar tak ada kan. but after nampak kat berita, macam kenal. rupanya memang betul lah dia kawan aku..sungguh tak sangka kan. ajal maut seseorang itu kita tak tahu. 

di khabarkan mayat mendiang akan sampai ke tanah air pada esok pagi. so, hope Adrian will be rest in peace out there.  di harapkan pembunuh mendiang Adrian akan terima hukuman yang setimpal. dan di harapkan jugak pihak kerajaan dapat mengawal keselamatan pelajar Malaysia di sana kerana sudah banyak sangat kes berlaku membabitkan pelajar Malaysia di luar negara.

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA