~CEPAT KLIK LINK INI~

Wednesday, November 9, 2011

kenapa susah sangat orang lain nak paham yang kita sukakan dia

assalamualaikum..

mood aku hari ini sedih sedikit..bukan apa, kadang-kadang aku rasa macam tak adil jer dunia ni. bukan aku tak redha..sebagai orang Islam, aku redha dengan setiap apa yang berlaku sebab pastinya ada hikmah yang hebat di sebalik kejadian. tapi kenapa aku selalu tak dapat kecapi happy ending tu??

hurm, kenapa susah sangat orang lain nak sedar dan paham yang kita sukakan dia? padahal dah bermacam-macam hint kita bagi dekat dia. dengan cara kita layan dia, cara kita bertanya khabar, tapi kenapa dia tak paham-paham?!

dah lah tak paham, lepas tu bagi tamparan hebat pulak dekat aku dengan hint yang dia sukakan orang lain. arghh kenapa benda ni terjadi dekat aku.? kenapa aku tak boleh dapat kebahagiaan macam orang lain? bila tengok orang lain berpasangan mulalah aku nak rasa jelez. korang ingat aku nak sangat ke rasa perasaan macam ni. 


bila aku rasa jeles, rasa macam nak meletup jer jantung ni. memanglah orang lain ad acakap, buat apa nk jeles. tapi korang tak ada kat tempat aku. cuba korang hadapi perasaan macam ni, mesti korang akan paham jugak..ingat nak snagat ker aku jeles tak tentu pasal. bila nak sedapkan hati, mulalah aku cakap 'untunglahhhhhh ada pakwe, untunglahhh ada orang sayang, untunglahhh ada orang kol...' eii menci menci menciiiiiii!


kalau boleh aku memang dah kuatkan semangat untuk tak ada perasaan itu. tapi sebagai seorang perempuan perasaan tu tetap akan datang walau macam mana pun caranya. walau aku hindar macam mana pun dia tetap datang. kenapa tak boleh bagi aku peluang untuk sukakan dia? kenapa jugak mesti ada perasaan suka tu dekat dia? tolonglah wahai Tuhan, Kau kuatkan semangat hambaMu ini..jauhkan lah perasaan ini Ya Allah..



kau ingat aku ni permainan ker? bila kau suka kau datang kutip balik. agak-agak kau dah ada permainan lain mulalah kau campak kan aku kat tepi sudut..aku pun punya perasaan. walaupun aku tak buat salah, tapi kenapa tetap jadi benda macam ni.? bila aku di datangi perasaan ini, aku sentiasa ingatkan diri sendiri dengan berkata-kata dalam kepada diri 

' sheila, kau kena sedar, Allah sentiasa berikan yang terbaik buat hambaNya. setiap insan telah dia tetapkan pasangan mereka di dalam Kitab Lohmahfuz. sekiranya sampai sekarang kau masih belum jumpa jodoh kau, pastinya Allah sedang sediakan seseorang yang amat terbaik untuk kau. apa yang penting adalah kesabaran. Allah memilih kau untuk menghadapi dugaan ini adalah kerana Allah tahu yang kau mampu bersabar di atas dugaan dan cabaranNya. sekiaranya kau sedang berpasangan dan Allah datangkan kepada engkau seseorang yang mampu menggugat hubungan, itu erti nya Allah nak menguji kesetiaan kau. jadi, sebagai hambaNya, apa yang penting adalah berdoa supaya kau dipertemukan dengan jodoh yang baik, beriman dan beramal soleh..aminn '

setiap hari aku akan cuba ingatkan diri aku dengan berkata-kata seperti di atas. dengan cara itu barulah aku dapat tenangkan diri, dan menerima kenyataan yang Allah sedang merancang sesuatu yang baik untuk aku. walaupun pahit untuk di telan, aku akan tetap menyabarkan diri ku ini..


hurm, cukuplah luahan hati aku ni..sebab semakin aku menulis, semakin sayu rasa hati. semakin menangis-nangis hati aku ni. semoga semua orang yang aku sayang akan dapat kecapi kebahagiaan mereka. biarlah aku menderita sekalipun asalkan mereka bahagia bersama orang yang mereka sayang.

* tiada kaitan dengan kisah lama.

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA