assalamualaikum..
alhamdulillah, hari ini aku masih lagi berkesempatan untuk mengupdate blog capuk aku ni. blog capuk bukan capek okay..heheh..esok aku dah nak terbang ke araustralia, so mungkin lepas ini dah jarang update. tapi aku tetap akan pastikan blog aku ni di datangi orang ramai okay..hehehe
semalam merupakan tarikh yang amat menarik untuk tahun ini. 11.11.11. heboh dan kecoh facebook sebab semua dok post pasal tarikh cantik ni. mereka semua harapkan ada sesuatu yang miracle atau memory berlaku sebagai kenang-kenangan.
ada apa dengan tarikh ni sebenarnya? kalau tahun lepas tarikh 10.10.10 dipilih sebagai tarikh idaman. so ramailah yang berkahwin, bersalin dan membuat something yang boleh mereka jadikan kenangan. kebetulan tarikh itu juga merupakan tarikh lahir aku..hehe tapi tak ada yang menarik pon berlaku..hohoho sedihnyaa..
ada di antara mereka memilih tarikh 11.11.11 untuk berkahwin. kebetulan pulak tarikh tu jatuh pada hari Jumaat. memang berkat sungguh katanya. sebenarnya, mereka ini bukan apa, masing-masing selalu lupa dengan tarikh perkahwinan diorang lah, tarikh declare lah. so bila adanya tarikh begini senanglah sikit diorang nak ingat..hehe..malang betul kalau dapat orang yang selalu lupa tarikh-tarikh penting ni kan. hahaha
ada jugak yang nak lahirkan anak mereka pada tarikh cun ni. jadi ibu-ibu yang hampir bersalin terpaksalah menahan sakit semata-mata nak bersalin pada tarikh ni..padahal due date diorang dah lepas beberapa hari pon..haha..macam ni pon ada jugak ea..terseksa rasanya semata-mata kerana tarikh..kesian-kesian. anak tu dah tak sabar-sabar nak keluar, tapi mak budak pulak tahan tak bagi keluar..hehehe
jadi, sekarang dah jad macam trend pulak kan. tarikh menjadi isu penting dalam melakukan sesuatu. tarikh seperti hari merdeka, awal tahun, atau seperti 11.11.11 sudah menjadi pilihan untuk mereka mengabadikan sesuatu. jadi tahun depan sudah pastinya tarikh 12.12.12 menjadi pilihan bukan? jadi kepada mereka yang ingin berkahwin, cepat-cepatlah reserve tarikh tu dekat pejabat agama okay..hahaa
dalam paper Metro hari ini, Prof Izzi Yahya telah mengeluarkan komen berhubung ketaksuban orang ramai mengenai tarikh cantik ini. jadi, renung-renungkan dan selamat beramal..! :)
Katanya, masalah itu semakin membimbangkan kerana dalam Islam, tarikh atau nombor tertentu tiada sebarang makna dan tidak pernah tertulis dalam al-Quran atau sunnah Nabi.
“Berkahwin atau melahirkan anak pada tarikh yang ‘cantik’ seperti 11 November 2011, 12 November 2012 bukan jaminan kepada prestasi seseorang. “Biar seperti mana ditentukan Allah, bukannya mengikut budaya kaum tertentu yang percaya ada tuah di sebalik tarikh yang dipilih. “Tidak guna memilih tarikh yang cantik untuk berkahwin jika perkahwinan itu sendiri tidak seindah diimpikan,”
Izzi berkata, situasi terlalu memaksa pasangan untuk berkahwin atau melahirkan anak pada tarikh cantik mungkin mendatangkan risiko kepada pasangan itu sendiri kerana kurang bersedia atau memberi kesan kepada anak yang bakal dilahirkan.
Katanya, selain memilih tarikh unik, umat Islam di negara ini juga sanggup berhabis duit membeli nombor pendaftaran harga mahal kerana percaya ada tuah di sebaliknya.
0 insan terpilih:
Post a Comment