~CEPAT KLIK LINK INI~

Saturday, April 28, 2012

hukum memanggil dengan gelaran yang memalukan

0 insan terpilih
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.”

Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi

Memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.

Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong. Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.

***

Setiap orang di muka Bumi ada melakukan kesalahan dan kesilapan. tiada orang yang sempurna di dunia ini dan tiada siapa yang mengaku dirinya sempurna. janganlah kita sebagai umat Islam senang-senang untuk menghukum, menghina dan mencaci orang lain kerana diri kita pun tidak terlepas dari melakukan kesilapan. renungkanlah masa lampau kita, adakah kita sempurna di mata orang lain atau kita lebih buruk dari mereka yang anda cacikan?? fikirlah sejenak...

baru-baru ini sheila ada menonton Semanis Kurma yang bertajuk 'Mereka-reka Cerita'..ia boleh juga dikategorikan sebagai memfitnah. seperti yang semua tahu memfitnah lebih teruk daripada membunuh..dan sebab apa orang sekarang ini suka memfitnah? sebab kata-kata dari mulut itu sebenarnya datang dari hati yang busuk dan hitam. misal kata, kalau dari dulu dia memang tak suka giler dengan seseorang itu, maka dia akan mula dengan mengumpat atau mengata. dan dari situlah timbulnya FITNAH..maka, berhati-hatilah dalam mengeluarkan setiap apa yang kita katakan, dengarkan dan lihat. dari situ juga mana tahu kita telah pun membuka aib orang lain..walahualam..

Perbuatan mencaci maki atau menyakiti seseorang muslim adalah dilarang dalam Islam kerana boleh menjejaskan nama baik dan maruah orang. 
   
Firman Allah SWT :

   "Orang-orang yang menyakiti mukmin lelaki dan mukmin wanita dengan sesuatu yang tidak dibuatnya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan yang besar dan dosa yang nyata."
(Al-Ahzab : 58)

   Rasulullah SAW bersabda : 
   
   "Tidak patut seseorang sahabat baik mengutuk (sahabatnya)."
(HR.Muslim dari Abu Hurairah)




Gambar Pernikahan Fasha Sandha dan Jejai-segala persoalan terjawab

0 insan terpilih

 

assalamualaikum...
alhamdulillah, akhirnya pasangan sensasi Fasha Sandha dan Rizal Ashram Ramli atau Jejai selamat bernikah dengan hanya sekali lafaz. Jejai yang merupakan bekas suami kepada Nora Danish kini telah pon menjadi suami kepada Fasha Sandha. dulu, mereka menafikan hubungan ini, tetapi hari ini semuanya telah terjawab dengan lafaz yang di ucapkan. tahniah, semoga perkahwinan mereka akan berkekalan hendakNya.

 
 

pada hari pernikahan ini, bekas isteri Jejai iaitu Nora Danish nampaknya tidak hadir kerana beliau telah pun pergi menunaikan umrah pada hari yang sama. 

 
 
 
 
 

eh yang atas ni bukan Jejai Fasha Sandha punya tau..tapi ni owner blog Teratakarmo@Jejai jugakk..muka diorang memang sama kan..tapi abang yang atas ni minat pink tau..dah ramai sangat dah orang konfius..bukan jer orang-orang biasa, tapi wartawan, surat khabar, semua tertipu sebab muka diorang memang sebijik kan. abang Teratakarmo ni pernah masuk Masterchef Malaysia tau..hehe..blogger famous ni..hehe..pernah dia nak saman satu akhbar ni sebab menyiarkan gambar beliau. padahal orang tu nak letak gambar Jejai@Rizal ni..hehe..apa-apa pon, abang Teratakarmo memang awesome..!

Friday, April 27, 2012

wanita harus nampak MAHAL di mata lelaki

0 insan terpilih
assalamualaikum..

seorang lelaki nakkan wanita yang mahal..mahal dalam segala aspek.
.once they don't find this in a girl they interested in, they simply walk away...

masih terbayang lagi kata-kata ini ketika sheila terima mesej darinya. begitu mendalam maksud yang tersirat. MAHAL..ada apa dengan MAHAL..adakah wanita kena menjadi mahal seperti harga barangan yang sedang naik sekarang? atau adakah wanita kena menjadi mahal seperti harga emas yang sedang melambung tinggi??

 

TIDAK! wanita harus menampakkan dirinya mahal di hadapan lelaki dan jangan menjadi terlalu murah. sebab itulah ada di antara mereka di label perempuan murahan.jangan terlalu senang mempercayai lelaki, mengikut lelaki, memberi harapan kepada lelaki dan melayan lelaki.

tetapi, manusia zaman sekarang mudah sangat berprasangka buruk..kadang-kadang bila wanita menjadi mahal, ada yang kategorikan sebagai sombong, belagak, poyo dan sewaktu dengannya..hurmm memang betullah manusia memang susah untuk dipuaskan hatinya. wanita yang murah adalah mereka yang mudah tunduk kepada lelaki dan mereka yang banyak melayan lelaki. seperti kata-kata beliau, sekiranya dia mendapati wanita yang disukai nya itu murah, maka lelaki akan bertindak untuk meninggalkannya. jadi AWAS, silalah jadi wanita MAHAL demi insan yang anda cintai.

jadi, sebagai seorang wanita, nampakkanlah diri anda itu mahal, supaya lelaki lebih menghargai..wanita yang mahal adalah pilihan lelaki. wanita yang pandai menjaga maruah adalah pilihan lelaki. wanita yang tahu menjaga akhlak adalah pilihan lelaki. wanita yang menjaga kata-kata adalah pilihan lelaki.

ingatlah bahawa wanita yang mahal adalah pilihan lelaki. jadi kepada wanita di luar sana, golongkan lah diri anda sebagai wanita yang mahal nilainya..jangan menampakkan diri anda itu murah..insyaAllah, wanita yang mahal adalah untuk lelaki yang mahal juga. bukan wanita sahaja yang harus nampak mahal, tetapi juga lelaki. yang lelaki, cubalah untuk membuat gadis anda sebagai wanita mahal lebih daripada orang lain. dan berbanggalah sekiranya wanita yang anda sayangi itu sangat mahal nilainya.walahualam...

*terima kasih sheila ucapkan kepada insan ini yang telah mengingatkan saya supaya sentiasa menjadi mahal di mata lelaki. insyaAllah, saya akan merealisasikannya..semoga beliau juga tergolong dalam lelaki yang mahal nilainya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA