~CEPAT KLIK LINK INI~

Tuesday, April 3, 2012

Siti Nurhaliza terpikat dengan Khairul Fahmi Che Mat (Apex)

Apex Berjaya Pikat Siti Nurhaliza

Penyanyi nombor satu Negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin akui terpikat dengan sikap penjaga gol Negara, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex selepas pertama kali berjumpa dan bekerjasama untuk produk haruman terbaru SimplySiti.

Malah, Siti Nurhaliza berkata Apex merupakan pilihan yang tepat untuk wangian jenis Pure kerana karisma dan auranya sebagai seorang ahli sukan. "Sejak awal-awal lagi saya memang sudah target mahukan Apex untuk menjadi salah seorang model iklan haruman terbaru saya.

"Pada mulanya agak sukar untuk mendapatkannya kerana dia seorang ahli ukan yang sangat sibuk. Namun saya gembira kerana akhirnya impian saya berjaya. "Bagi saya Apex memenuhi ciri-ciri yang sesuai untuk wangian Pure kerana saya mencari lelaki yang aktif dan segar bagi meyakinkan pengguna wanita untuk membeli.

"Saya seronok dapat berkerjasaman dengan Apex. Pertama kali berjumpa dengannya dia seorang yang sangat sempoi, sangat kelakar dan comel. "Namun, selepas bekerja dengannya saya dapati dia meletak komitmen yang tinggi terhadap tanggungjawabnya," katanya selepas sidang media Majlis Hari Ibu di Hotel Dorset, Subang Jaya, semalam.

Selain Apex, Siti Nurhaliza turut mengundang dua tokoh lain untuk dijadikan model bagi dua harumannya yang lain iaitu SM Zul Khalis SM Zulkifli daripada Naza Italia sebagai ikon usahawan muda untuk haruman Memoir dan Pengarah Ibex Group, Adam Yahya sebagai ikon pengurusan korporat untuk haruman Precious.

Penyanyi Biarlah Rahsia ini berkata, meskipun haruman tersebut diilhamkan istimewa buat kaum wanita, namun cara pemasarannya kini berbeza kerana menggunakan model lelaki untuk memikat kaum berkenaan.
"Saya cuba lari dari kebiasaan kerana kali ini lelaki menjadi model untuk haruman wanita.

"Kita lihat sahaja nanti bagaimana penerimaannya selepas produk ini dilancarkan tidak lama lagi," jelasnya dengan teruja. Wangian eksklusif daripada pengasas produk SimplySiti ini bakal dilancarkan di pasaran sekitar April ini.

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA