~CEPAT KLIK LINK INI~

Wednesday, April 25, 2012

wanita dan air mata sukar di pisahkan

 

wanita dan air mata memang tidak boleh di pisahkan ibarat irama dan lagu. air mata memang cukup sinonim dengan diri wanita kerana mereka merupakan insan yang lemah dan memerlukan pendamping di sisi mereka. tangisan juga ibarat medium untuk seseorang itu meluahkan perasaan yang terbuku di hati selama ini.

tangisan dengan sheila juga tidak boleh di pisahkan. walaupun selalu memujuk diri sendiri supaya menjadi kuat, tapi ia tetap mengalir. kenapa air mata yang begitu mahal itu boleh mengalir sewenang-wenangnya? ini adalah kerana ujian dan dugaan hidup yang sentiasa menghimpit diri ini.  tangisan tidak beerti sheila lemah, tetapi ia sebenarnya menguatkan lagi diri ini. tangisan juga tidak beerti sheila berputus asa.


kadang-kadang air mata ini boleh sahaja jatuh bila teringat kisah lama. kadang-kadang air mata ini jatuh juga bila merasakan diri dalam kesusahan. kadang-kadang air mata ini jatuh juga bila berasa kesunyian. air mata ini boleh jatuh tidak kira masa, ketika bersendirian, ketika termenung mahupun ketika bersolat. tak tahulah betapa banyaknya dosa diri ini sehingga ketika bersolat juga mampu menitiskan air mata. sudah cuba untuk di tahan, tetapi ia tetap mengalir. 

Ya Allah, Kau kuatkan lah semangat ku ini. bersabarlah wahai hati dengan setiap ujian yang menimpa dirimu ini. Sesungguhnya hambaMu tidak boleh lari dari dugaan dan cabaran yang sebenarnya mengajar kita erti kedewasaan. Kuatkan hatiku, imanku, semangatku Ya ALLAH.

tak semua wanita itu kuat. mereka di lahirkan sebagai insan yang lemah dan memerlukan seorang teman di sisi untuk menjaga dan melindungi mereka. kadang kala tergaris senyuman di wajah ini, tetapi siapa tahu apa yang tersirat di dalam hatinya. terlalu banyak ranjau dan onak duri terpaksa dia lalui. tetapi dia tetap bersabar kerana itulah yang di mahukan olehNya.

wahai diri ini, bersabarlah kerana setiap apa yang berlau ada hikmahnya. janganlah cepat berputus asa. bangkitlah dan sematkan sifat positif di dalam hati. sentiasalah bermuhasabah supaya fikiran kita akan menjadi tenang. lupakan apa yang telah berlaku dan fokus pada masa hadapan. semoga setiap apa yang terjadi ini akan sentiasa mematangkan diri ini. InsyaAllah setiap kerumitan dan kesusahan itu ada kebahagiaan di pengakhirannya nanti. Aminn.



0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA