~CEPAT KLIK LINK INI~

Thursday, April 26, 2012

kuatkan hati, kuatkan semangat, kuatkan iman

assalamualaikum...

alhamdulillah, hari ini sheila masih lagi bernafas dan hidup di muka bumi ini. syukur kerana masih di beri peluang untuk menjalani hari-hari mendatang yang ternyata sukar dan banyak ranjau serta halangan. sejak akhir-akhir ini terlalu banyak dugaan yang menimpa dan kadang kala menangis kerana tidak sanggup untuk laluinya lagi. tapi yang pasti dengan setiap cabaran dan dugaan, ia akan mematangkan diri kita.


sheila bukanlah seorang yang kuat. ada masa lemah dan tak mampu untuk hadapinya seorang diri. satu-satu masalah timbul dalam hidup ini. tak tahu lagi macam mana nak lalui hari mendatang. kenapalah semua benda ini terjadi? susah nak puaskan hati semua pihak dan kadang kala perasaan sendiri terpaksa di lupakan demi orang lain. sheila bukan senang nak berputus asa dan bila dah sampai satu tahap, sheila kena bangkit untuk meneruskan kehidupan. biarlah sheila bersedih asalkan orang lain bahagia. walaupun tidak ada niat untuk membuat masalah, tapi ia tetap tidak boleh lari dari kehidupan kita.

di sebabkan sheila bukanlah seorang yang kuat, jadi ini memaksa untuk sheila lepaskan segala yang terbuku di hati dekat sesiapa yang sheila kenali. bukan niat untuk mendapat belas kasihan, tetapi untuk meredakan hati dan meminta pandangan. setiap orang ada melakukan kesilapan dan tiada yang sempurna di dunia ini. tetapi tak semua paham akan penderitaan ini. ada yang salah anggap dan salah faham atas semua kejadian ini dan sheila tak tahu bagaimana lagi nak menerangkannya. mungkin dengan cara memendam lebih baik daripada menyusahkan orang lain.


dari dulu sampai sekarang sheila ingin merasa bahagia. tapi kenapa kebahagiaan yang datang itu tak pernah kekal lama? sejak kecil sheila belajar hidup berdikari, apa yang di inginkan haruslah datang atas usaha sendiri tanpa mengharapkan bantuan sesiapa. sejak arwah abah pergi, sheila belajar apa itu erti tabah dan sabar. sheila bukanlah seperti insan lain yang bila meminta atau mahukan sesuatu akan tertunai permintaan mereka. dari dulu lagi sheila berharap kebahagiaan sheila akan sentiasa berpanjangan. setiap hari berdoa supaya ia akan kekal lama. tapi malangnya, panas di sangka hingga ke petang, tapi rupanya hujan di tengahari.

bagus untuk meletakkan harapan, tapi janganlah terlalu tinggi. apa yang sheila harapkan jarang terjadi. mungkin kerana diri sendiri atau orang lain. biarlah orang kata macam-macam pada sheila, asalkan mereka bahagia. sampai satu masa mereka akan diam dengan sendirinya. yang penting, bukan niat sheila untuk mencipta masalah atau menyakiti hati sesiapa. lebih baik berdiam daripada mencurah api yang pastinya akan membakar diri. tak semua orang tahu siapa diri ini sebenarnya melainkan mereka sudah lama mengenalinya. kadang-kadang manusia cepat lupa akan pengorbanan orang lain, jadi sama-samalah kita menyedarkannya. sheila juga bukanlah insan yang baik kerana setiap orang bukanlah sempurna di mata mereka.

moga, entry ini dapat membuka mata semua orang bahawa tak semua orang sempurna dan mereka juga ada melakukan kesilapan. sekiranya sheila ada buat salah, maafkanlah. janganlah hanya kerana satu perkara, habis rosak ikatan sesama islam. lampirkan sikap sabar dalam diri masing-masing. jagalah perlakuan dan juga perkataan yang diucapkan sebab sekiranya salah, ia akan menjadi satu fitnah. janganlah hanya pandai melihat kesalahan atau keburukan orang lain, sedangkan diri mereka juga banyak melakukan kesilapan. wasalam.

 

* maaf kerana entry panjang lebar..hanya ingin meluahkan apa yang terbuku. ayat pun sangat skema kan. huhu..mintak maaf :) Ya Allah, berikanlah aku peluang sekali lagi untuk merasa kebahagiaan bersama insan yang sepatutnya..Aminn..


0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA