assalamualaikum..
alhamdulillah, hari ini sheila sudah pon berada di rumah sendiri. cuti mid term dah pun bermula, tapi seminggu jelah. sebulan lebih tak balik rumah, tipulah kan kalau tak rindu. huhu..jadi, cuti yang ada ni akan di manfaatkan bersama keluarga. tapi, UiTM sekarang dah tambah lagi seminggu cuti masa bulan 5 nanti sempena dengan Hari Gawai. so bolehlah balik bawak barang sikit-sikit sebab semester ni sheila last dekat Arau..InsyaAllah. biasalah oarng duduk perantauan memang macam ni. kenalah berdikari kan. jangan haraplah ada orang nak ambil..huwawawa...
sekarang bukan nak cerita pasal cuti ke apa. tapi nak cerita pasal kecantikan. kecantikan yang setiap orang ada tapi tak selaras dengan perangai mereka. apa maksudnya tu ek?? maksudnya, orang yang ada kecantikan luaran tapi dalaman kurang cantik. perangai tak secantik muka. sebagai contohlah, kalau dulu-dulu, orang putih label mereka yang berambut blonde sebagai seorang yang bodoh, tak pandai padahal mereka ini semua cantik-cantik belaka kan.
manusia sekarang ini harap jer muka cantik, cun, lawa muka innocent jer kalau tengok, tapi bila dah tahu perangai sebenar nauzubillah. tak cantik langsung. cakap ikut sedap mulut, kutuk orang sana sini, tak hormat orang lain, annoying giler-giler. bukan nak kata apalah kan. diorang ni sebenarnya tak tahu macam mana nak gunakan kecantikan yang mereka ada ke jalan yang benar.
sebenarnya kecantikan tu tak ada makna langsung di sisi Allah SWT. Dia tak pandang pon kecantikan kita, tapi yang Dia pandang adalah kecantikan dalaman kita. sifat-sifat kita. bersyukurkah kita terhadap kurniaanNya ini. lagipun, kecantikan luaran bukan menjamin kita di Syurga nanti. sebagai hamba yang bertakwa, senantiasalah bersyukur dengan setiap apa yang ada, dan janganlah gunakan kecantikan luaran itu sebagai medium untuk kita membandingkan dengan orang lain. dan janganlah hanya pandai menutup aurat tapi tak pandai menapis kata.
setiap orang ada kecantikan tersendiri. kalau dia sudah cantik di dalam, maka kecantikan itu akan terserlah secara luaran. betul tak??oleh itu, janganlah gunakan kecantikan yang anda ada untuk berasa sombong, bongkak, belagak, menunjuk-nunjuk, perasan, mengada-ngada, tidak mentup aurat atau sewaktu dengannya. gunalah kecantikan itu untuk terus berasa cantik secara luaran dan juga dalaman. bagi yang lelaki, janganlah gunakan atau pentingkan kecantikan semata-mata untuk mencari calon isteri. kerana apa yang penting adalah kecantikan dalaman kerana yang perempuan itulah yang akan menjadi ibu kepada anak-anak anda nanti. wallahualam.
0 insan terpilih:
Post a Comment