~CEPAT KLIK LINK INI~

Friday, December 31, 2010

GAMBAR ARTIS BERCERAI SEKITAR TAHUN 2010

0 insan terpilih
assalamualaikum. last entry aku ada cakap nak letak gambar artis yang dah bercerai sekitar tahun 2010 ini. sudah pastinya artis ini perlu memulakan hidup baru pada tahun 2011. tahun baru dengan azam baru dan cara hidup baru.

aku harapkan mereka yang jodohnya tidak kesampaian akan tetap bersemangat meneruskan kehidupan walaupun tiada teman tidur lagi. insyallah kalau ada jodoh, mereka akan bertemu dengan orang yang lebih sesuai dan diharapkan jodoh itu akan kekal selamanya.

kepada mereka yang baru berkahwin, di harapkan supaya sentiasa menjaga rumah tangga masing-masing dan cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan keadaan rumah tangga sekiranya perkara buruk berlaku. sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula dalam isu rumah tangga. sudah pastinya ada pasang dan surutnya. oklah korang layannn gambar di bawah okay.


ida nerina dan bekas suami ~ mula-mula tak sah bercerai lepas itu dah sah bercerai


mamat exist dan bekas isteri ~ dikatakan mamat ada perempuan lain


sein dan nana ~ terkena badi sehati berdansa


maya karin dan bekas suami ~ tak ada jodoh


ann ngasri dan wafi ~ dikatakan sudah banyak kali melafazkan cerai


raja azura dan bekas suami ~ tiada sefahaman


sarimah dan bekas suami 


abby abadi dan norman hakim ~ banyak kontroversi


siti saida dan bekas suami ~ tup tup bercerai sudahh


fiza elite dan bekas suami


ramlah ram dan bekas suami


atilia dan bekas suami ~ ini pun dikatakan terkena badi sehati berdansa


siti nurhaliza dan datuk k ~ eh ini tak becerai lah!! pasangan bahagia ini!! semoga cepat-cepat dapat anak!!

amacam?? ramai yang bercerai dari yang berkahwin.huhu kadang-kadang bila di tanya dekat artis itu sendiri kenapa bercerai, jawapannya semua stereotaip. tiada sefahaman lagilah. padahal dah kahwin bertahun-tahun lamanya. baru sekarang tak ada sefahaman..pelik bin ajaib betullah.

tak pelah, buat apa kita nak sibuk hal rumah tangga orang lain kan. bagi yang dah berkahwin atau baru berkahwin, jagalah rumah tangga baik-baik okay!! pesanan khidmat masyarakat ini..hehe

Thursday, December 30, 2010

GAMBAR ARTIS BERKAHWIN SEKITAR TAHUN 2010

0 insan terpilih
assalamulaikum, lagi beberapa hari sahaja lagi kita semua akan masuk ke tahun baru 2011. sudah semestinya banyak kenangan pahit, suka dan duka terjadi pada diri setiap orang. bagi aku, macam-macam benda telah berlaku dekat diri ini dan sekeliling. 

for the first time aku dapat Anugerah Dekan pada tahun 2010. aku juga berjaya menamatkan Diploma aku setelah 3 tahun bertungkus lumus. bagi kenangan pahit dan masam pula mungkin adalah disebabkan faktor kekurangan duit. hehe mana taknya tak reti nak menyimpan. boros sentiasa.

di kalangan artis juga lagi banyak kenangan yang tak boleh mereka lupakan sepanjang tahun 2010 ini. ada yang berkahwin, mendapat cahaya mata baru, dapat anugerah berprestij. bagi yang pahit dan tawar pula adalah kenangan bercerai setelah lama bersama, putus tunang, putus cinta, kena pukul dan macam-macam lagi.

tahun 2010 juga menyaksikan ramai artis-artis lama atau baru pergi meninggalkan keluarga, dan peminat buat selama-lamanya. tapi itu semua tak boleh di jadikan alasan untuk kita terus lemah dan lemah. ini kerana tahun 2011 yang akan datang inilah sepatutnya di jadikan medan untuk kita menempuh hidup baru, cara baru dengan semangat baru. let begone be begone (yeke ayat ini?? hehe)..


Hunny madu dan suami ~ comelll


aida aris dan suami 


marion caunter dan sm nasaruddin ~ wow!!


zaibo dan isteri ~ akhirnya berkahwin setelah lama membujang


zizan nin dan isteri


siti sarah dan suami ~ siti nurhaliza tidak dapat hadir perkahwinan adiknya ini


maizawati dan suami ~ dapat suami muda tuuu!!


bienda dan suami ~ dikatakan bernikah secara senyap


elyana dan suami ~ baju perkahwinan mereka sangat comelll 

GAMBAR KAHWIN RAJA FARAH DAN MEGAT

raja farah dan megat ~ banyak spekulasi timbul


umie aida dan dato paduka ~ bernikah di depan kaabah


aqasha dan isteri

gambar di atas adalah beberapa gambar artis yang sudah berkahwin sekitar tahun 2010 ini. aku nak ucapkan supaya mereka semua akan berkekalan hingga ke akhir hayat. tak mahulah gaduh kecik-kecik pun nak di perbesarkan. nanti habis semua cerita dalam selimut terbongkar. layarilah bahtera perkahwinan ini dengan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

next entry aku akan letakkan pula beberapa gambarag artis yang bahtera perkahwinan mereka terhenti di tengah jalan.. nantikan okay!!

* kebanyakan artis yang kahwin kali ini banyak memilih warna tema biru. agaknya tahun 2011 warna apa pula yang menjadi pilihan artis kita ini ea??

MALAYSIA JUARA PIALA SUZUKI AFF 2010: PM ISYTIHARKAN JUMAAT INI CUTI UMUM

0 insan terpilih

assalamualaikum, baru beberapa jam yang lepas Malaysia telah melakar satu lagi momen terhebat sebagai penutup tahun 2010. skuad bola sepak kebangsaan telah berjaya mengalahkan skuad garuda dalam perlawanan Piala Suzuki AFF 2010 antara Malaysia dengan Indonesia.


Malaysia berjaya menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 mengalahkan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia. Kemenangan Malaysia itu diperoleh selepas berjaya mengatasi Skuad Garuda dengan agregat 4-2.

Pada perlawanan malam ini, Malaysia memperoleh gol pertama melalui Safee Salee pada minit ke-54 saingan separuh masa pertama, manakala Indonesia berjaya mendapat satu gol hasil sumbangan Mohammad Nasuha (m-72) dan gol sendiri pemain Malaysia, Mohamad Muslim Ahmad (m-88).


Paling menarik malam ini, sepakan penalti Firman Utina berjaya dihentikan oleh penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat. Terdahulu pada aksi peringkat pertama perlawanan akhir di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia menang 3-0. 

Tahniah di ucapkan kepada Skuad Harimau Malaya..!!



disebabkan kejayaan anak buah K Rajagopal inilah telah membuatkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri  Najib Tun Razak mengisytiharkan CUTI UMUM kepada semua rakyat Malaysia..yeeeehhhaaaaa!!! kepada pekerja asing Indonesia, anda kena bekerja ea..haha!!

Kuala Lumpur Dis. 29 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.

credit to: utusan malaysia

mujurlah tiada lagi insiden laser melaser ini..nasib baik jugak takda orang pakai coli laserr..haha!! agak-agak bibik-bik di rumah tengah kesedihan kah sebab kalah?? hehe

Wednesday, December 29, 2010

GAMBAR ARTIS SEKITAR ANUGERAH SKRIN 2010 (2)

0 insan terpilih
assalamualaikum, entry kali ini pula masih lagi pasal fesyen artis sekitar Anugerah Skrin 2010.  hehe. mesti korang dah bosan kan?? tak pelah, yang ini last kopek punya beberapa gambar yang aku tak tunjukkan lagi..korang layan jelah ea. kalau tak suka entry pasal Anugerah Skrin 2010 lagi, bolehlah pangkah blog aku ini..

bila korang semua dah tengok dan selidiki fesyen artis-artis ini, korang rasa seksi mengalahkan artis luar negara ke tak?? hurm aku tak tahulah nak cakap macam mana lagi. kalau nak berfesyen pun boleh tapi jagalah batas-batas aurat tu..huhu takpelah, mereka semua dah besar panjang, so pandai-pandai lah fikir ea..hehe

GAMBAR ARTIS DI RED CARPET ANUGERAH SKRIN 2010

carmen soo ~ comell

GAMBAR ARTIS DI RED CARPET ANUGERAH SKRIN 2010

atilia ~ lovely

GAMBAR ARTIS DI RED CARPET ANUGERAH SKRIN 2010

nabila huda ~ wow! hot mama

GAMBAR ARTIS DI RED CARPET ANUGERAH SKRIN 2010

tiz zaqyah ~ anggun pesona

GAMBAR ARTIS DI RED CARPET ANUGERAH SKRIN 2010

nisdawati ~ simple

GAMBAR ARTIS DI RED CARPET ANUGERAH SKRIN 2010

hitam itu menawan

GAMBAR ARTIS DI RED CARPET ANUGERAH SKRIN 2010

linda rafar ~ lovely, macam zaman dulu punya dress..

GAMBAR ARTIS DI RED CARPET ANUGERAH SKRIN 2010

oh my!! she's need fesyen designer!!


sharifah amani dan bron palare


catriona ross



credit to: zon artis dan farawahida

Tuesday, December 28, 2010

KINI AKU AKAN BELAJAR DI UITM ARAU PERLIS.MUKTAMAD

0 insan terpilih
assalamualaikum, hari ini aku rasa sangat terumbang ambing memikirkan diri ini yang perlu hidup bersendirian di Perlis jauh nun di sana. adakah keputusan yang aku buat ini betul? oh tidak..ini bukan keputusan aku, tetapi keluarga ku. mereka yang menetukan segalanya. tiada apa yang aku boleh bantahkan.

memandangkan aku telah mendapat tawaran sambung belajar peringkat Ijazah Sarjana Muda di Uitm Arau Perlis memerlukan aku untuk mendaftar pada hari ini. ikut kata hati mahu bertukar kampus tetapi permohonan aku ditolak sekeras-kerasnya. kenapalah mereka tak mahu beri sedikit muka kepada aku yang merupakan orang susah lagi-lagi anak yatim.

setelah permohonan aku ditolak, aku merasakan seperti tak mahu belajar pula. tetapi bila aku utarakan niat aku ini, semua orang membantah. nak tak nak kau kena pergi. rugi tau tak. kau nak kena sepak ke kalau tak pergi. ngada ngada..setelah mendengar pelbagai perkataan dan ayat, nampaknya aku memang kena pergi.

sekarang kepala aku tengah pening memikirkan tentang duit. duit bayar rumah sewa, duiy bayar yuran, duit untuk keperluan diri sendiri..arghh mana aku nak dapat semua duit ini!! tolonglah aku. mujurlah yuran boleh di bayar setelah mendapat ptptn.kalau tak, mahunya aku rompak bank selepas ini..

kini aku sudah tak perlu risau tentang rumah sewa kerana aku sudah pun booking satu rumah di sana. lepas ini bolehlah aku pergi Langkawi..huhu..aku tahu mungkin ada hikmah di sebalik kejadian semua ini. kepada kawan-kawan blogger, doakan aku di sana okay..harap semuanya berjalan dengan lancar..aminn.

aku tak tahu mungkin selepas ini aku akan jarang berblog sebab sibuk dengan kelas dan sebagainya.kalau ada masa blog ini akan terupdate okay..jangan sedih-sedih ea kawan-kawan..

GAMBAR ARTIS DAN PASANGAN DI ANUGERAH SKRIN 2010

1 insan terpilih
assalamualaikum, kadang-kadang artis di negara kita ini banyak karenah nya. bila dah bercinta cakap tak bercinta. teman tapi mesra konon. bila dah putus sibuk pula nak hebohkan kat wartawan konon nak cari publisiti.

bila dah di tangkap gambar bersama mulalah nak malu-malu dan cover line. atoyai..artis kita ni tak tahu ke wartawan dan orang ramai sekarang ni dah masak sangat dah dengan perangai mereka semua tu. eh eh kenapa pula aku nak kecoh-kecoh pulak ni kan?? hehe bagi aku, biaq pi lah diorang nak bercinta ke hapa. kalau betul nanti sampailah kad kahwin mereka tu. lagipun sampai bila nak menyorok kan..

baiklah, sekarang aku nak tunjukkan pula gambar artis dan pasangan masing-masing. ada yang bercinta dan ada juga yang sudah berkahwinn.. so layannn!!

gambar red carpet anugerah skrin 2010

fezrul khan dan pasangan ~ siapalah gadis ini agaknya ea??



gambar red carpet anugerah skrin 2010

yana dan shaheizy sam ~ memang secocok!!

gambar red carpet anugerah skrin 2010

gambar red carpet anugerah skrin 2010

irma hasmie ~ ehem ehem dengan siapa tu??



eizlan yusof dan isteri ~ sangat romantik diorang ni..


aziz m osman dan lily ~ so lovely!!


sheila rusly dan jinggo ~ serba hitam

credit to: zon artis dan farawahida
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA