~CEPAT KLIK LINK INI~

Monday, December 6, 2010

ejek nama bapa di zaman sekolah merupakan aktiviti kegemaran

assalamualaikum.. setelah lama aku menunggu masa untuk online, akhirnya tiba juga saat aku untuk meletakkan jari ke keyboard yang berhabuk ini. mana taknya, petang tadi akak aku dah belasah laptop ni berjam-jam, lepas tu adik aku pula. 

lepas sahaja aku marah adik aku sebab dia dah kacau line, terus dia blah..haha..korang tahu jelah kan bila kita sudah giler berblogging, even satu hari tak bukak atau online blog mesti terasa macam hari anda tak sempurnakan?? macam tulah aku..hehe. walaupun hanya untuk check it out aje, tapi ia juga merupakan perkara yang perlu di lakukan.


oklah, sekarang aku nak cerita pasal topik kita hari ini iaitu EJEK-MENGEJEK..wah! mesti korang tengok sahaja tajuk tu terasa macam teringat pulak zaman-zaman sekolah dulu kan. sama ada korang di ejek ataupun korang yang mengejek.

biasalah masa kita budak-budak dulu apa yang kita tahukan. main lepas cakap aje tanpa pedulikan perasaan orang lain. cuba korang teka benda apa yang selalu menjadi bahan ejekan masa zaman budak-budak? mestilah nama bapak kan. nama yang selalu menjadi mangsa adalah seperti Hashim, Bakar, Abu, Ishak, Iskandar.

apalah dosa bapak kita sampai diorang nak ejek. bukannya diorang kenal atau bermusuh pun. tak pasal-pasal nama dia kena ejek. nama yang selalu kena ejek ialah Hashim yang diorang akan sebut seperti gaya-gaya bersin tu. tak baik tau!


selain itu, nama Ishak pun kadang-kadang menjadi mangsa. diorang biasanya akan panggil Cicak. eii kreatif betul lah, nama Ishak pun boleh bertukar jadi cicak. bila nama bapak kita di ejek mesti kita rasa geram yang terlampau kan. lepas tu mula lah bergaduh dan menjadi musuh. inilah benda yang sepatutnya kita hindari adik-adik sekalian ea. mengejek pandai. bila dah kena ejek tau pulak nak marah.


masa zaman aku kanak-kanak pun, aktiviti mengejek dah menjadi lumrah setiap kali di sekolah. tapi Alhamdulillah, nama arwah abah aku tak pernah menjadi sasaran. mungkin sebab aku ni budak baik, tak pernah kacau orang, so orang lain tak boleh carik port nak kacau aku balik kan. dengan cara ini aku akan terselamat dari menjadi mangsa ejekan. yess! 

korang rasa zaman sekarang ini ada lagi ke aktiviti ejek-mengejek ini? pernah tak anak atau adik korang mengadu pasal diorang kena ejek dengan kawan-kawan kat sekolah? aku rasa zaman sekarang ini macam dah berkurang sedikitlah. mungkin sebab nama zaman sekarang dah moden so diorang tak ada idea nak ejek. aku rasa kalau budak-budak kena ejek, off course mengadu dekat parents, and aktivity saman-menyaman pun bermula. asyik-asyik saman, macam tak ada cara penyelesaian lain pulak. ntah-ntah anak kita tu yang salah, orang lain pulak yang kena saman. atoyaii..takpun, parents pulak yang terlebih-lebih. huhu

jadi kepada adik-adik sekalian, hentikanlah tabiat ejek mengejek itu ea. tak baik untuk kesihatan tau. cuba bayangkan orang lain ejek nama parents kita, mesti marah kan. so janganlah buat begitu dekat orang lain ea. jadi, fikir-fikirkanlah dan selamat beramal!!

2 insan terpilih:

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

itu memang betul. smpai kini pun adat tersebut masih ada. haha.. lucu plak smpai bapa terkait sma dlm sesuatu situasi.. haishh..

aReTikZ said...

Benda besa.. haha.. memang xbek.. hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA