~CEPAT KLIK LINK INI~

Saturday, December 25, 2010

ANUGERAH SKRIN 2010: KOMEN DAN KEPUTUSAN PEMENANG

assalamualaikum kepada semua . terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca blog yang hodoh ini. huhu merendah diri lah pulak  kita malam ni..walaupun sebenarnya aku memang seorang yang rendah ketinggian haha..melalut sudah.

dalam beberapa jam yang lepas telah berlangsungnya Anugerah Skrin 2010 di PWTC. sebanyak 24 anugerah telah di pertandingkan dan seperti biasa aku telah mengagak pemenangnya dengan betul hehe. komen aku untuk keseluruhan ialah sangat membosankan..


mungkin sebab pengacaranya iaitu Awal Ashari dengan Vanidah Imran sangat tak sesuai untuk mengacarakan majlis berprestij itu. aku tengok Awal seboleh-bolehnya nak buat majlis itu jadi happening manakala Vanidah pula nampak macam serius and cuba-cuba buat lawak yang aku tak paham..atoyaii.


ada banyak juga kelemahan yang aku tengok dalam Anugerah Skrin 2010 ini. yang paling aku tak boleh lupa ada seorang penerima anugerah ini pakai baju seksi betul rasanya macam dia tak pakai seluar dalam aje. terus  dikenakan oleh penonton yang tengok malam tu. Pak Aziz pun boleh mengata pasal girl yang seksi itu..adoii malu saje. disebabkan itu juga, Sharifah Amani pun terkena tempias nya dengan baju yang terbelah di belakang.

pasal persembahan malam itu setakat okay aje bagi aku. tak ada yang wow sangat. artis nya memang best-best cuma lagu yang boring boleh membuatkan penonton yang tengok pun bosan and mengantuk. ditambah lagi pengacara yang syok sendiri..hehe. 

ada juga penerima yang terjatuh pada malam itu. bajunya labuh sangat sampai tersadung. nasib baik tak kenal sangat. oklah, ini senarai pemenang pada Anugerah Skrin 2010:


Rancangan Realiti Terbaik - Showdown 2010 Episod 10
Lakon Layar Terbaik Filem - Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2)
Drama Komedi Terbaik - Simpang 3
Lakon TV Terbaik - Antara Garisan (Shahrul Ezad Abidin)
Rancangan Hiburan Terbaik - Anugerah Bintang Popular
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama - Fadilah Mansor (Sebelum Akhirat)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama - Isma Yusoof (Antara Garisan)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem - Fazura (Pisau Cukur)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem - Aaron Aziz (Evolusi KL Drift 2)
Rancangan Bual Bicara Terbaik - RTM Isu Khas Gaza Palestin Kami Bersamamu
Laporan Khas / Berita Terbaik - Aduan Rakyat Berbumbung Langit
Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik - Astro Prima : Epik Suatu Ketika (Laskar Senoi)
Videografi Terbaik - Datang Bulan
Pelakon Wanita Terbaik Filem - Sharifah Amani (Muallaf)
Pelakon Lelaki Terbaik Filem - Bront Palare (Belukar)
Pelakon Wanita Terbaik Drama - Noorkhiriah (Antara Garisan)
Pelakon Lelaki Terbaik Drama - Fauzi Nawawi (Sebelum Akhirat)
Pengarah Terbaik Filem - Yasmin Ahmad (Muallaf)
Pengarah Terbaik Drama - Murali Abdullah (Sebelum Akhirat)
Rancangan Muzikal Terbaik - Anugerah Juara Lagu 24
Anugerah Yasmin Ahmad - Shaheizy Sam
Drama Rantaian Terbaik - Nur Kasih
Filem Terbaik - Muallaf
Drama Terbaik - Antara Garisan
tahniah kepada yang menang!! kepada tv3, hope selepas ini buat satu majlis anugerah yang memang gempak dan terbaikk wokk okay..!

1 insan terpilih:

Admin said...

huhuhu..
sgt bosan.. psmbhan xmnarik,
bikin i tertidur~ (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA