~CEPAT KLIK LINK INI~

Thursday, December 30, 2010

MALAYSIA JUARA PIALA SUZUKI AFF 2010: PM ISYTIHARKAN JUMAAT INI CUTI UMUM


assalamualaikum, baru beberapa jam yang lepas Malaysia telah melakar satu lagi momen terhebat sebagai penutup tahun 2010. skuad bola sepak kebangsaan telah berjaya mengalahkan skuad garuda dalam perlawanan Piala Suzuki AFF 2010 antara Malaysia dengan Indonesia.


Malaysia berjaya menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 mengalahkan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia. Kemenangan Malaysia itu diperoleh selepas berjaya mengatasi Skuad Garuda dengan agregat 4-2.

Pada perlawanan malam ini, Malaysia memperoleh gol pertama melalui Safee Salee pada minit ke-54 saingan separuh masa pertama, manakala Indonesia berjaya mendapat satu gol hasil sumbangan Mohammad Nasuha (m-72) dan gol sendiri pemain Malaysia, Mohamad Muslim Ahmad (m-88).


Paling menarik malam ini, sepakan penalti Firman Utina berjaya dihentikan oleh penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat. Terdahulu pada aksi peringkat pertama perlawanan akhir di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia menang 3-0. 

Tahniah di ucapkan kepada Skuad Harimau Malaya..!!



disebabkan kejayaan anak buah K Rajagopal inilah telah membuatkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri  Najib Tun Razak mengisytiharkan CUTI UMUM kepada semua rakyat Malaysia..yeeeehhhaaaaa!!! kepada pekerja asing Indonesia, anda kena bekerja ea..haha!!

Kuala Lumpur Dis. 29 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.

credit to: utusan malaysia

mujurlah tiada lagi insiden laser melaser ini..nasib baik jugak takda orang pakai coli laserr..haha!! agak-agak bibik-bik di rumah tengah kesedihan kah sebab kalah?? hehe

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA