~CEPAT KLIK LINK INI~

Thursday, December 16, 2010

Carian tertinggi Google Malaysia, Hanis Zalikha turut tersenarai di tangga ke 6


Cuba tanya pada diri apa perasaannya apabila dikeji kerana berpendirian mempertahankan bangsa. Apa pula fikirannya jika dituduh berat sebelah walhal apa yang dilakukan itu adalah melaporkan berita benar. Bagaimana pula rasanya apabila diri dibenci hanya kerana digelar lapuk dan tidak mengikut arus moden pemikiran muda. Belum lagi kisah dari pembangkang yang hanya tahu “menaji” sedangkan diri terpalit najis di seluruh badan 

Itulah antara wajah cabaran dan realiti yang yang terpaksa dilalui akhbar ini bersama akhbar Ahadnya Mingguan Malaysia. Apatah lagi sejak tsunami politik yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke 12, akhbar ini makin teruk dikerjakan oleh pihak yang “memegang impian”. 

Di sebalik semua tempelak dan tohmahan yang dilemparkan, akhbar keramat ini masih teguh di pasaran dan terus menerajui pemberitaan. Namun realiti semasa menunjukkan sebaliknya dalam bentuk salur berita bagi memenuhi kehendak dunia moden sekarang. 

Dunia Internet harus diakui sangat membantu dalam memudahkan urusan seharian. Namun apa yang bakal ditemukan realitinya, akhbar-akhbar di dunia secara perlahan-lahan semakin ditinggalkan oleh pembaca dengan wujudnya Internet. 

Hakikat itu pula disokong dengan penurunan nyata akhbar-akhbar berpengaruh dunia seperti The Washington Post, New York Times, Chicago Tribune dan Los Angeles Times. Akhbar-akhbar ini mengalami penurunan edaran yang dianggap terburuk dalam masa 40 tahun. 

Di Malaysia, selain akhbar Sin Chew dan Kosmo, akhbar-akhbar lain turut mengalami kejatuhan jualan. Dengan fakta itu, ramai yang tidak ragu-ragu membuat kesimpulan akhbar di negara ini, baik yang diterbitkan dalam bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil tidak mempunyai masa depan yang cerah. 

Kini medium baru mengambil alih peranan akhbar dengan pesat. Akhbar dalam talian, blog, facebook, twitter dan segala macam teknik baru dalam cara bagaimana manusia berkomunikasi dan menelan maklumat semakin menguasai manusia dan pasaran. 

Pencarian berita dan maklumat ketika ini juga lebih pantas, mudah dan murah dengan menggunakan medium Internet. Maka, akhbar dikatakan tidak lagi relevan dalam kehidupan serba canggih dan moden alaf baru ini. Maka, mahu tidak mahu edaran akhbar di mana-mana pun kini menuju ke usia emas akibat dari pengaruh carian menggunakan medium Internet. 

Usaha ini nyata membuahkan hasil apabila Utusan Online dinobatkan di tempat ketujuh dalam Google's Top Searches of 2010 - Malaysia – kategori Fastest rising searches of 2010. Kedudukan ini berdasarkan pencarian paling banyak dalam laman Google sepanjang tahun ini. 

Menduduki tempat pertama carian adalah Kereta Nasional yang baru dilancarkan, Proton Inspira, dan seterusnya, iPad. Kedudukan ketiga pula adalah drama popular dari Indonesia, Benci Bilang Cinta, dan seterusnya mengenai Kejohanan Piala Dunia 2010. 


Penyanyi remaja sensasi, Justin Bieber menduduki tangga kelima, dan seterusnya apalagi jika tidak kegiatan yang semakin menjadi kegilaan ramai yakni facebook. Maka ditempat ketujuh, akhbar dalam talian Utusan Online mendapat kepercayaan ramai apabila terpilih antara carian paling popular di negara ini. 

Lebih membanggakan Utusan Online menjadi satu-satunya akhbar dalam talian yang menguasai 10 tangga teratas. Ini membuktikan bahawa kewibawaan akhbar ini diteruskan kesinambungannya melalui Utusan Online. 

Selain carian paling popular, Google turut menyenaraikan beberapa carian lain seperti individu paling popular yang menobatkan penyanyi Maher Zain, Justin Bieber, Luna Maya dan juga Hanis Zalikha. Pelawak terkenal, Allahyarham Din Beramboi merupakan individu tempatan paling popular dengan menduduki tempat keempat selain Datuk Siti Nurhaliza di tempat ke sembilan. 


Google turut menyenaraikan carian “bagaimana” paling popular yang menunjukkan bahawa rakyat Malaysia semakin berminat untuk menceburi perniagaan. Bagaimana memulakan perniagaan menduduki tempat teratas dalam carian “bagaimana” paling popular, selain carian bagaimana untuk kurus, bagaimana membina blog dan beberapa lagi. 
                                                                                                                         
Selain itu Google turut menyenaraikan carian seperti Pemain Piala Dunia paling popular, carian tajuk berita paling popular, carian filem paling popular selain carian filem Tamil paling popular. Ternyata apa yang dihidangkan melalui carian Google ini menidakkan persepsi bahawa akhbar ini tidak kehilangan pengaruh melalui merudumnya penjualan akhbar. 

"Pencarian mengenai cicak tokek melonjak ke tempat pertama dalam kategori berita utama paling popular selepas laporan menyebut daging haiwan itu bernilai RM1 juta sekilo di pasaran luar negara," kata kenyataan itu. 

Ia diikuti oleh kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, kematian penyanyi Achik Spin yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya, Akademik Fantasia 8 dan Haiti yang dilanda gempa bumi dan wabak taun. 

Bagi kategori filem pula, drama romantik Dear John mencipta kejutan apabila ia didapati lebih popular berbanding filem-filem besar Hollywood lain manakala drama Tamil paling mahal,Endhiran di kedudukan kedua. Lain-lain filem yang popular ialah Resident Evil Afterlife, Percy Jackson, Iron Man 2, Transformer 3, Unstoppable, True Legend serta Predators. 

nota muka: tahniah kepada utusan malaysia kerana tersenarai dalam carian tertinggi di google malaysia. kalau ikutkan, utusan bukan sahaja menjadi carian tertinggi di google, malah juga di kedai runcit, kedai buku dan kedai serbaneka. 

selain itu, utusan malaysia juga menjadi carian tertinggi dalam rumah aku. sebab nya setiap hari mak aku akan beli akhbar utusan malaysia, metro dan kosmo. kalau tak ada ketiga-tiga surat khabar ini, alamatnya gelaplah hari aku pada masa itu. hehe

yang paling aku bangga, bila junior aku di uitm segamat iaitu Hanis Zalikha turut tersenarai dalam carian google tertinggi di malaysia. bangga aku tau..kalau kat uitm pun dia menjadi carian tertinggi oleh pelajar-pelajar di sana. biasalah budak pandai ni..every semester dekan tau. ada can nak dapat anugerah naib cansellor nanti. dah lah jadi model terkenal, lepas tu pandai pulak tu. inilah di namakan beauty with brain!!

Google Fastets rising searches of 2010
1. Proton Inspira
2. iPad
3. Benci Bilang Cinta
4. World Cup 2010
5. Justin Bieber
6. facebook
7. Utusan Online terkini
8. mudah.com.my selangor
9. Didi Games
10. Fifa

Google fastest rising people
1. Maher Zain
2. Justin Bieber
3. Luna Maya
4. Din Beramboi
5. Lady Gaga
6. Hanis Zalikha
7. Lee Min Jo
8. Adam Lamber
9. Siti Nurhaliza
10. Paul Tan

Fastest rising searches for " bagaimana "
1. ...memulakan perniagaan
2. ...nak kurus
3. ...membina blog
4. ...mengenal diri
5. ...menyentuh hati
6. ...menangani stress
7. ...memikat wanita
8. ...menjadi kaya
9. ...sosilawati dibunuh
10. ...nak gemuk

1 insan terpilih:

SyerAgh said...

dari sinie baru aku kebal sape hanis tu.. sblum nie xknal pun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA