~CEPAT KLIK LINK INI~

Saturday, December 25, 2010

kereta polis peronda PDRM guna Naza Forte pula kali ini

polis (Gambar) Kereta Polis Peronda PDRM Guna Kia Forte
Polis PDRM makin menjadi-jadi sekarang ini. Sebelum ini, mereka buat “impak” dengan menggunapakai Mitsubishi Evo 10. Tup-tup mereka mendapat “hadiah lagi” dengan diberikan peluang memandu kereta Kia Forte. Adakah selepas ini polis peronda PDRM akan menggunapakai Chevrolet Camaro pula? Mungkin? Lagi gambar kereta peronda PDRM Kia Forte…..
polis2 (Gambar) Kereta Polis Peronda PDRM Guna Kia Forte
Takkan Proton Inspira takkan nak duduk diam sahaja? Tak tergugat ker? Proton tiada hajat untuk lakukan pengubahsuaian. Kalau nak dibandingkan dengan kereta peronda polis Mitsubishi Evo 10 yang PDRM miliki sebelum ini dengan Kia Forte, memang jauh panggang daripada api. Mitsubishi Evo 10 jauh lebih ke hadapan dan ada kelas tersendiri. Berapa tiang tertinggal kereta peronda Kia Forte dengan Mistsubhi Evo 10, entahla…….Mana tidaknya, Kia Forte bukannya dibangunkan untuk tujuan menghasilkan sebuah kereta berprestasi tinggi.
polis3 (Gambar) Kereta Polis Peronda PDRM Guna Kia Forte
Dengan kemasukan kereta Kia Forte ini dalam pasukan PDRM, bertambahlah koleksi kereta polis di Malaysia setakat ini :
  • Proton Wira
  • Proton Iswara
  • Proton Waja
  • Proton Satria GTi (dah tak nampak lagi, wujud lagi?)
  • Proton Perdana
  • Perodua Kancil
  • Perodua Kembara
  • Perodua Rusa
  • Mitsubishi Lancer Evo 10
  • NAZA Forte
polis4 (Gambar) Kereta Polis Peronda PDRM Guna Kia Forte
Proton Saga dah dilupuskan. Pasukan polis dah tak guna Saga lagi. Walaubagaimanapun, kereta polis peronda PDRM yang terbaru ini iaitu, Kia Forte memang nampak “taringnya” dan kelihatan direka untuk tujuan aksi kejar-mengejar dan rempuh kereta penjenayah. Memang sesuai dipandu di sekitar bandar. Cuma satu sahaja, warna kereta polis dah carca-merba. Kejap putih, kejap hitam.
polis5 (Gambar) Kereta Polis Peronda PDRM Guna Kia Forte
polis6 (Gambar) Kereta Polis Peronda PDRM Guna Kia Forte
credit to: berita semasa

nota muka: fuhh gila betul kereta polis zaman sekarang ini. aku harap dengan adanya kereta jenis kuasa kuda atau singa macam ni, dapatlah banteras masalah jenayah dengan lebih cepat dan efektif lagi.

aku harap jugak supaya, kepada anggota polis janganlah berlagak pulak pakai kereta ni, yela bukan senang nak pakai kereta sport macam ni, so tugas tetap kena jalan kan jugak ea. selamat berkhidmat anggota PDRM!!

1 insan terpilih:

Tuan-Belog said...

perghhh...ak mmg minat lame dh ngan forte ni...ala2 lancer gk bentuk die...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA