~CEPAT KLIK LINK INI~

Saturday, August 14, 2010

demam mengejut

sudah lama rasanya aku tak mengupdate blog ini. sorrylah ea. aku kurang sihat sejak akhir-akhir ini. tiba-tiba sahaja aku demam. aku pun tak tahu apa sebabnya. nak kata aku kena hujan tak kena pun. kena panas terik pun biasalah. takdalah sampai demam pun. paling teruk pun aku akan pening kepala.

aku start demam masa hari rabu lepas. hari itu aku cuti sebab start puasa. so, aku bangun awal pagi untuk siapkan assignment. agak lama jugaklah aku mengadap depan laptop. lepas itu, tiba-tiba kepala aku jadi berat then macam nak pening.

lepas aku tutup laptop aku pergi baring dekat katil, tiba-tiba badan aku terasa sejuk sangat. sampaikan aku berselubung. gila apa kan tengah-tengahari berselubung. bila aku bangun tidur badan aku dah terasa panas giler. sampai sekarang pun aku kurang sihat. nasib baiklah aku dapat kawan yang memahami dan mengambil berat.

diorang siap marah and paksa aku pergi klinik. aku ini dah la malas nak pergi klinik. tapi bila diorang dah suruh aku pergi jela.huhu. lepas dah makan ubat yang doktor bagi, aku rasa macam dah ok sedikit. cuma kadang-kadang kepala aku ini terasa berat semacam.

oklah, mintak-mintak aku akan sihat sepenuhnya nanti. so, bolehlah aku menjalani ibadah puasa macam biasa.hehe. minta-minta aku dijauhkan dari penyakit yang merbahaya. amin.

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA