~CEPAT KLIK LINK INI~

Tuesday, August 10, 2010

selesai bertarawih, tidak sangka masjid penuh


assalamualaikum. salam satu malaysia. sebelum itu aku hendak mengucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak pada esok hari. tak sangka aku dah nak puasa dah. begitu cepat masa berlalu.
tahun ini aku puasa di uitm segamat sahaja. mungkin tidak balik rumah untuk menyambut puasa buat masa ini kerana sibuk dengan tugasan yang diberi.semestinya aku akan sangat rindu dengan suasana berbuka bersama keluarga. 

tadi aku baru sahaj selesai bertarawih buat pertama kalinya pada tahun ini. alhamdulillah aku diberi kesempatan untuk menunaikannya. tadi memang penuh jugaklah masjid di uitm kami, sampaikan ada diantara mereka terpaksa bersembahyang di koridor. 


apa yang aku harapkan pada ramadhan kali ini adalah supaya aku berpeluang untuk puasa penuh (biasalah perempuan mesti ada cutinya kan.) selain itu, aku berharap aku dapat mengutip segala pahala di bulan mulia ini dan dipermudahkan oleh Nya untuk menunaikan ibadah puasa.


oleh itu, aku ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua blogger yang ada. semoga hari anda akan diberkati Allah dan rebutlah peluang ini untuk mengutip dan melakukan segala amal yang ada. mana tahu, mungkin ini adalah Ramadhan kita yang terakhir. wallahualam.


1 insan terpilih:

Aleeya said...

marhaban ya ramadhan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA