~CEPAT KLIK LINK INI~

Thursday, November 25, 2010

PICTURE OF MY LIFE CONTEST


assalamualaikum,
dari ARETIKZ
tarikh tutup pada 1 december 2010
kalau nak tahu syarat, cepat-cepatlah terjah blog Aretikz
denagn ini aku mempertaruhkan gambar di bawah bersama cerita di sebaliknya.


gambar di atas di ambil semasa Dinner DBS (Diploma in Business Studies). ini merupakan dinner kami yang terakhir bersama kerana tak lama lagi kami akan grad, Insyaallah. korang nak tahu aku yang mana satu?? mestilah yang comel lote tu..hehe

berdasarkan pakaian yang kami semua pakai, mesti korang dah agak kan apa tema dinner tersebut. sudah semestilah Bolly/Holly. dinner ini di buat di salah satu hotel di Segamat, Johor.

disebabkan ini merupakan semester akhir bersama, jadi kami mengambil peluang bergambar bersama-sama. padahal, batch kitaorang ini memang giler gambar sikit. tak payah di suruh, dah siap posing dah kat depan tu, tinggal nak suruh cameraman shoot aje..hehe

batch kitaorang ini merupakan yang paling happening and giler sikit. sebabnya tak ramai student untuk course kitaorang and disebabkan itu kami semua kenal and rapat satu sama lain.bila berjumpa aje kat cafe atau bandar, memang riuh rendah lah tempat tu kami kerjakan. budak-budak lain tak boleh nak marah, sebab bagi diorang kami ini kan senior..hehe 

bila tengokkan gambar ini rasa sedih pulak. yelah, lepas ini tak tahu boleh jumpa lagi ke tak. ada sesetengah tu nak kerja, ada sesetengah tu nak sambung belajar, tapi tak tahulah kan dapat sama tempat ke tak. memang susah betul nak jumpa kawan-kawan macam diorang ini semua. aku harap, bila aku dapat sambung degree kat mana-mana nanti, dapatlah aku jumpa kawan yang macam mereka ini.

walaupun kami mungkin tak akan berjumpa lagi, tapi ada satu link yang boleh menghubungkan kami semua iaitu melalui Facebook. dapatlah kami bertanya khabar, bergossip, bergelak tawa dan macam-macam lagi. hurm, memang rindu betul suasana bersama mereka dulu.

hope, kita semua dapat berjumpa lagi okay. kalau buat reunion atau nak kahwin tu, jemput-jemputlah aku ni..hehe. tanpa mereka siapalah aku sebenarnya. merekalah yang melengkapkan hidup aku. bila aku sunyi, mereka jadi peneman. bila aku sedih mereka hulurkan  telinga mendengar kisah aku, bila aku susah mereka hulurkan tangan. aku harapkan persahabatan yang terjalin antara kita semua tidak akan putus sampai bila-bila.


lagi satu aku nak wish all of you Good Luck sebbanya result kita akan keluar tak lama lagi. result kemasukan degree pun akan keluar jugak. so harap kita semua akan dapat apa yang kita nak, dan berjaya dalam apa jua bidang yang kita tempuhi. 

okaylah, itu sahaja cerita aku mengenai sahabat-sahabat ku di UiTM Segamat, terutama batch 07/10 Diploma in Business Studies.

* kalau nak tahu masa aku balik ke Uitm, kitaorang ditahan pakguard. kalau nak tahu lebih lanjut mestilah tak boleh, sebabnya ia adalah private and confidential.hehe

dengan ini aku mengetag:

3) nur
4) semua reders yang baca blog ini.

wish me luck..tq!!

3 insan terpilih:

Aretikz said...

Kenangan terindah ~ semoga kekal selamanya.. hehe.. apapapun.. anda lulus syarat wajib. seperti mana akan kuar result nanti yang anda lulus cemerlang.. cewah.. hehe.. amin.. ^_^

sheila said...

hehe..terima kasih..aminn.mintak-mintak saya lulus dengan cemerlang nya dalam contest ini jugak..

NuSaNa NoSa 91 said...

best kn klu ada kwn2 cmni?? happening je idop~~ ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA