~CEPAT KLIK LINK INI~

Tuesday, November 23, 2010

Samarinda: Ayoub (episode 1)



assalamualaikum..tadi aku baru sahaja lepas tengok cerita AYOUB dalam slot Samarinda. hari ini baru first episode. disebabkan tak ada cerita best malam ini, aku pun layanlah drama Ayoub ini sorang-sorang.

for the first episode, bagi aku bestlah. kelakar and sedih sikit. mula-mula dia cerita pasal zaman kanak-kanak Ayoub ini yang bila besar akan di lakonkan oleh Iqram Dinzly. bab yang kelakar tu bila orang gila boleh speaking.' sambal alot-alot okay' hehe.

antara pelakon yang terlibat adalah Iqram Dinzly sebagai Ayoub, Fizz Fairuz sebagai Wan Aidil, Fiza dan Watie. Fizz Fairuz berlakon sebagai sepupu Ayoub, tapi bila ditengokkan first episode ini macam keluarga Aidil ni tak suka dekat family Ayoub. 

sebabnya diorang kaya, tapi Ayoub miskin. lepas tu banyak kisah-kisah lama yang melibatkan Ayoub ini. so bagi aku, buat masa ini cerita ini best lah. rasa macam nak tengok lagi esoknya. aku harap cerita Samarinda kali ini tak meleret-leret sampai naik fed up aku nak tengok nya. 

aku selitkan sinopsis drama Ayoub yang aku dapat dari Sini.


Menerusi slot Samarinda di TV3 drama bersiri baru yang diterbitkan Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) berjudul Ayoub akan menyajikan banyak mesej berguna.

Drama bersiri 25 episod yang akan disiarkan setiap Selasa bermula esok, jam 10.30 malam diarahkan pengarah berbakat, Hitler M Zami dengan membariskan pelakon popular tanah air seperti Iqram Dinzly, Fizz Fairuz, Fiza Halim, Watie Sadeli, Rosnah Johari, Norish Karman, Razak Ahmad, Ahmad Tarmimi Siregar, Datuk Rahim Razali dan Mak Jah.

Nukilan skrip oleh Faznita Md Nor mengisahkan Ayoub lakonan Iqram Dinzly yang sentiasa bersabar terhadap segala rintangan dalam hidupnya. Ayoub dibesarkan oleh ibunya, Banun (Rosnah Johari) dalam keadaan yang sederhana selepas ayahnya, Musen meninggal dunia semasa Banun baru mengandung.

Ibu bapa Musen yang berasal daripada keluarga berada menyangka Banun berlaku curang dengan Mat Sewel (Razak Ahmad) lalu tidak mengaku Ayoub sebagai cucu mereka.

Ayoub mempunyai seorang kawan karib, Wan Aidil (Fizz Fairuz) sejak bangku sekolah. Ibu Wan Aidil, Norma (Norish Karman) sentiasa cemburu terhadap Banun dan tidak membenarkan Wan Aidil rapat dengan Ayoub. Wan Aidil berkahwin dengan Sazzy (Watie Sadeli), seorang gadis bandar yang kaya. Norma berasa bangga dengan kejayaan anaknya namun dia selalu mendesak Wan Aidil supaya lebih berjaya daripada Ayoub.

Ayoub pula memulakan kerjayanya sebagai seorang pengedar beras di kampung. Dia mewarisi harta peninggalan datuknya dan dapat mengembangkan perniagaannya. Walaupun keuntungannya kini tinggi, Ayoub menjalani kehidupan secara sederhana mengikut hukum Islam dan sering menolong mereka yang memerlukan. Ayoub bertemu jodoh dengan Tengku Zarima (Fiza Halim). Mereka dikurniakan empat anak. Perniagaan Ayoub semakin maju. Ayoub sering bersedekah kepada penduduk kampung dan menjadi penaja kepada beberapa dana.

Mimpi ngeri Ayoub bermula apabila Wan Aidil semakin tertekan dengan kejayaan Ayoub. Kehidupan Wan Aidil tidak semewah dan bahagia yang diimpikan selepas ditimpa dengan beberapa masalah. Wan Aidil sanggup melakukan apa saja bagi menjatuhkan Ayoub. Syarikat Ayoub mula menghadapi masalah setelah beberapa pekerjanya berpaling tadah. Anak yatim yang pernah dibantu pula menuduh Ayoub mencabul kehormatannya. Imej Ayoub sebagai seorang dermawan dan usahawan yang berjaya tercalar. Namun, Ayoub dan Tengku Zarima masih sabar dan tabah menghadapi segala cabaran. Wan Aidil bertindak lebih agresif sehingga tergamak membunuh anak Ayoub serta menyebabkan Ayoub menderita dengan penyakit kulit akibat sisa bahan toksik.

Ayoub menyepi diri di dalam hutan. Dia enggan menerima sebarang bantuan daripada sesiapa dan mula menyalahkan Tuhan mengenai nasib malangnya. Zahra, seorang anak yatim yang pernah dibantu oleh Ayoub hadir dalam hidupnya dan tekad memulihkan semangat Ayoub.


0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA