~CEPAT KLIK LINK INI~

Friday, November 26, 2010

Samarinda: Ayoub (episode 2)


assalamualaikum, hurm aku terlupa pula nak update pasal episode kedua Samarinda Ayoub. mintak maaf lah ea. okay, dalam episode kedua, banyak persoalan yang cuba di bangkitkan pengarah sehingga membuatkan penonton tertanya-tanya.

antara persoalan nya adalah, siapakah lelaki tua yang selalu melihat Ayoub samada di rumah ataupun di sekolah dan apakah hubungan mereka sebenarnya. adakah itu merupakan bapa Ayoub ataupun datuknya. kalau dilihatkan, orang tua itu memang kaya sebab dia pakai kereta mercedes lama. jika betul dia adalah bapa Ayoub, tak mustahil, Ayoub merupakan anak orang kaya.

persoalan lain yang timbul adalah, siapakah man sewel itu sebenarnya. adakah dia betul bapa kepada Ayoub seperti yang dicanangkan oleh ibu Aidil atau hanya rekaan semata-mata. semasa ibu Ayoub datang ke rumah Aidil untuk berjumpa emaknya, dia ada berkata tentang kisah silam jangan diungkitkan lagi.

adakah ibu Aidil yang sebenarnya ada ikatang dengan man sewel ataupun emak Ayoub. ini kerana, jika man sewel bertemu dengan Aidil, dia seolah-olah suka dengan budak itu, tetapi Aidil takut dengan Man sewel kerana lelaki itu gila.

apa-apa pun kita tengok episode yang seterusnya nanti okay. malangnya aku terlupa pulak nak tengok episode ketiga Ayoub sebabnya aku syok sangat layan Project Runway. huhu. kepada sesiapa yang follow cerita Ayoub boleh tak koraang bagitahu aku apa yang terjadi dalam episode ketiga. mana tahu segala persoalan di atas boleh terjawab.

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA