~CEPAT KLIK LINK INI~

Tuesday, May 31, 2011

kerja pertama ku di MPH Bookstore, Giant Shah Alam

0 insan terpilih
agak-agak macam mana perasaan nya ia bila kerja buat pertama kali dalam hidup kita? mesti nervous, takut semua ada kan. maybe perasaan itu akan muncul bila aku start kerja nanti..first of all, assalamualaikum. tak jawab dosa, kalau jawab sayaaang korang.hehe

ok, fyi 1 hb june aku akan start kerja. but not full time lah..just part time. yelah aku cuti belajar ini pun 4 bulan. satu bulan aku dah duduk kat rumah buat rutin yang sama setiap hari, so the next 3 month aku bertekad nak kerja. alhamdulillah akhirnya aku diterima bekerja without interview..hehe

actually aku akan bekerja di MPH Giant Shah Alam. so kalau ada bloggers di kawasan berdekatan, jangan malu jangan segan tegur-tegurlah aku kalau korang datang sana. nak beli buku ke, majalah ke, novel ke meh sini datang ramai-ramai ke MPH Giant Shah Alam. tapi sorilah no discount okay. hehe.


ini adalah pertama kali aku bekerja sepanjang hidup aku tau. so, aku wondering jugak macam manalah nanti kan. takut kalau-kalau diorang buli aku ke, tak suka aku ke. but, for me, aku akan bekerja bersungguh-sungguh sampai dapat pekerja terbaik. watch out guys..hahaha..just kidding

aku pun terpaksa sewa rumah dekat apartment TTDI tu. yelah, kerja ini ada shift. aku pulak tak ada transport. siapa pulak nak hantar aku nanti pergi kerja. even ada kakak aku kerja dekat situ dan di kedai yang sama, tapi tak semua shift sama dengan dia. hehe

aku jugak nak cakap terima kasihhh banyak-banyak dekat akak aku sebab dia yang tolong aku dapatkan kerja ini. hehe..nasib baik bos dia terima aku bekerja. so, aku tak akan malukan akak aku. aku kena buat kerja betul-betul .

lagipun aku sebenarnya perlukan duit sangat-sangat. yelah, anti nak bayar duit sewa rumah kat Arau tu, nak ambil lesen lagi, nak bagi duit kat mak sikit..my first gaji in my life mesti rasa teruja kan. hehe..so, wish me luck! semoga segala urusan akan di permudahkan. aminnn..

Sunday, May 29, 2011

hutang dah langsai, barang tak dapat..dasar penipu!!

3 insan terpilih
panas, panas, panasssssnya lah musim sekarang ini..tak tahan aku di buatnya. rasa macam nak buka je baju ini tapi mana boleh kan. bahaya nanti ada orang skodeng ke teropong ke kat luar tu.. ops malu mak tau..tapi ini semua tiada kena mengena dengan topik yang aku nak cerita hari ini. perenggan pertama ini aku hanya nak cakap assalamualaikumm....

aku sebenarnya ada sedikit terkilan sebab barang yang aku beli dan dah di bayar sepenuhnya tak sampai-sampai lagi setelah 3 bulan. aku pun tak paham. orang tu nak tipu aku ke terlupa ke. bukan murah barang tu tau. mahal sampai mencecah beratus ringgit. kalau murah setakat rm40 ke tak kisah sangat, ini beratus ringgit tau ulang lagi sekali BERATUS RINGGIT.!

kalau nak kata dia tipu dia aku, rasa macam mustahil sebab barang yang aku beli tu ilmiah sikit. aikk sejak bila aku jadi muslimah ini? haa, sebenarnya aku ada order buku 1001 hukum hakam Islam, kalau tak silap akulah tajuknya. buku tu menceritakan tentang hukum kita lakukan sesuatu dalam kehidupan seharian ini.

orang yang ambil order tu namanya Syafiq. masa tu diorang ada buka booth dekat UiTM Arau. so ramai jugaklah student yang order buku dari diorang ini. harga buku yang aku order tu rm130 and aku bagi deposit rm50.

mula-mula aku tak nak beli, tapi bila dengar kesungguhan Syafiq itu bercerita pasal buku ini aku rasa macam tertarik pulak kan. lagipun banyak lagi benda aku nak belajar tentang hukum hakam ini. lagi satu yang menarik perhatian aku adalah ia boleh di bayar bila-bila masa sahaja. setahun atau dua tahun sekalipun.

memandangkan masa tu aku tak dapat duit PTPTN lagi, so aku cakap dengan dia aku akan bayar selebihnya lepas dapat PTPTN. tapi aku tak tipu tau. lepas je dapat duit aku terus bank ini dekat dia and bagi alamat. then dia pun bagilah respond. 

TAPI lepas 3 bulan, bukunya tak sampai-sampai jugak kat rumah aku ini. nak kata aku salah bagi alamat tak mungkinlah kan. aku dah mesej orang tu tapi tak reply and aku pasti mesej itu dah sampai dekat dia sebab kalau dia off hp sekalipun aku akan dapat alert.

aku memang musykil, and rasa macam tertipu pulak. rugilah aku kalau dah bayar tapi tak dapat barangnya. lagipun yang dia jual tu barang baik takkan dia sanggup nak tipu. aku pun tak tahu berapa ramai orang dah kena tipu dengan diaorang itu, ataupun aku sorang je yang kena tipu. hahaha

Syafiq itu pun dah janji akan selesaikan masalah ini tapi dah 3 bulan dik oiii 3 bulan tu bukan sekejap, lama tau aku tunggu, aku pun ada bukti yang aku dah bank in duit itu dekat akaun bank yang diorang bagi. so bukan salah aku kan.

aku harap sangatlah aku dapat buku itu. kalau diorang tipu, aku rasa terkilan jugak, and mungkin aku akan buat aduan dekat Uitm mana tahu diorang tahu pasal ejen ini ker. so boleh lah jadi orang tengah. bukan apa, aku takut nanti ramai lagi student kena tipu. tak pun kalau diorang datang semester depan aku tak teragak-agak akan sound diorang.aku ada hak sebagai customer and customer always right tau. kalau tak nak bagi buku tu, pulangkanlah balik duit aku..huhu

p/s: lepas ini kena berhati-hati dengan orang yang jual apa-apa benda pun. jangan termakan dengan kata-kata manis..

Thursday, May 26, 2011

cara nak tarik pembaca ke blog kita

6 insan terpilih
how to make others like our blog..ha itu dalam kata omputihnya lah ea. tapi sebelum itu, assalamualaikum semua.  berbalik kepada soalan tadi macam mana nak tarik perhatian orang lain datang ke blog kita ea? adakah kita kena mengampu setiap orang suruh datang, atau tarik perhatian orang lain menerusi entry yang kita buat?


kadang-kadang aku kepingin juga nak ada ramai visitor sampai mencecah beribu-riban. dapat BE selalu. macam-macam usaha sudah di lakukan, tetap jugak tak dapat. apa yang kurang nya ea? mungkin gaya penulisan aku yang sangat bosan kot. hahaha..yang itu aku akui sebab aku bukannya di lahirkan untuk menjadi penulis terhebat pun.


kalau pergi blog orang lain rasa macam best je dia tulis. walaupun biasa-biasa tapi sedap di baca. korang rasa blog aku ini best ke entah pape? ada juga blogger tarik perhatian readers lain dengan buat giveaway lah competition lah tutorial lah. mugkin itu salah satu cara untuk tarik pembaca kan.

kalau nak suruh aku buat giveway ke, memang tak beranilah, sebab aku takut nanti syok sendiri je. tak da orang nak masuk.huhu..malu je den nanti..mungkin jugak aku ni malas nak blogwalking kot, sebab tu ramai tak tahu kewujudan aku. hehe..


bukannya aku malas, cuma kurang rajin. tapi aku bukanlah sombong sangat tak pergi blog orang lain. aku ada jugak pergi. comment kat blog diorang semua, tapi biasalah orang popular mana yang nak ikut orang tak popular kan..aku bukan maksudkan aku ini orang popular, tapi blogger popular di luar sana mungkin tak pandang sangat blogger picisan macam aku ini..hehe


tapi, aku tak kisah. yang penting aku tak fitnah siapa-siapa dalam blog ini. kalau tak suka, jangan baca. kalau suka follow lah ea. hehe..tak lama lagi aku dah nak kerja. so, masa untuk blog terpaksa di kurangkan lagi..hurmm. nak buat macam mana, demi sesuap nasi ku sanggup berkorban..wish me luck okay..

Wednesday, May 25, 2011

kalau dia suka kita, kita kena suka dia ke?

2 insan terpilih
assalamualaikum, 
aku nak tanya korang semua, kalau ada orang suka kita, 
apa patut kita buat sedangkan hati belum bersedia?


1) buat-buat suka dekat orang tu, walaupun hati kita tak rasa apa-apa

2) layan aje, walaupun tahu dia akan pikir kita suka kat dia jugak

3) menjauhkan diri daripada dia


4) buat-buat tak tahu/ tak paham


5) beritahu perkara sebenar tentang perasaan kita


6) terima dia seadanya


7) cuba untuk suka dekat dia

bagi anda semua, mana yang patut di lakukan untuk menghasilkan win-win situation?

kawan penipu punya orang!

0 insan terpilih
assalamualaikum..hari ini aku rasa sangat berapi yang tengah meluap-meluap mengalahkan gunung berapi dekat sumatera tu. aku paling tak suka kalau depan aku cakap benda lain, dekat belakang cakap lain..eii pantang sungguh aku dengan orang macam ini tau tak.

bukan apa, kalau depan kita bukan main lagi mulut manis berkata-kata. cakap itulah, cakap inilah. yang aku ini jenis percaya aje bulat-bulat.mana taknya, kalau orang tu dah cakap bersungguh-sungguh takkan aku terpikir yang dia tu tipu aku pulak kan..

aku tak paham lah kenapa ada jugak orang macam ini. dah la, lepas ini jangan harap aku nak layan kau lagi. cakap tak serupa bikin. mulut manis je cakap, pijak semut pun tak mati. sanggup kau tipu aku ea. memang menyesal aku dapat kawan macam dia. macam ini di panggil kawan? kawan penipu..!

dah lah, lepas ini no more treat from me. just go away from my life.! arghh emo sungguh aku. lepas dah selidik-selidik, skodeng-skodeng akhirnya kebenaran terserlah jua. cerita ini pasal seorang kawan yang tak patut di panggil kawan. full stop!

Tuesday, May 24, 2011

isu kilang Lynas, ramai membantah ia di bina di Kuantan

0 insan terpilih
assalamualaikum..berdasarkan tajuk di atas, aku tahu mungkin aku ini sedikit terlambat pasal isu Kilang Thorium ini. seperti yang sedia maklum, Lynas Corporation yang merupakan kilang kimia dari Australia dan mereka nak bina kilang mereka itu di Kuantan Pahang.

walaupun mereka ini kilang dari Australia, tapi ia tidak di bina langsung di sana malah di bina di Malaysia. kenapa? sebab ada seorang lelaki memberitahu kalau ia di bina di Australia, rakyat di sana tidak akan terima seratus peratus pembinaan nya kerana ia merupakan kilang yang merbahaya.

kalau rakyat Australia tidak terima kilang itu, bagaimana pula dengan rakyat Malaysia? sudah pastinya mereka tidak akan terima jugak sebab bukan dapat apa-apa manfaat dari kilang itu pun. yelah, kilang merbahaya dan bertoksik, siapalah yang nak kan. buat tanaman rosak and boleh bagi kesan radiasi kepada penduduk setempat di situ.

malangnya, kerajaan Malaysia sudah bersetuju untuk memberi ruang kepada Kilang Lynas ini di buka di Kuantan dengan 12 tahun tanpa cukai..apa kejadahnya ini semua? adakah kerajaan menyokong kilang merbahaya di bina di tanah Malaysia yang tidak memberi apa-apa manfaat kepada rakyat kita, dan lebih teruk tiada cukai dikenakan selama 12 tahun!

aku pun tak paham apa yang mereka nampak pada kilang ini sampaikan bersetuju dengan pembinaannya yang sudah pasti mendapat tentangan daripada penduduk setempat. kalau rakyat Australia sendiri tidak bersetuju inikan pula rakyat kita. malangnya siapa yang nak dengar suara rakyat ini kalau kerajaan sendiri dah bersetuju?

aku harapkan hentikanlah Kilang Lynas ini. sebabnya tak bawa apa-apa keuntungan pun kepada rakyat Malaysia, malah memberi kesan buruk kepada penduduk setempat nanti. di harap pihak berkenaan teliti dahulu dan pikir ke hadapan akan kesan yang akan timbul nanti.


 kalau nak tahu boleh baca artikel ini juga..

Monday, May 23, 2011

hasrat ambil lesen terpaksa di lupakan

0 insan terpilih
assalamualaikum.. hari ini banyak benda aku dah pergi buat. nasib baik akak aku cuti, so dia yang temankan. mula-mula niat di hati hari ini aku nak daftar lesen memandu. aku nak register dekat Shah Bandar Driving School dekat dengan rumah aku ini. aku pilih tempat ini sebab ramai orang cakap murah and dekat .

but unfortunately, today ada test JPJ, so punyalah ramai student menunggu masa untuk ambil test. sesak betul tempat tu. pekerja kat situ cakap yuran dia rm800, terkejut jugak aku sebab mahal pulak. kawan aku cakap rm600 je.

rupanya harga rm800 tu kalau direct daftar kat Shah Bandar tu. but, diorang tak sediakan pengangkutan pulak nak ambik student.susah pulak, sebab nanti siapa yang nak anta aku pergi kelas kan. so aku decide tak pelah. daftar kat tempat lain. hurm

after that, aku pergi ambil gambar konvo dekat UiTM Shah Alam. tak tahulah apa jadi dekat gambar aku tu. cantik ke tak ke, senyum ke tak ke. huhu. after dah ambil kira puas hatilah jugak. nasib baik muka comel so comel lah gambar tu..haha perasaan pulak den ni.

lagi satu berita baik aku dapat adalah, akhirnya aku dah dapat kerja!! di sebabkan aku cuti 4 bulan so takkan aku nak duduk rumah membesarkan badan je kan, better aku kerja so dapatlah jugak duit tu. but, aku terpaksa stay dekat rumah kawan akak aku, sebab kerja ni pakai shift.

even, sama tempat kerja dengan akak aku and shift sama dengan dia, tapi kalau dia cuti panjang takkan aku nak cuti panjang jugak kan. melampau lah tu. lepas aku dah pulun kepala aku ni pikir, akhirnya aku bersetuju sewa rumah kawan akak dekat dengan tempat kerja tu. 

lagi sekali masalah timbul. niat di hati nak ambil lesen kereta. tapi bila dah dapat kerja, budget pun dah lari terpaksalah lupakan hasrat tu buat kali ke 4. dah banyak kali aku nak belajar tapi tak jugak dapat. hurm..terpaksalah aku ambil dekat Uitm Arau je nanti. so hari ini kira ada dua berita baik dan buruk.

berita baik, aku dapat keje partime even terpaksa sewa dekat rumah kawan akak tu and bayar sewa. berita buruk aku tak dapat belajar memandu lagi. hurm..maybe ada hikmah kot. sekarang ini aku pikir semua kejadian itu ada hikmahnya. walahualam..

Sunday, May 22, 2011

Cleopatra Stratan-Ghita | sangat comel okay!!

0 insan terpilih
assalamualaikum..sekarang jam sudah menujukkan pukul 4.10 petang dan kat luar tu dah dengar bunyi guruh dum dam sana sini. tapi aku yang masih degil malas nak tutup laptop sebab kalau tutup nanti aku stress sebab tak tahu nak buat apa. gagaga

sebelum ini aku ada layan YouTube sekejap. bukan layan cerita tak senonoh tau, aku tengok America's Next Top Model..konon berangan nak jadi model, tapi pendek punya pasal lupakan sajalah niat tu ea. line pulak tak berapa nak okay walaupun pakai P1 Max yang tak payah cucuk kat laptop pun, cuma dapat wifi dari bilik belakang yang di pasang oleh adik aku..gagaga..aku menumpang je.

aku yang tamak ni bukak sampai dua YouTube. satu untuk ANTM satu lagi untuk tengok video klip. korang kenal tak dekat Cleopatra Stratan? comel gilerr seyh budak tu..tak silap aku dia orang Perancis. tak tahulah umur dia berapa. ada dekat 4 tahun kot. lagu popular dia ialah Ghita.

aku rasa kat YouTube dia dah popular kot. sebab lebih kurang 1 juta orang tengok video dia tu tau..kalau korang kureng familiar dengan Cleopatra Stratan ni, korang try la search kat YouTube ke atau Google. memang comel..! korang layan lah video kat bawah ni ea..


Konvokesyen ke 74 di UiTM Shah Alam - bangganya aku!

1 insan terpilih
assalamualaikum, tak mahu bebel banyak, straight to my topic today. cewaahh macam gaya cikgu tak..hehe..oklah, 15 hb may lepas, aku dengan bangganya telah pun berkonvo!! yaahoo..setelah berpenat lelah selama  3 tahun mengerah keringat menuntut ilmu hingga ke menara gading, akhirnya aku tamat dengan jayanya and grad on time.

sebelum ini aku diploma di UITM Segamat, Johor dalam jurusan Pengurusan Perniagaan. macam-macam halangan terpaksa aku tempuhi dalam tempoh 3 tahun itu. dengan masalah kewangan, masalah kesihatan dan masalah peribadi. tapi itu semua tak menghalang aku untuk menggenggam segulung diploma.

pada 15 hb itu, aku telah selamat di konvokan di Dewan Agong Tunku Canselor UITM Shah Alam. buat pertama kalinya acara konvokesyen berlangsung di dewan itu. memang syok, dapat jumpa kawan-kawan lama masa menuntut di uitm segamat. dah macam reunion pulak rasanya.


alhamdulillah aku dapat sidang pagi, so takdalah ramai sangat orang. and cuaca pun okay. kalau dapat sidang petang alamatnya tak dapatlah bergambar sebab masa tu petang hujan. tak semua kawan-kawan aku dapat bergambar sebab masing-masing sibuk dengan family. 

ada yang bawak satu kampung, tapi family aku yang datanag hanyalah kakak and emak sahaja. yang lain ada urusan sendiri. so disebabkan sidang aku di sebelah pagi, lepas subuh je kitaorang dah gerak ke UITM Shah Alam. walaupun hanyalah 10 minit perjalanan dari rumah, tapi kami tetap datang awal sebab takut nanti ramai pulak orang kat situ.

acara habis tepat pukul 12 tengahari. punyalah penat, lapar semua ada masa kat dalam dewan itu. nombor giliran aku pulak 803 daripada 1669 graduan kalau tak silap akulah. lepas aje acara tamat, semua berpusu-pusu keluar mencari mak bapak yang sedia ada tunggu di luar. masa itulah baru ibu bapa kita bangga dengan kita. jelas terpancar wajah kebanggan dan kegembiraan mereka itu tau.

penyalah ramai manusia dekat situ, sapai aku tak nampak apa pun.ada yang dah siap sedia pengang sejambak bunga, ada yang pegang teddy bear lah, frog lah. jaranglah nampak orang pengang bunga masa tu. semuanya pakat beli beruang besar-besar. senang tahan lama sikit kan. tak adalah layu di luput zaman..heheh.

setelah aku bertemu dengan kakak dan mak aku, dah macam jejak kasih lah pulak masa itu. huhu..kami pun bergambar lah dengan menggunakan kamera murah jew. tak dalah kamera mahal macam DSLR tu. uhuhu. lepas dah bergambar dengan kwan-kawan semua, aku pun pulangkan jubah, and balik ke rumah.tapi sebelum itu singgah makan jap kat seksyen 7. lapar punya pasal. huhu..













lepas ini aku kena berkonvo kat UITM Arau lah pulak, atoyai..ada ke family aku nak datang kalau dekat pun 2 orang je yang datang yang jauh ini langsunglah tak datang. huhu..apa-apa pun gambate tok semester ini. hope aku dapat Anugerah Naib Canselor..aminn..

Friday, May 20, 2011

Khairul Fahmi bertunang dengan Elia

1 insan terpilih
assalamualaikum, alhamdulillah hari ini dapat jugak aku update blog ini. hari ini macam hari sebelum-sebelum ini, rutin tetap sama. bangun pagi, baca surat khabar, makan, layan budak kecik comot tu and online. memang bosan. duduk terperap je dekat rumah. nak keluar pun macam tak best sebab sekarang asyik hujan lebat aje and dah berstatus single ini so tak best keluar sorang-sorang..

baru-baru ini aku ada terdengar radio siaran Sinar kot kalau tak silap aku. masa tu segmen Berita Ringkas. so sambil akau baca surat khabar Metro yang menjadi paper wajib ada di rumah, telinga pulak mendengar berita, aku terdengar pasal penjaga gol Malaysia iaitu Khairul Fahmi akan mengikat tali pertunangan dengan buah hati pengarang jantungnya iaitu Aimie Harmelia.

mula-mula terkejut jugak sebab mereka kan muda belia lagi. dengar cerita sepatutnya mereka mengikat tali pertunangan lebih awal tapi atas sebab tertentu terpaksa di tangguhkan. dan pada 17hb may akhirnya berjaya jugak mereka langsungkan upacara pertunangan itu dengan bertemakan Arabian. 








kepada sesiapa yang nak tahu perkembangan lanjut, boleh klik gambar di atas..

Wednesday, May 18, 2011

4 bulan bercuti - aku nak kerja!

2 insan terpilih
assalamualaikum..sekarang ini dah start cuti semester..bukan lagi satu setengah bulan bercuti, tetapi 4 bulan cuti..makk aii apa yang aku nak buat kat rumah. takkan nak membesarkan badan yang sedia tak boleh membesar ini. korang ada suggestion apa aku patut buat time cuti ini?

actually aku nak kerja, tapi yang aku risaukan sekarang adalah pasal transport. kalau boleh aku nak kerja dekat-dekat jelah. senang nak berulang alik nanti. mula-mula nak kerja kilang, biasalah kat shah alam kan ada banyak kilang. tapi malangnya family aku tak bagi kerja kilang. bukan setakat kerja kilang diorang tak bagi, tapi nak kerja time cuti semester ini pun diorang tak bagi.

diorang suruh duduk rumah jaga anak buah..hurm kalau aku dapat upah takpe jugak. atleast berbaloi lah, ni ntah-ntah satu upah pun takdak.hhuuhu..acik aku cakap, mana ada orang nak amik kerja partime kaleau setakat 4 bulan je. erm setahu aku ada aja kerja yang amik..kalau diorang betul-betul ada employee shortage..

kalau ada readers yang baca blog ini and memerlukan pekerja partime yang berwibawa dan berdedikasi macam aku ini silalah comment kat sini..boleh contact-contact. aku memang nak kerja sangat. nak carik duit nak bayar sewa rumah nanti, nak shopping beli barang apa yang aku inginkan. kalau mengharapkan duit orang lain sampai bila pun tak merasa. lagi satu, aku nak ambil lesen. dah berapa kali aku tangguhkan sebab tak ada duit. sekarang ini pun tak ada duit dah, tapi aku bertekad nak ambil lesen jugak. atleast boleh bayar ansuran..huhu

kesian betul aku ini..banyak betul masalah. silap-silap time raya nanti pun tak ada baju baru..huhu sedeyh nya...kalau ada insan yang baik hati nak tolong aku silakan lah ea..huhu..wasalam

Thursday, May 5, 2011

Tips pintar matematik dari Adi Putra

1 insan terpilih
assalamualaikum..sejak akhir ini aku target lepas kul 11 je aku kena tutup buku sebab aku nak mengonline. bukan sebab aku malas belajar, tapi hanya takat itu je boleh masuk. lepas kul 11 je mulalah kepala aku pikir benda lain. daripada baca tapi tak masuk dalam otak, baik aku tutup buku dan buka muka buku kan.

sedang aku melayan facebook, aku pun bukaklah Metro Online. yelah sejak belajar ini banyak berita semasa aku dah terlepas. gossip panas, cerita sensasi semuanya dah terlepas. nasib baiklah ada Metro Online, dapatlah jugak serba sedikit info terkini..cewaahh


sedang leka baca tajuk berita, tiba-tiba mata aku macam tertarik je dengan TIPS PINTAR MATEMATIK DARI ADI PUTRA. siapalah yang tak kenal Adi Putra kan.yang ini bukan pelakon lelaki yang macho dari Singapura tu. yang ini kanak-kanak lelaki yang sangat pintar dalam Matematik walaupun baru berumur 6 tahun masa itu. sekarang dia sudah pun berumur 12 tahun.


Antara tips yang adik Adi Putra ini bagi supaya pintar Matematik adalah:
1) jangan pegang mesin kira setiap kali hendak mengira
2) kurangkan ber SMS
3) kurangkan bermain game

semua tips ini bukan saja-saja. ada sebabnya tau. Menggunakan mesin kira sama seperti seseorang itu memalaskan otak untuk berfikir dan mengharapkan jawapan yang dikira terus tertera. Dengan mengurangkan penggunaan SMS pula, ia mengekalkan penggunaan bahasa Melayu yang dilihat semakin terjejas ekoran sikap masyarakat kini yang gemar menggunakan bahasa singkatan setiap kali menaip mesej di telefon bimbit.


Penggunaan alat permainan atau ‘video game’ juga boleh melalaikan jika dibiarkan menjadi hobi sehingga ada yang terleka tanpa perlu melakukan apa-apa termasuk bersolat.

kalau nak tahu, ADI PUTRA turut dapat gelaran PROFESOR CILIK MATEMATIK ISLAM dari Universiti Riau, Indonesia. so bukan calang-calang budak ini tau.sekarang Adi Putra sudah melancarkan buku pertamanya berjudul SENI MATEMATIK ISLAM yang berharga RM40.20.

Wednesday, May 4, 2011

aku nak kahwin dengan anak raja

1 insan terpilih
assalamualaikum..entry sebelum-sebelum ini aku ada cerita pasal The Royale Wedding of Prince William and Kate Middleton. so kat sini aku ada sikit gambar nak tambah lagi..hehe..seperti semua sedia maklum yang Catherine Middleton ataupun Kate Middleton merupakan orang kebanyakan manakala Prince William merupakan pewaris takhta Britain.









so, anak yang bakal mereka dapat nanti akan ada half blood prince lah...hehhe..syoknye..bilalah aku nak jumpa dengan anak raja ini..hurmm kalau jumpa pun, anak raja tu nak ke dekat aku yang comot lagi selebet ini?? sah-sah lah pandang dari jauh je. tapi jangan pandang ku sebelah mata kalau dah jodoh dengan anak raja memang tak kan kemanalah kan..hehe

macam mana nak buatkan anak raja tahu kewujudan aku ek? aku ini bukan nya popular macam Siti Nurhaliza. selalu keluar masuk tv. aku ini hanyalah insan biasa yang duduk terperap dekat dalam rumah. bila dapat keluar tv habis heboh satu kampung. bukan aje tak dapat anak raja, anak dato ke anak jiran sebelah pun tak kan dapat..hahaha

sekarang ini ramai jugak yang kahwin dengan anak raja. bila baca paper ada aje gossip pasal artis bercinta dengan anak kerabatlah, anak perabotlah..senang-senang je diorang dapat berkenalan dengan anak kerabat. aku jeles ini. aku punyalah susah nak jumpa, diorang pulak senang je dapat berkenalan. haisy.. 

lepas ini aku nak jadi artis lah pulak. bukan sebab nak kembangkan bakat yang memang sedia tak ada ini, tapi nak berkenalan atau berjumpa dengan anak raja. orang yang ada darah sikit-sikit raja atau kerabat pun okay jugak.huuhu.

tapi itu semua hanyalah duniawi atau cita-cita sahaja..kahwin dengan anak raja atau anak siapa pun, kalau tak ada jodoh tak kemana jugak. takkan bahagia jugak perhubungan tu. kalau dah tertulis jodoh kita dengan anak orang biasa kita kenalah redha sebab yang terjadi itu ada hikmahnya, Allah sentiasa berikan yang terbaik untuk umatNya. 
 wasalam..

Monday, May 2, 2011

untunglah budak diploma dah balik rumah

0 insan terpilih
assalamualaikum, malam ini macam biasa tak boleh tidur lagi. nak baca buku rasa macam dah tak boleh nak masuk. so penyelesaiannya adalah dengan mengonline kan diri.hehe bila dah tak ada siapa nak temankan malam-malam ini, rasa macam bosan je hidup..hurmm

memang rasa macam sunyi je hidup ini tau bila dah tak berkapel. even ada kawan-kawan pun tapi bila diorang asyik sebut pasal pakwe rasa macam jeles pulak. tapi nak buat macam mana..jodoh aku dengan dia tak kesampaian..huhu

okaylah..mood xmoh sedih-sedih..sekarang kita ke happy mood pulak. esok aku akan belajar dekat library..hahaha..happy ke? sebenarnya nak study kat rumah pun boleh tapi aku takot masa untuk tido lagi banyak dari study. so lebih baik aku bawak diri aku ini ke library..at least ada jugak mata aku nak pandang benda yang best2..hehe

next paper hari khamis dengan jumaat..kenapalah lambat sangat ek? bukan sebab aku dah ready nak jawab, tapi aku dah tak sabar nak balik rumah. setiap kali aku ternampak bus ekspres aku rasa macam nak naik bas tu lepas tu balik rumah..arghhh tak tertanggung hati aku nak balik rumah iniii..okaylah, sampai kat sini sahaja aku nak tulis. lenkali aku tulis lagi okay.wasalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA