~CEPAT KLIK LINK INI~

Sunday, May 22, 2011

Konvokesyen ke 74 di UiTM Shah Alam - bangganya aku!

assalamualaikum, tak mahu bebel banyak, straight to my topic today. cewaahh macam gaya cikgu tak..hehe..oklah, 15 hb may lepas, aku dengan bangganya telah pun berkonvo!! yaahoo..setelah berpenat lelah selama  3 tahun mengerah keringat menuntut ilmu hingga ke menara gading, akhirnya aku tamat dengan jayanya and grad on time.

sebelum ini aku diploma di UITM Segamat, Johor dalam jurusan Pengurusan Perniagaan. macam-macam halangan terpaksa aku tempuhi dalam tempoh 3 tahun itu. dengan masalah kewangan, masalah kesihatan dan masalah peribadi. tapi itu semua tak menghalang aku untuk menggenggam segulung diploma.

pada 15 hb itu, aku telah selamat di konvokan di Dewan Agong Tunku Canselor UITM Shah Alam. buat pertama kalinya acara konvokesyen berlangsung di dewan itu. memang syok, dapat jumpa kawan-kawan lama masa menuntut di uitm segamat. dah macam reunion pulak rasanya.


alhamdulillah aku dapat sidang pagi, so takdalah ramai sangat orang. and cuaca pun okay. kalau dapat sidang petang alamatnya tak dapatlah bergambar sebab masa tu petang hujan. tak semua kawan-kawan aku dapat bergambar sebab masing-masing sibuk dengan family. 

ada yang bawak satu kampung, tapi family aku yang datanag hanyalah kakak and emak sahaja. yang lain ada urusan sendiri. so disebabkan sidang aku di sebelah pagi, lepas subuh je kitaorang dah gerak ke UITM Shah Alam. walaupun hanyalah 10 minit perjalanan dari rumah, tapi kami tetap datang awal sebab takut nanti ramai pulak orang kat situ.

acara habis tepat pukul 12 tengahari. punyalah penat, lapar semua ada masa kat dalam dewan itu. nombor giliran aku pulak 803 daripada 1669 graduan kalau tak silap akulah. lepas aje acara tamat, semua berpusu-pusu keluar mencari mak bapak yang sedia ada tunggu di luar. masa itulah baru ibu bapa kita bangga dengan kita. jelas terpancar wajah kebanggan dan kegembiraan mereka itu tau.

penyalah ramai manusia dekat situ, sapai aku tak nampak apa pun.ada yang dah siap sedia pengang sejambak bunga, ada yang pegang teddy bear lah, frog lah. jaranglah nampak orang pengang bunga masa tu. semuanya pakat beli beruang besar-besar. senang tahan lama sikit kan. tak adalah layu di luput zaman..heheh.

setelah aku bertemu dengan kakak dan mak aku, dah macam jejak kasih lah pulak masa itu. huhu..kami pun bergambar lah dengan menggunakan kamera murah jew. tak dalah kamera mahal macam DSLR tu. uhuhu. lepas dah bergambar dengan kwan-kawan semua, aku pun pulangkan jubah, and balik ke rumah.tapi sebelum itu singgah makan jap kat seksyen 7. lapar punya pasal. huhu..













lepas ini aku kena berkonvo kat UITM Arau lah pulak, atoyai..ada ke family aku nak datang kalau dekat pun 2 orang je yang datang yang jauh ini langsunglah tak datang. huhu..apa-apa pun gambate tok semester ini. hope aku dapat Anugerah Naib Canselor..aminn..

1 insan terpilih:

ALAMIRULAKMAL said...

tahniah3!!! untunglah...hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA