~CEPAT KLIK LINK INI~

Thursday, May 5, 2011

Tips pintar matematik dari Adi Putra

assalamualaikum..sejak akhir ini aku target lepas kul 11 je aku kena tutup buku sebab aku nak mengonline. bukan sebab aku malas belajar, tapi hanya takat itu je boleh masuk. lepas kul 11 je mulalah kepala aku pikir benda lain. daripada baca tapi tak masuk dalam otak, baik aku tutup buku dan buka muka buku kan.

sedang aku melayan facebook, aku pun bukaklah Metro Online. yelah sejak belajar ini banyak berita semasa aku dah terlepas. gossip panas, cerita sensasi semuanya dah terlepas. nasib baiklah ada Metro Online, dapatlah jugak serba sedikit info terkini..cewaahh


sedang leka baca tajuk berita, tiba-tiba mata aku macam tertarik je dengan TIPS PINTAR MATEMATIK DARI ADI PUTRA. siapalah yang tak kenal Adi Putra kan.yang ini bukan pelakon lelaki yang macho dari Singapura tu. yang ini kanak-kanak lelaki yang sangat pintar dalam Matematik walaupun baru berumur 6 tahun masa itu. sekarang dia sudah pun berumur 12 tahun.


Antara tips yang adik Adi Putra ini bagi supaya pintar Matematik adalah:
1) jangan pegang mesin kira setiap kali hendak mengira
2) kurangkan ber SMS
3) kurangkan bermain game

semua tips ini bukan saja-saja. ada sebabnya tau. Menggunakan mesin kira sama seperti seseorang itu memalaskan otak untuk berfikir dan mengharapkan jawapan yang dikira terus tertera. Dengan mengurangkan penggunaan SMS pula, ia mengekalkan penggunaan bahasa Melayu yang dilihat semakin terjejas ekoran sikap masyarakat kini yang gemar menggunakan bahasa singkatan setiap kali menaip mesej di telefon bimbit.


Penggunaan alat permainan atau ‘video game’ juga boleh melalaikan jika dibiarkan menjadi hobi sehingga ada yang terleka tanpa perlu melakukan apa-apa termasuk bersolat.

kalau nak tahu, ADI PUTRA turut dapat gelaran PROFESOR CILIK MATEMATIK ISLAM dari Universiti Riau, Indonesia. so bukan calang-calang budak ini tau.sekarang Adi Putra sudah melancarkan buku pertamanya berjudul SENI MATEMATIK ISLAM yang berharga RM40.20.

1 insan terpilih:

Reggin A said...

PROFESOR CILIK MATEMATIK ISLAM oh my God. Saya adore orang macam ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA