~CEPAT KLIK LINK INI~

Friday, May 20, 2011

Khairul Fahmi bertunang dengan Elia

assalamualaikum, alhamdulillah hari ini dapat jugak aku update blog ini. hari ini macam hari sebelum-sebelum ini, rutin tetap sama. bangun pagi, baca surat khabar, makan, layan budak kecik comot tu and online. memang bosan. duduk terperap je dekat rumah. nak keluar pun macam tak best sebab sekarang asyik hujan lebat aje and dah berstatus single ini so tak best keluar sorang-sorang..

baru-baru ini aku ada terdengar radio siaran Sinar kot kalau tak silap aku. masa tu segmen Berita Ringkas. so sambil akau baca surat khabar Metro yang menjadi paper wajib ada di rumah, telinga pulak mendengar berita, aku terdengar pasal penjaga gol Malaysia iaitu Khairul Fahmi akan mengikat tali pertunangan dengan buah hati pengarang jantungnya iaitu Aimie Harmelia.

mula-mula terkejut jugak sebab mereka kan muda belia lagi. dengar cerita sepatutnya mereka mengikat tali pertunangan lebih awal tapi atas sebab tertentu terpaksa di tangguhkan. dan pada 17hb may akhirnya berjaya jugak mereka langsungkan upacara pertunangan itu dengan bertemakan Arabian. 








kepada sesiapa yang nak tahu perkembangan lanjut, boleh klik gambar di atas..

1 insan terpilih:

jaya jr said...

bertunang tak boleh lame-lame..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA