~CEPAT KLIK LINK INI~

Sunday, May 29, 2011

hutang dah langsai, barang tak dapat..dasar penipu!!

panas, panas, panasssssnya lah musim sekarang ini..tak tahan aku di buatnya. rasa macam nak buka je baju ini tapi mana boleh kan. bahaya nanti ada orang skodeng ke teropong ke kat luar tu.. ops malu mak tau..tapi ini semua tiada kena mengena dengan topik yang aku nak cerita hari ini. perenggan pertama ini aku hanya nak cakap assalamualaikumm....

aku sebenarnya ada sedikit terkilan sebab barang yang aku beli dan dah di bayar sepenuhnya tak sampai-sampai lagi setelah 3 bulan. aku pun tak paham. orang tu nak tipu aku ke terlupa ke. bukan murah barang tu tau. mahal sampai mencecah beratus ringgit. kalau murah setakat rm40 ke tak kisah sangat, ini beratus ringgit tau ulang lagi sekali BERATUS RINGGIT.!

kalau nak kata dia tipu dia aku, rasa macam mustahil sebab barang yang aku beli tu ilmiah sikit. aikk sejak bila aku jadi muslimah ini? haa, sebenarnya aku ada order buku 1001 hukum hakam Islam, kalau tak silap akulah tajuknya. buku tu menceritakan tentang hukum kita lakukan sesuatu dalam kehidupan seharian ini.

orang yang ambil order tu namanya Syafiq. masa tu diorang ada buka booth dekat UiTM Arau. so ramai jugaklah student yang order buku dari diorang ini. harga buku yang aku order tu rm130 and aku bagi deposit rm50.

mula-mula aku tak nak beli, tapi bila dengar kesungguhan Syafiq itu bercerita pasal buku ini aku rasa macam tertarik pulak kan. lagipun banyak lagi benda aku nak belajar tentang hukum hakam ini. lagi satu yang menarik perhatian aku adalah ia boleh di bayar bila-bila masa sahaja. setahun atau dua tahun sekalipun.

memandangkan masa tu aku tak dapat duit PTPTN lagi, so aku cakap dengan dia aku akan bayar selebihnya lepas dapat PTPTN. tapi aku tak tipu tau. lepas je dapat duit aku terus bank ini dekat dia and bagi alamat. then dia pun bagilah respond. 

TAPI lepas 3 bulan, bukunya tak sampai-sampai jugak kat rumah aku ini. nak kata aku salah bagi alamat tak mungkinlah kan. aku dah mesej orang tu tapi tak reply and aku pasti mesej itu dah sampai dekat dia sebab kalau dia off hp sekalipun aku akan dapat alert.

aku memang musykil, and rasa macam tertipu pulak. rugilah aku kalau dah bayar tapi tak dapat barangnya. lagipun yang dia jual tu barang baik takkan dia sanggup nak tipu. aku pun tak tahu berapa ramai orang dah kena tipu dengan diaorang itu, ataupun aku sorang je yang kena tipu. hahaha

Syafiq itu pun dah janji akan selesaikan masalah ini tapi dah 3 bulan dik oiii 3 bulan tu bukan sekejap, lama tau aku tunggu, aku pun ada bukti yang aku dah bank in duit itu dekat akaun bank yang diorang bagi. so bukan salah aku kan.

aku harap sangatlah aku dapat buku itu. kalau diorang tipu, aku rasa terkilan jugak, and mungkin aku akan buat aduan dekat Uitm mana tahu diorang tahu pasal ejen ini ker. so boleh lah jadi orang tengah. bukan apa, aku takut nanti ramai lagi student kena tipu. tak pun kalau diorang datang semester depan aku tak teragak-agak akan sound diorang.aku ada hak sebagai customer and customer always right tau. kalau tak nak bagi buku tu, pulangkanlah balik duit aku..huhu

p/s: lepas ini kena berhati-hati dengan orang yang jual apa-apa benda pun. jangan termakan dengan kata-kata manis..

3 insan terpilih:

Azuan said...

penjual2 ni memang mulut manis gile...

fausha said...

report polis lah der, abes cite

fausha said...

repot polis lah der

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA