assalamualaikum..sekarang ini dah start cuti semester..bukan lagi satu setengah bulan bercuti, tetapi 4 bulan cuti..makk aii apa yang aku nak buat kat rumah. takkan nak membesarkan badan yang sedia tak boleh membesar ini. korang ada suggestion apa aku patut buat time cuti ini?
actually aku nak kerja, tapi yang aku risaukan sekarang adalah pasal transport. kalau boleh aku nak kerja dekat-dekat jelah. senang nak berulang alik nanti. mula-mula nak kerja kilang, biasalah kat shah alam kan ada banyak kilang. tapi malangnya family aku tak bagi kerja kilang. bukan setakat kerja kilang diorang tak bagi, tapi nak kerja time cuti semester ini pun diorang tak bagi.
diorang suruh duduk rumah jaga anak buah..hurm kalau aku dapat upah takpe jugak. atleast berbaloi lah, ni ntah-ntah satu upah pun takdak.hhuuhu..acik aku cakap, mana ada orang nak amik kerja partime kaleau setakat 4 bulan je. erm setahu aku ada aja kerja yang amik..kalau diorang betul-betul ada employee shortage..
kalau ada readers yang baca blog ini and memerlukan pekerja partime yang berwibawa dan berdedikasi macam aku ini silalah comment kat sini..boleh contact-contact. aku memang nak kerja sangat. nak carik duit nak bayar sewa rumah nanti, nak shopping beli barang apa yang aku inginkan. kalau mengharapkan duit orang lain sampai bila pun tak merasa. lagi satu, aku nak ambil lesen. dah berapa kali aku tangguhkan sebab tak ada duit. sekarang ini pun tak ada duit dah, tapi aku bertekad nak ambil lesen jugak. atleast boleh bayar ansuran..huhu
kesian betul aku ini..banyak betul masalah. silap-silap time raya nanti pun tak ada baju baru..huhu sedeyh nya...kalau ada insan yang baik hati nak tolong aku silakan lah ea..huhu..wasalam
2 insan terpilih:
oh oh!
amek la lesen. senang nak gerak!
ekekeke~
Al Biz Enterprise ade vacancy heheh
Post a Comment