assalamualaikum..berdasarkan tajuk di atas, aku tahu mungkin aku ini sedikit terlambat pasal isu Kilang Thorium ini. seperti yang sedia maklum, Lynas Corporation yang merupakan kilang kimia dari Australia dan mereka nak bina kilang mereka itu di Kuantan Pahang.
walaupun mereka ini kilang dari Australia, tapi ia tidak di bina langsung di sana malah di bina di Malaysia. kenapa? sebab ada seorang lelaki memberitahu kalau ia di bina di Australia, rakyat di sana tidak akan terima seratus peratus pembinaan nya kerana ia merupakan kilang yang merbahaya.
kalau rakyat Australia tidak terima kilang itu, bagaimana pula dengan rakyat Malaysia? sudah pastinya mereka tidak akan terima jugak sebab bukan dapat apa-apa manfaat dari kilang itu pun. yelah, kilang merbahaya dan bertoksik, siapalah yang nak kan. buat tanaman rosak and boleh bagi kesan radiasi kepada penduduk setempat di situ.
malangnya, kerajaan Malaysia sudah bersetuju untuk memberi ruang kepada Kilang Lynas ini di buka di Kuantan dengan 12 tahun tanpa cukai..apa kejadahnya ini semua? adakah kerajaan menyokong kilang merbahaya di bina di tanah Malaysia yang tidak memberi apa-apa manfaat kepada rakyat kita, dan lebih teruk tiada cukai dikenakan selama 12 tahun!
aku pun tak paham apa yang mereka nampak pada kilang ini sampaikan bersetuju dengan pembinaannya yang sudah pasti mendapat tentangan daripada penduduk setempat. kalau rakyat Australia sendiri tidak bersetuju inikan pula rakyat kita. malangnya siapa yang nak dengar suara rakyat ini kalau kerajaan sendiri dah bersetuju?
aku harapkan hentikanlah Kilang Lynas ini. sebabnya tak bawa apa-apa keuntungan pun kepada rakyat Malaysia, malah memberi kesan buruk kepada penduduk setempat nanti. di harap pihak berkenaan teliti dahulu dan pikir ke hadapan akan kesan yang akan timbul nanti.
kalau nak tahu boleh baca artikel ini juga..
0 insan terpilih:
Post a Comment