~CEPAT KLIK LINK INI~

Wednesday, February 29, 2012

gambar sekitar majlis resepsi lisa & yusry~awesome

0 insan terpilih
assalamualaikum..

ini adalah beberapa gambar sekitar majlis resepsi Lissa Surihani dan Yusry Abdul Halim. pictures tells everything! awesome..!
















credit to: lisa surihani fb

chat dengan SimiSimi memang menyakitkan hati

0 insan terpilih
assalamualaikum..

tengah sheila online facebook tadi, ramai pulak membe-membe dok cerita pasal Simisimi ini. sheila nak tahu jugak, ni game baru ker atau yahoo messenger baru ker kan. then, sheila pun start tekan link Simisimi ni. rupa-rupanya benda alah ini macam YM jugak cuma yang lainnyer kita ber chat dengan robot nama dia Simisimi. hehe..sheila saja lah try nak tengok best ke tak. kat bawah ini adalah salah satu conversation sheila dengan robot Simisimi ni. haha


main benda alah ni time bosan boleh lah. tapi bila lama-lama main, rasa macam nak ketuk jer simisimi tu. geram pulak rasa. kita nak kenakan dia, dia pulak yang kenakan kita balik. haihh..walaupun entah pape, tapi time bosan, layan jelah kan..haha..

siapa-siapa yang nak main SimiSimi ini, bolehlah ke link SimiSimi ini dan start to talk with this robot..haha


Tuesday, February 28, 2012

konsert Erykah Badu di batalkan kerana hina Islam

0 insan terpilih
assalamualaikum



Erykah Badu yang merupakan seorang penyanyi antarabangsa telah di jadualkan membuat konsert di Malaysia pada 29 February ini. Erykah Badu merupakan penyanyi yang telah menghina Islam dengan meletakkan gambar tatu dengan kalimah Allah di badannya.

pihak berwajib haruslah pantau setiap artis antarabangsa yang ingin membuat konsert di Malaysia. janganlah sesuka hati menjemput artis luar negara tanpa selidik terlebih dahulu untuk membuat persembahan atau konsert di sini. dengan tersiarnya gambar ini, di harap pihak penganjur dapat membatalkan konsert Erykah Badu secepat mungkin.

Monday, February 27, 2012

hi Anonymous !

1 insan terpilih
assalamualaikum..


HI ANONYMOUS..siapakah anda sebenarnya? adakah anda tidak berpuas hati dengan saya? adakah saya membuat salah terhadap anda? atau anda yang membuat salah terhadap saya? adakah saya mengganggu anda? adakah saya mengacau hidup anda selama ini? adakah saya berhutang dengan anda?

tapi jangan risau. saya tak akan marahkan anda. kerana setiap insan mempunyai hak untuk bersuara. tanpa anda siapalah saya. terima kasih kerana datang ke blog ini. saya amat hargai dan setiap komen anda saya jadikan iktibar. saya tahu, saya tak sehebat mana, tak secantik mana seperti orang lain. tapi saya tetap bersyukur dengan apa yang ada.

saya mintak maaf sekiranya ada di antara penulisan saya yang anda rasa tidak berpuas hati. kepada Anonymous, sila datang ke blog ini sekali lagi dan tinggalkan komen dengan seikhlas hati..terima kasih..wasalam

* janganlah entry ini jadi mangsa anonymous jugak..hehe..takut-takuttt...niat membuat entry hanya untuk berkongsi, bukan untuk tunjuk rasa terdesak atau menunjuk-nunjuk. hurmm..ragam manusia..saya mintak maaf sangat-sangat.. :(

Sunday, February 26, 2012

Andai Lelaki Tahu Isi Hati Wanita

2 insan terpilih


“CINTA SEJATI, CINTA ABADI BERKEKALAN”



Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,

lelaki itu tidak semestinya punya segalanya

tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.



Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,

itu bukan bermakna dia lemah,

tetapi dia sedang mencari kekuatan

untuk terus tabah menyintai lelaki itu.


Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan marah,

memang dia tidak mampu mengawal perasaannya

tapi percayalah, itulah maknanya

dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.

Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,

semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan bercakap banyak,

dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,

tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,

itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,

tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,

bukan untuk dirinya,

tetapi untuk masa depan anda.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,

bukan bermakna dia tidak sayang..

tetapi dia terlalu sayangkan anda

dan masih menganggap anda anak kecil

yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,

anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.

Naluri keibuannya sangat kuat.

Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan merajuk,

jangan kata dia mengada-ngada.

Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit

atau hadiah sedozen,

tetapi cukup dengan perhatian

yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,

itu tidak bermaksud dia tidak menyintai

tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,

bukan hanya hadir dari kata-kata

tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,

dia benar-benar maksudkannya.

Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,

jangan percaya kata-katanya

kerana dia hanya mahu menguji kamu.

Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.

Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,

walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya

tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan menjadi degil,

dia bukan bermaksud untuk menjadi degil

tapi dia mahu melihat

sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai kena caranya,

jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata,

“Tolong tinggalkan saya!”,

dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.

Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,

percayalah dia akan mencari anda semula.

Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.

Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.

Dia terlalu emosional.

Tapi dialah yang paling menyayangi anda

dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu

dengan perbezaan yang tersendiri.

Tetapi sekiranya mereka saling memahami,

mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.

Di sebalik air matanya,

tersimpan seribu satu kekuatan

yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah

tapi dia punya kekuatan tersendiri

yang bisa menggoncang dunia

dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.


Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda

kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja

tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda

dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu

yang terbaik untuk anak2 anda.



*sumber: DIARI HATI OLEH PDH

Saturday, February 25, 2012

gambar pernikahan Ana Raffali dan Aznaim

0 insan terpilih
assalamualaikum..

alhamdulillah, seorang lagi artis ataupun penyanyi yang pernah menjuarai Anugerah Juara Lagu, Ana Raffali telah selamat di nikahkan dengan pasangannya Aznaim. semoga perkahwinan mereka akan berkekalan hingga ke Syurga Firdausi.. Aminn

gamar nikah ana rafali

gamar nikah ana rafali

gamar nikah ana rafali

gamar nikah ana rafali

gamar nikah ana rafali

gamar nikah ana rafali

gamar nikah ana rafali

gamar nikah ana rafali

gamar nikah ana rafali

gamar nikah ana rafali

gamar nikah ana rafali

gamar nikah ana rafali

sumber : beautifulnara, ministry of moment

hadiah untuk diri sendiri-IPAD 2

1 insan terpilih
assalamualaikum


baru-baru ni sheila ada buat entry mengenai kejayaan sheila yang dapat dekan untuk semester lepas. masa final exam ritu, sheila ada berniat dalam hati kalau sheila berjaya dapat dekan, sheila nak hadiahkan something untuk diri sendiri.

jadi, bila harapan sheila dah tertunai, kenalah tunaikan jugak niat tu kan. walaupun tak ada siapa yang nak hadiahkan untuk diri ku ini, jadi bagi sendiri-sendiri jelah sebagai pembakar semangat..hehe..okay, first benda yang terlintas sheila nk bagi tok diri ini adalah IPAD 2. hehe siap dah survey kat internet semua kan. dah mintak opinion orang lain jugak sama ada patut atau tak nak beli benda alah tu. macam biasalah ada prons and cons nyer.


bila pikir balik, patut ker sheila beli..first reason sheila nak beli sebab benda tu boleh jadi peneman sheila bila dalam bas berjam-jam..hehe..yelah, henpon biasa-biasa jer. tak ada wifi pon. atleast dalam bas tu ada wifi, bolehlah nak surf apa-apa kan. lagi satu, bila dalam kalangan kawan-kawan, semua orang sibuk fokus gadget diorang bila satu tempat tu ada wifi. tapi sheila cuma termenung tengok kiri tengok kanan ajer..bosan.

nak beli henpon baru rasa macam taknak pulak sebab henpon sekarang pon boleh guna lagi. tak ada cacat cela walaupun tak ada wifi kan. takpelah, sayang nak menduakan henpon ni. hehe..after tanya pendapat orang ramai, akhirnya sheila rasa takpelah, lain kali jelah beli IPAD tu. lepas kerja ker. huwawawa..

jadi, agak-agak benda apa sheila nak beli untuk hadiah diri sendiri ea? hehe..sheila pon tak tahulah. rasa-rasa nak borong tudung, shawl, pashmina, dress, baju comel-comel, kasut, tudung syria and accessories..hehehe..banyak pulak kan. entah-entah, bila total semua harga dia dah boleh dapat IPAD sebijik..huwawaw...takpelah, asalkan sheila bahagia. 

Friday, February 24, 2012

gambar pernikahan Yusry dan Lisa Surihani

1 insan terpilih
assalamualaikum

alhamdulillah, pasangan artis yang sama cantik dan sama padan, Yusry Abdul Halim dengan pasangannya Lisa Surihani telah pon selamat di nikahkan dengan sekali lafaz pada 23 februari 2012. majlis pernikahan ini juga telah di siarkan secara langsung di Astro. majlis yang bertemakan winter garden memang sangat cantik dan simple. semoga pasangan mempelai ini akan berkekalan hingga ke Syurga Firdausi. Aminn


persandingan lisa surihani

persandingan lisa surihani

Pernikahan Perkahwinan Lisa Yusry

Pernikahan Perkahwinan Lisa Yusry

Pernikahan Perkahwinan Lisa Yusry

Pernikahan Perkahwinan Lisa Yusry


lisa-dan-yusry-kru-(2)

lisa-dan-yusry-kru-(3)

lisa-yusry-kahwin-(2)


ucapan dari mia sara nasuha buat mama lisa

credit to : roti kaya, oh bulan, beautifulnara, fuhhsantai

Thursday, February 23, 2012

yaahhooo! saya dekan lagi !!

4 insan terpilih
assalamualaikum..

alhamdulillah..sejak pukul 12 malam semalam semua orang dah pakat happy and tersenyum kambing. semua pun pakat post kat facebook dengan ucapan Sukur Alhamdulillah.. nak tahu sebab apa? sebab keputusan peperiksaan akhir untuk semester lepas dah pon keluar. masing-masing pi dok depan email and asyik refresh jer sebb UiTM hantar result kat situ.

sheila yang tengah gundah gulana sebab menunggu email dari uitm punyalah lambat. dahlah ati tambah debar-debar bila kawan semua dah mengucapkan syukur masing-masing. tepat jer pukul 12.40 malam, sheila try refresh lagi email and ternampaklah satu email masuk dari uitm..huwawa..makin cuaklah beb.

dengan lafaz Bismillah, sheila scroll email tu ke bawah, tengok dapat B+ jer, A pon ada baper ketul jer..masa tuh tak tengok pon dapat GPA baper. bila dah habis tengok grade, terus mata tertancap kat sederet number tu and secara automatik mulut ku menjerit..yaaaahhooooo!!!!!!


Alhamdulillah, sheila dapat dekan lagi sekali !! walaupun tak banyak tapi tetap bersyukur. tak sia-sia sheila stay up masa exam, sampai rasa macam nak pengsan bila study. macam-macam dugaan dan cabaran masa semester lepas. dengan emosi terganggu bagai. tapi akhirnya berbaloi-baloi..mintak-mintak semester akan datang result sheila akan makin awesome supaya konvo nanti dapat kelas pertama!! Aminn

* alhamdulillah jugak sebab half of sheila punya claz dapat dekan. berbaloi dapat lecture yang bermacam ragam ni. hehehe..hurmm macam manalah kawan sheila yang sorang tu kan.. okay ker tak result dia? apa pon hope dia lulus dengan cemerlang..wasalam

Wednesday, February 22, 2012

bangga membuat pengakuan

0 insan terpilih
assalamualaikum...

sekarang ramai yang sudah mempunyai akaun FACEBOOK. ada yang gunakan Facebook sebagai medium untuk mencari kawan, kekasih, berkongsi masalah atau kegembiraan. tapi malangnya ada yang menyalahgunakan medium Facebook sebagai tempat untuk membuat pengakuan. pengakuan mengenai apa?



ada yang dengan bangganya membuat pengakuan telah hilang dara..nauzubillah..semoga mereka ini mendapat hidayah dan di bimbing. janganlah berbangga membuat pengakuan di depan orang ramai. tapi beranilah untuk membuat pengakuan di depan ALLAH S.W.T..wallahualam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA