~CEPAT KLIK LINK INI~

Saturday, February 11, 2012

jom main RM 1 JUTA MONEY DROP Malaysia

assalamualaikum

sejak duduk dekat rumah ini, tengok tv lah kerja aku. sekejap cerita masak-masak, sekejap cerita game-game lepas tu cerita kartun. habis semua aku tengok. hehe..

sejak akhir-akhir ini jugak aku selalu tengok game RM1 JUTA MONEY DROP MALAYSIA yang pengacaranya Ac Mizal. bila tengok tu, aku pon sibuk nak jawab soalan dekat rumah, habis riuh satu rumah. bila peserta bagi jawapan lain daripada kitaorang, mulalah cakap jawapan diorang tu salah. macam lah kita ni bagus sangat kan..haha..last-last dua-dua salah.


lepas itu, mulalah geram and kutuk-kutuk peserta bila tak tahu nak jawab soalan yang bagi kitaorang senang. belum keluar soalan kitaorang dah bagi jawapan. haha hebat giler kan. padahal, kalau kita dekat tempat diorang pon mestilah gabra, tension and nervous. RM 1 JUTA beb, ingat senang ke nak dapat semua tu.

kalau nak main game ini tak boleh nak tamak sangat. kang melepas terus semua duit tu. so, di sebabkan aku nak jugak rasa ketensionan main game ini, aku pon pergilah main secara online di www.moneydrop.com.my
korang pilih dekat tab PERMAINAN and pilih STAND ALONE. itupon kalau korang nak buat latihan dululah kan tiap-tiap hari. tapi kalau dah rasa hebat sangat boleh terus main PLAY ALONG. tapi play along ini hanya boleh di main pada hari Sabtu dan Ahad sahaja pada pukul 10 malam. maksudnya kita akan bersaing dengan peserta yang bermain secara live di tv. dan kalau kita berjaya, kita akan dapat hadiah mingguan yang best-best bangat!


soalan ke 6 masih ada RM 1 JUTA


jadi kepada mereka yang nak menguji kepakaran dan kepintaran masing-masing, jomlah main game ini. memang seronok. berdebar-debar pon ada tau. masa ini barulah tahu apa perasaan peserta masa main secara live kat tv tu. hehe


ni lah jumlah duit yang aku berjaya bawa..yahooo!

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA