~CEPAT KLIK LINK INI~

Saturday, February 18, 2012

reka bentuk kek pelik di dalam Cake Boss

assalamualaikum..

alhamdulillah entry yang ke 501, walaupun orang lain dah beribu entry tapi tak  pelah, slow-slow jer kan..bukan sheila selalu update sangat pon. time tengah cuti ni bolehlah, bila dah start belajar nanti, sebulan berapa kali entah baru nak update..hehe

entry kali ini nak cerita apa aktiviti yang sheila lakukan selama bercuti semester ini..bagi sheila, cuti kali ini merupakan yang paling bosan tahap tak tahu nak cakap apa entah. duduk rumah ajer 24 jam tak jejak tanah pon..atau kata lain tak kena matahari langsung lah..haha..makin cerah lah muka sheila yang tak berapa nak cerah ni kan..

okay, macam biasa sheila bangun tidur pukul berapa itu biarlah rahsia antara sheila dengan katil dan bantal sahaja ea. lepas bangun, baca paper Metro..yelah kita sebagai rakyat Malaysia kena tahu perkembangan terkini dan pasal isu-isu semasa ini, mana tahu nanti kena jawab dalam exam ke apa kan..hehe padahal baca bab hiburan jer yang fokus, bab lain tu sekali imbas jer..

lepas dah lunch, mulalah aktiviti baca novel yang sheila dah beli 5 biji tu. setakat ni dah habiskan 3 novel, yang selebihnya slow-slow dulu..hehe..masuk belajar nanti boleh sambung. actually sheila nak cerita apa yang sheila buat bila dah sampai pukul 6 petang. bila dah pukul 6 petang, sheila akan automatik bangun dan mengadap tv tengok siaran apa lagi kalau bukan TLC di Channel 707..hehe..nak tahu cerita apa? cerita CAKE BOSS lah..hehe..korang pernah tengok tak??

 

sheila suka tengok Cake Boss sebab seronok tengok team Buddy tu mereka sebuah kek seperti yang pelanggan mereka nak. macam-macam bentuk diorang boleh buat tanpa alasan mustahil atau ridiculous. heehe..sheila memang tabik spring giler-giler dekat mereka sebab mempunyai skil dan teknik yang sangat-sangat power..sheila tak pastilah dekat Malaysia ini ada tak orang atau pembuat kek macam Buddy ini. kalau ada, sheila nak suruh dia reka kek bentuk KLCC..hehe






siapa sangka semua benda tu boleh di makan? kalau sheila lah, memang rasa sayang sangat nak makan..yelah dah cantik-cantik macam tu, nak makan pulak..isyy..tapi kalau harga tu maunya boleh cecah berpuluh ribu. yelah nak buat kek sebesar macam transformer tu, siapa jer yang boleh buat melainkan Buddy and the team yang rata-rata ahli keluarga dia sendiri..

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA