assalamualaikum...
baru jer lepas tengok Raja Lawak musim ke 6. rasa sangat membosankan. ntah pape ntah..aku rasa pihak Astro dah patut hentikan ajer pertandingan Raja Lawak ke apa ker. buat apa nak buat banyak-banyak musim. aku tengok bukan makin meningkat mutu diorang ini..makin merudum ajer adalah..lepas itu macam tak ada identiti sendiri.
lawak yang diorang buat pun aku tak rasa nak gelak. malah macam memperbodohkan diri sendiri. cukup-cukuplah dah ada Jozan ataupun pelawak-pelawak otai ini. tak ada siapa yang boleh gantikan tempat diorang. aku tengok muka peserta Raja Lawak 6 ini tak ada muka pelawak pon. memang tak sesuai sangatlah.
penonton yang tengok pon tak gelak, tapi berkerut dahi lagi adalah. sebab nya tak paham apa yang diorang cuba nak sampaikan. buka setakat peserta yang bosan, tapi juri pon tak best. macam David Teo, apa lah yang dia merepekkan. tak paham aku. nak berpantun bagai. memanglah aku hargai dia punya inisiatif nak berpantun, tapi tak paham satu hapa. lepas tu mulalah semua penonton terpinga-pinga. yelah, kan boleh nampak kat belakang dia tu. semua berkerut dahi.
lepas ini semua cikgu-cikgu diorang kenalah bagi warm up lebih sikit. bagi tema lain tapi persembahan tak ada kena mengena dengan tema. kalau berterusan macam ini, boleh jatuh rating Raja Lawak 6. so, pihak produksi need to do something and also peserta kenalah belajar dari kesilapan. janganlah terus buat persembahan yang memperbodohkan diri sendiri..nanti siapa yang nak undi melainkan keluarga hangpa ajer..
0 insan terpilih:
Post a Comment