~CEPAT KLIK LINK INI~

Tuesday, February 21, 2012

hargailah sebuah pengobanan

assalamualaikum..


pengorbanan merupakan suatu perkara yang kita patut hargai. dalam setiap kehidupan manusia pastinya banyak pengorbanan telah kita lakukan demi mencapai kejayaan. ramai juga insan lain yang sanggup berkorban  hanya semata demi kita. adakah kamu mahu pengorbanan mereka di balas dengan tangisan? namun pernahkah kita menghargai setiap pengorbanan mereka itu?

pernahkah kita hargai pengorbanan ibu bapa kita, pengorbanan kawan-kawan kita dan juga pengorbanan kekasih kita yang sangat besar nilainya? Allah S.W.T sendiri menghargai setiap pengorbanan yang telah di lakukan oleh hambaNya dengan memberi ganjaran yang tak ternilai harganya. tapi, kita sesama manusia, pernahkah kita hargai setiap pengorbanan itu?


sesetengah dari mereka melakukan pengorbanan hanya untuk insan yang mereka sayang. ia hanyalah semata-mata ingin melihat mereka bahagia. walaupun kita terpaksa korbankan pendirian kita, tapi sekiranya dengan pengorbanan itu mampu buatkan mereka bahagia, tidak salah rasanya untuk berkorban asalkan tidak melanggar hukum syarak. tapi pernahkah kamu menghargai setiap pengorbanan mereka itu?

adakah kamu hargainya dengan memberikan hadiah? atau kamu hargainya dengan kasih sayang yang melimpah ruah? atau kamu hargainya dengan meninggalkan mereka pergi? tidakkan kamu tahu pengorbanan yang mereka lakukan itu adalah demi kamu sendiri? adakah kamu mahukan pengorbanan mereka menjadi sia-sia? yang di lakukan dengan ikhlas tanpa niat untuk menjadi hipokrit. tapi pernahkah kamu menghargai setiap pengorbanan itu? PERNAHKAH KAMU?!



ingatlah wahai kawan, pengorbanan seseorang itu sangatlah besar ertinya pada kita. tidak bolehkah kita cuba untuk hargainya? mereka sanggup berkorban wang ringgit, masa, tenaga malah ada juga nyawa hanya untuk diri kita. tapi kenapa kita masih tidak hargainya? cubalah jadi seorang insan yang tahu menghargai orang lain. kerana sekiranya kita tahu menghargai orang lain, insyallah orang lain akan hargai kita. sentiasalah beringat sesungguhnya pengorbanan seseorang itu sangat besar ertinya. tapi pernahkah kita menghargai setiap pengorbanan mereka itu selama ini? renung-renungkan dan selamat beramal. wallahualam.

2 insan terpilih:

Anonymous said...

seems like it was written for somebody..

sheila said...

xdalah..penulisan ini adalah secara general.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA