assalamualaikum...
hukum bercinta sebelum bernikah adalah HARAM. ini adalah kerana ia akan melalaikan, membuatkan kita alpa kepada urusan duniawi, sering berkhayal dan boleh terjerumus ke lembah maksiat. jadi, kuatkanlah iman kita, supaya tidak melakukan perkara yang dilarang olehNya. sekiranya ingin bercinta, bercintalah selepas bernikah kerana itu yang lebih hebat perasaannya kerana kita telah pun halal dalam melakukan apa sahaja bersama pasangan kita tanpa berasa was-was atau menimbulkan syak wasangka dari orang lain.
tetapi, sebelum bernikah, renunglah diri kita samada mampukah untuk menggalas tanggungjawab yang besar ini dalam melayari bahtera perkahwinan. bercintalah dengan mereka yang benar-benar anda inginkan sebagai pasangan sehidup semati anda. janganlah bercinta sekiranya niat kita hanya untuk berteman dan menunjuk-nunjuk. perbetulkan niat dan BERCINTALAH SELEPAS BERNIKAH kerana itulah yang lebih afdhal. Insyallah Allah lebih merestui hubungan itu dan ingatlah jodoh itu merupakan rahsia Illahi..walahualam.
3 insan terpilih:
jgn ko plak bercinta pas ni.
usah d pndg pada kesilapan org.....suluhlah diri sndri agar kurangkan kesilapan yg bole d manfaat kn bersama.......renung2 kn dan selamat beramal.......hehehe
Makan daging lembu itu adalah halal, tetapi makan daging lembu yang dicuri adalah haram, bukan kerana daging itu, tetapi kerana masalah curi. Bagi menghalalkan kembali daging tersebut, bayar sahaja wang harga daging kepada tuan punyanya.
Begitu juga dengan cinta. Menyimpan dan berkongsi perasaan cinta dengan bukan mahram itu adalah satu perkara fitrah dan diharuskan dalam agama, tetapi apabila perasaan itu disertai dengan kehendak untuk persetubuhan haram (zina), maka diharamkan, bukan kerana perasaan tersebut tetapi kerana niat untuk persetubuhan haram tersebut. Justeru, bagi menghalalkan kembali hubungan cinta yang terjalin, perkara-perkara haram yang timbul perlu dibuang.
Post a Comment