~CEPAT KLIK LINK INI~

Thursday, February 2, 2012

review film Journey 2: The Mysterious Island..not bad!

assalamualaikum..

today terasa nak buat entry setelah lama menyepi..semuanya sebab tengah mengedit blog lapuk ni. kalau korang tengok background dah bertukar kan. actually dah bosan tengok yang lama punya so aku tukar yang baru..kasi ceria macam Astro Ceria ( untuk kita-kita ajerr..) hehe..so, apa pendapat korang semua? okay ker makin menyampah tengok ker atau macam serabut ker? kalau ada opinion boleh komen yer..

entry ini aku nak cerita pasal perjalanan aku keluar menonton wayang dengan kawan Sabtu lepas. filem yang kami tengok adalah Journey 2: The Mysterious Island..actually dia nak tengok cerita Underworld: Awakening but masa tu tak ada..yang ada cuma 3D jer..so takpelah..postpone..haha


now aku nak review sikit filem yang aku tengok ini..aku kalau dah tengok wayang memang fokus..tak ada masa nak tengok kiri kanan. yelah dah bayar mahal-mahal kan..huhu..so Journey 2 membariskan pelakon-pelakon yang popular antaranya Dwayne Johnson (The Rock), Vanessa Hudgens, Kristin Davis, Josh Hutcherson dan Luis Guzman.

filem ini agak menarik dan sesuai di tonton oleh semua lapisan umur. tak bosan dan agak kelakar sebenarnya. Dwayne Johnson memang sangat sesuai dengan watak yang di berikan iaitu sebagai bapa tiri kepada Josh Hutcherson. kalau kita tengok The Rock dalam gelanggang gusti sangat menakutkan tapi bila dalam filem ini terserlah sifat bapa yang penyanyang. hehe


filem ini kadang-kadang agak slow, dan kurang aksi malah, unsur suspen juga kurang. tidak seperti filem Journey 1: To The Center Of The Earth di mana pelakon utama Brendan Fraser yang sangat suspen dan dramatik. 

ia mengisahkan Sean Anderson (Josh Hutcherson) telah mendapat satu signal code dari pulau misteri yang beliau ingin jejaki selama ini. tetapi tiada seorang pon yang berjaya sampai di pulau misteri itu melainkan datuknya. ini kerana, datuknya ada menulis sebuah buku yang menunjukkan pulau misteri itu benar-benar wujud. 



di sebabkan Sean tidak pandai dalam menterjemahkan code, Hank (Dwayne) telah menolong beliau kerana dulu Hank bekerja sebagai tentera. bermula dari situ, hubungan Hank dan Sean semakin rapat, dan sama-sama cuba jejaki pulau misteri. Sean dan Hank telah sampai ke pulau misteri dengan pertolongan seorang helicopter pilot (Luis) dan anak perempuannya (Vanessa). tetapi, mereka akhirnya telah terperangkap di pulau tersebut. 


keadaan di pulau misteri sangat pelik. di penuhi dengan banyak binatang. di mana binatang kecik seperti semut dan lebah akan kelihatan besar manakala binatang besar seperti gajah akan kelihatan kecil. jadi, pelbagai ragam dan cabaran yang mereka terpaksa tempuhi demi berjumpa dengan atuk Sean di situ. dan akhirnya mereka bertemu dan pulang ke tempat asal dengan menaiki kapal selam milik seorang saintis.

jadi, secara keseluruhan aku bagi 3.5 bintang daripada 5 bintang..hehe. sekarang ini nak tunggu cerita Chronicle dengan Titanic keluar panggung..huhu..tengok Titanic dengan pakwe mesti best kan..tangkap leleh lahh..tapi aku tak ada pakwe..cner? hurmm tengok sorang jelahh..huwawa


0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA