~CEPAT KLIK LINK INI~

Friday, December 3, 2010

menarik sangat ke blog aku sampai dapat award??


assalamualaikum..malam ini aku dapat award lagi..wah! memang tak menang tangan aku di buatnya. kan aku dah cakap sebelum ni aku taknak bertanding lagi dalam mana-mana anugerah, tapi diorang tetap nak bagi aku award..dah orang bagi takkan tak ambil pulak kan. nanti orang cakap sombong..hehe..

so dengan ini aku nak ucapkan berjuta-juta lemon terima kasih kepada Cik Teyha merangkap kawan aku kerana sudi memberi saya Interesting Blog Award. wah! interesting ke?? disebabkan orang dah bagi kita award, kenalah jawab soalan dari wartawan kan. kalau tak jawab, nanti kita tak laku..opss..

1) ceriteradarihati di mata kamu?

blognya simple dengan bertemakan warna ungu dan berbintik polka dot..so comeeeyyy! secomeey tuan blog..hehe..dia juga merupakan kawan aku di Uitm..hehe..dia juga dikenali sebagai Cik Laling..!!

2) nama blog anda dan kenapa letak nama itu?

nama blog aku ialah konichiwa. aku letak nama tu sebab tiba-tiba terpacul dalam kepala otak aku ini..

4) apakah kaedah penulisan anda?

aku tak gunakan kaedah tangkap muat ni. ataupun kaedah mengampu ke apa. bukan taste aku lah nak kejar glamor..hoho..kebanyakan aku cerita pasal apa yang berlaku di kawasan sekeliling aku. kalau rajin cerita sedikit pasal diri aku yang kerdil ini..

5) apa perasaan anda bila tengok blog org chantek & menarik sedangkan blog anda tidak (kadang-kadang blog sendiri menarik tapi merendah diri )

aku tetap rasa positif sebab buat apa nak jealous kan. kita dalam hidup berblog ini sama jugak macam hidup dalam industri muzik. pusing-pusing tang tu jugak. aku tetap akan cuba sedaya upaya membaik pulih blog ini supaya nampak setanding dengan orang lain. tapi kalau orang tak suka tengok, buat pi lah..

6) bilakah blog anda di wujudkan?

blog aku wujud masa tahun 2009 kot..masa tu tak terpikir pun. disebabkan lecturer aku ni advance nak check kerja yang dia bagi kat blog, so di situ wujudnya blog aku. 

7) siapakah orang pertama yang tahu dan menjadi follower anda?

mestilah lecturer aku yang tahu dulu. sebabnya dia yang suruh anak murid dia buat blog. disebabkan nak tengok kerja kitaorang, dia kenalah jadi follower merangkap fan aku kan..hehe

8) sila tag 5 org lain untk menerima anugerah & pass kan syarat syarat ini...

siapa nak sila ambil ea.. aku memang seorang yang pemurah. tak kisah punya. benda yang baik apa salahnya dikongsikan..hehe..

OK DONE!!

1 insan terpilih:

RohaniHashim said...

hye babe,

just to let u know yang ministry of moment ada buat contest and they just extended the deadline till tomorrow at midnight. harap sudi join. :) InsyaAllah kalau menang, winner gets RM2,000 worth of photography package.


detals ada kat blog roe.. jemput join ya? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA