~CEPAT KLIK LINK INI~

Wednesday, May 4, 2011

aku nak kahwin dengan anak raja

assalamualaikum..entry sebelum-sebelum ini aku ada cerita pasal The Royale Wedding of Prince William and Kate Middleton. so kat sini aku ada sikit gambar nak tambah lagi..hehe..seperti semua sedia maklum yang Catherine Middleton ataupun Kate Middleton merupakan orang kebanyakan manakala Prince William merupakan pewaris takhta Britain.









so, anak yang bakal mereka dapat nanti akan ada half blood prince lah...hehhe..syoknye..bilalah aku nak jumpa dengan anak raja ini..hurmm kalau jumpa pun, anak raja tu nak ke dekat aku yang comot lagi selebet ini?? sah-sah lah pandang dari jauh je. tapi jangan pandang ku sebelah mata kalau dah jodoh dengan anak raja memang tak kan kemanalah kan..hehe

macam mana nak buatkan anak raja tahu kewujudan aku ek? aku ini bukan nya popular macam Siti Nurhaliza. selalu keluar masuk tv. aku ini hanyalah insan biasa yang duduk terperap dekat dalam rumah. bila dapat keluar tv habis heboh satu kampung. bukan aje tak dapat anak raja, anak dato ke anak jiran sebelah pun tak kan dapat..hahaha

sekarang ini ramai jugak yang kahwin dengan anak raja. bila baca paper ada aje gossip pasal artis bercinta dengan anak kerabatlah, anak perabotlah..senang-senang je diorang dapat berkenalan dengan anak kerabat. aku jeles ini. aku punyalah susah nak jumpa, diorang pulak senang je dapat berkenalan. haisy.. 

lepas ini aku nak jadi artis lah pulak. bukan sebab nak kembangkan bakat yang memang sedia tak ada ini, tapi nak berkenalan atau berjumpa dengan anak raja. orang yang ada darah sikit-sikit raja atau kerabat pun okay jugak.huuhu.

tapi itu semua hanyalah duniawi atau cita-cita sahaja..kahwin dengan anak raja atau anak siapa pun, kalau tak ada jodoh tak kemana jugak. takkan bahagia jugak perhubungan tu. kalau dah tertulis jodoh kita dengan anak orang biasa kita kenalah redha sebab yang terjadi itu ada hikmahnya, Allah sentiasa berikan yang terbaik untuk umatNya. 
 wasalam..

1 insan terpilih:

puan nina said...

half blood prince..mcm harry potter lak..heheh

tolong vote Danial boleh..?
klik je link ni n like danial

thanks =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA