~CEPAT KLIK LINK INI~

Sunday, June 20, 2010

pelajar akan hilang beban jika upsr dan pmr di mansuhkan?

Kementerian Pelajaran membayangkan kemungkinan akan memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di masa hadapan.Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.

"Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu sahaja peperiksaan awam, seperti (contohnya) di peringkat SPM sahaja,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh hari ini.

Beliau berkata, peperiksaan UPSR dan PMR mungkin akan diteruskan, tetapi sebagai penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah sahaja, dan bukannya sebagai peperiksaan awam.Katanya, pihak kementerian tidak akan gopoh dalam membuat keputusan dan sentiasa mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak mengenainya.

*ihsan utusan



kalau upsr dan pmr di mansuhkan macam mana kita nak tentukan tahap pencapaian pelajar-pelajar sekarang. bukankah bila kita melalui peperiksaan penting seperti itu akan menaikkan semangat budak-budak ini sekiranya mereka mendapat keputusan yang tidak bagus dan akan cuba memperbaharui nya balik?

mungkin mereka tak mahu membebankan pelajar ataupun disebabkan jumlah mata pelajaran sudah bertambah sehingga mereka tidak mampu untuk melaksanakan peperiksaan itu lagi? kita pun tak tahu.huhu

apa yang penting adalah, semua pelajar tidak kira peringkat menengah, rendah ataupun universiti, sama-samalah kita belajar bersungguh-sungguh..chayoo!!


4 insan terpilih:

Fay said...

bertuahnya budak-budak zaman sekarang ni.

josh said...

kalau upsr ngn pmr xde.. camne nak masuk mrsm, sbp dsb.. xbest..

Unknown said...

salam, bagus jugak tu, tak de sekolah la ni berorientasikan peperiksaan aje..

alina said...

setuju sangat sekiranya ia di mansuhkan kerana pelajar sekarang runtuh moralnya dalam bersosial... pembelajaran hanyalah untuk mendapatkan keputusan yg baik tetapi pembawakan diri seolah tiada ilmu langsung...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA