~CEPAT KLIK LINK INI~

Friday, June 25, 2010

ingatan peminat tidak pernah luput setelah setahun pemergian michael jackson





25 jun merupakan tarikh dimana raja pop dunia, michael jackson menghembuskan nafas terakhirnya. ini beerti, hari ini merupakan ulang tahun pertama pemergian beliau. Sepanjang jangkamasa itu, banyak perkara yang berlaku termasuk pergaduhan antara ahli keluarga serta kes undang-undang yang tiada penghujung. Namun, apa yang utama, dalam masa setahun itu, peminatnya masih merasai kehilangannya.



walaupun beliau telah pergi meninggalkan anak, keluarga dan peminat buat selamanya, itu tak beerti populariti beliau akan terus lenyap. Wang terus mencurah-curah dan bayaran dibuat tanpa putus membuktikan jangkaan sesetengah pihak bahawa Michael Jackson (MJ) memperoleh pendapatan lebih tinggi selepas mati memang benar-benar berlaku.

Harta tinggalan MJ kini menjana pendapatan lebih RM802 juta sejak kematiannya dan sebahagian daripada perolehan itu digunakan untuk membayar RM225 juta daripada hutang penyanyi berkenaan.

Pemergian ikon popular itu telah membuatkan kita mengingati betapa berbakatnya figura tersebut. Muzik Michael adalah teman setia bagi hampir seluruh manusia yang membesar bersamanya. Muziknya membuatkan pendengar leka tanpa memikirkan warna kulit penyanyi.

Dilihat dari sudut sosial, Michael telah memecahkan segala sempadan. Tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-44, Barack Obama mungkin tidak akan dipilih sebagai pemerintah jika bukan kerana Michael.

Ketika berusia lapan tahun, Michael sudah perlu bekerja keras tanpa mempunyai peluang untuk menikmati zaman kanak-kanaknya. Maka, dia menghabiskan zaman dewasanya dengan menaiki roller coasterdan menyaksikan kartun Disney.

Kemudian pada usia 47 tahun, dia muncul di mahkamah dengan berpakaian baju tidur untuk kes pencabulan kanak-kanak. Kisah hidup peribadi serta kritikan negatif terhadap Michael sedikit sebanyak mempengaruhi kariernya.

Mungkin berita buruknya membuatkan ramai melupakan seketika bakatnya. Namun, kehilangan permata itu setahun lalu membuatkan kita mengingati semula pengaruh serta impak yang disalurkan menerusi setiap lagu dendangannya.

Seperti kata Michael dalam satu temu bual pada tahun 2007: "Muzik adalah ekspresi saya, hadiah saya kepada semua pencinta di dunia ini. Menerusi muzik, saya tahu saya akan hidup selama-lamanya di hati peminat saya."


dalam banyak-banyak lagu dia aku suka sangat-sangat dengar lagu michael jackson give thanks to Allah..very syahdu..korang dengar lah ea..memang best sangat.

2 insan terpilih:

khalidahmacambaguss~O_o said...

kita tak akan menghargai seseorang itu sehinggalah kita kehilangannya....kan..kan..kan...

fideila said...

betul betu betul...huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA