~CEPAT KLIK LINK INI~

Thursday, June 10, 2010

pelajar tertidur ketika Presiden Obama beri ucapan di majlis graduasi

apa perasaan kamu bila kamu dapat mendengar ucapan orang kenamaan seperti Perdana Menteri, YDP Agong ataupun Presiden Barack Obama secara live di depan mata? mesti kita akan berasa excited kerana kita dapat berjumpa dengan mereka secara live yang mungkin orang lain tidak dapat lihat.

mungkin kita akan berasa lebih gembira dan teruja bila orang-orang kenamaan tersebut datang ke sekolah kita dan memberikan ucapan kerana peluang sebegini tidak akan dilepaskan.

baru-baru ini Presiden Obama telah memberi ucapan di Kalamazoo Central High School di Michigan. sekolah tersebut telah memenangi pertandingan yang membolehkan mereka menjemput Presiden Obama datang ke sekolah mereka semasa Graduation Day.

Semasa Presiden Obama bercakap tentang isu kerja keras dan didikan yang mereka telah terima, sebahagian ahli koir yang duduk di belakang dilihat menguap berulang kali dan akhirnya ada seorang yang tertidur.

arghhh...bosannya aku



insiden ini bagaimanapun telah dirakam dan berjaya menarik ramai peminat setelah di muat turun di blog, facebook dan web yang lain. pelajar yang telah tertidur itu kini sudah menjadi popular.

mungkin kalau aku di tempat pelajar tersebut mungkin aku akan tertidur juga tapi kalau ia secara live dan aku pula duduk di belakang perdana menteri yang sedang memberi ucapan maybe aku akan cover cun lah beb..haha..masuk tv tu!! hehe

2 insan terpilih:

Hazzy Ishak said...

berdiri pun boleh tertidur ke?
kelakar

n@m@n said...

malam tu tengok bola kot..haha..dulu ada jugak student yang tidur sambil berdiri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA