~CEPAT KLIK LINK INI~

Thursday, June 17, 2010

malang bagi afrika tewas di tangan uruguay, bencana pula melanda

piala dunia 2010 telah di adakan di afrika selatan. sebelum ini mereka ada menggunakan khidmat bomoh aka pawang aka dukun atau apa-apa aje untuk menentukan ramalan negara mereka dalam piala dunia nanti. berdasarkan tilikan dan ramalan yang dibuat oleh pawang tersebut, beliau menyatakan afrika selatan mempunyai peluan yang cerah untuk memenangi apa-apa perlawanan.

malangnya, 2 gol jaringan Diego Forlan membantu Uruguay mencatat kemenangan 3-0 ke Afrika Selatan dan memberi tekanan kepada tuan rumah untuk menjadi pasukan pertama terkeluar di peringkat kumpulan. Alvaro Pereira menambah gol ketiga pada masa kecederaan.

diego forlan(uruguay)

alvaro pereira

bukan setakat itu sahaja, malah afrika selatan juga telah dilanda bencana. Bandar raya Cape Town yang menempatkan pasukan bola sepak Piala Dunia FIFA 2010 dilanda bencana teruk semalam selepas banjir dan kebakaran memusnahkan lebih 2,100 buah rumah kediaman penduduk sekitarnya.

Semua pasukan yang ditempatkan di bandar itu telah diletakkan dalam keadaan berwaspada pada tahap tertinggi berikutan cuaca buruk dengan hujan lebat, angin kencang dan hujan salji serta laut bergelora menjadikan keadaan terlalu sejuk sekarang, kata satu kenyataan bandar raya semalam.

“Operasi bantuan terus dipertingkatkan bagi memastikan keadaan kembali normal,” kata ketua pusat pengurusan bencana, Greg Pillay kepada AFP.Kelmarin, 60 buah rumah kediaman musnah di jilat api menyebabkan 250 orang kehilangan tempat tinggal di Hout Bay, yang hanya dapat dikawal sepenuhnya semalam.Ini diikuti dengan banjir yang memusnahkan 900 buah rumah di beberapa kawasan menyebabkan 1,900 orang kehilangan tempat tinggal.

*ihsan utusan malaysia

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA