~CEPAT KLIK LINK INI~

Wednesday, June 23, 2010

pelajar ipt boleh tangguh bayar yuran jika tidak berkemampuan


Pelajar yang bakal mengikuti pengajian di universiti boleh memohon menangguhkan pembayaran yuran kemasukan mereka jika tidak berkemampuan.


Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara itu boleh dilakukan menerusi perbincangan dengan pihak universiti.


"Keperluan menjelaskan yuran pendaftaran kemasukan ke universiti seperti yuran sekali seperti wang hemat diri, yuran minggu haluan siswa dan kad matrik tidak harus menjadi halangan bagi pelajar untuk meneruskan pengajian.


"Dalam hal ini mereka tidak perlu khuatir mengenai perkara tersebut. Ini kerana jika mereka mempunyai kesulitan untuk membayar yuran berkenaan perbincangan boleh dibuat dengan pihak universiti,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.


Beliau berkata, keputusan mengenai penangguhan itu akan dibuat pihak universiti selepas perbincangan tersebut.


* ihsan utusan


nota: baguslah macam tu. sekarang ni semua harga barang dah naik, harga buku naik, so harga yuran pun naik..huhu..bukan semua orang latar belakangnya orang berada. ada yang susah sampai tak mampu bayar yuran sekolah atau university.


lagipun kalau apply ptptn pun bukannya dapat time tu jugak, so sementara menunggu duit ptptn masuk, bolehlah belajar dulu. bila duit dah masuk barulah boleh bayar yuran..yuran sekarang pun dah makin naik, jadi dengan inisiatif ini semua pelajar tak payah pening-pening kepala tentang macam mana nak bayar yuran.


2 insan terpilih:

diriku said...

mmg patut pn..klu xde kemampuan,cmne nk byr kn..=]

NurHaida Che Hassan said...

yupp.. i agree... len laa kalo dh keje..lehh la bayar skit2..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA