~CEPAT KLIK LINK INI~

Tuesday, June 29, 2010

tengok piala dunia sambil bunuh anak tiri, Brazil berjaya tumpaskan Chile

Seorang lelaki Texas sanggup membunuh anak perempuan tirinya berusia dua tahun gara-gara kanak-kanak itu enggan berhenti menangis ketika perlawanan Piala Dunia sedang berlangsung.

Hector Castro, 28, memukul kanak-kanak itu beberapa kali menyebabkan tulang rusuk mangsa patah sebelum mencekiknya ketika perlawanan antara Amerika Syarikat dan Ghana sedang berlangsung Sabtu lalu, lapor The McAllen Monitor.

Suspek kemudian menyumbat sebatang skru ke dalam tekak mangsa untuk menunjukkan seolah-olah ia satu kemalangan sebelum memanggil ambulan, lapor akhbar Texas.

Ternyata skru tersebut bukan penyebab kematian dan polis segera dipanggil ke apartmen tersebut di mana empat lagi kanak-kanak yang ada di kediaman itu didapati selamat.

* ihsan utusan

nota: adoii, inilah akibatnya kalau gila bola sangat sampaikan sanggup bunuh anak tiri sendiri..isy2..budak tu bukannya tahu apa pun. jadi kepada semua yang diluar sana, sekiranya kamu semua mahu tengok bola sekalipun, tolonglah jaga atau tengok-tengokkan jugak anak-anak tu.

janganlah syok sangat atau geram sangat bila team yang kita sokong tu kalah lepas tu lepaskan marah tu dekat anak sendiri. orang macam ni patut di rejam dengan bola aje sampai mati..haha..sukahati aku aje.

selain itu, Brazil semakin hampir untuk memenangi Piala Dunia keenam selepas menewaskan musuh satu benua, Chile 3-0 dalam perlawanan pusingan kedua untuk menempah tempat ke suku akhir bertemu Belanda.

Gol-gol Brazil telah dijaringkan oleh Juan, Luis Fabiano dan Robinho


juan


luis fabiano


robinho

* kredit to utusan

nota: akhirnya pasukan brazil semakin hampir menuju puncak (macam akademi fantasia lak) hehe. adakah brazil akan mengulangi sejarah lama ataupun sejarah tak mungkin berulang?? hehe

kalau tengok kepada gambar-gambar di atas sama aje muka diorang ni kan..naik konfius aku tengok..haha..

ok lah, apapun wish team brazil all the best..

2 insan terpilih:

Nurhidayah Bahari said...

adeh~ni namenye melampau..umo 2 thn bkn tau pe..hish..geramnye! anyway thx for de info..smoga dpt dijadikan pengajaran dlm hidup..

niesz said...

bola..bola..bola..hihi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA